Tuesday, January 27, 2009

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI - @ e-kampung




Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Sunday, January 25, 2009

perangai ahli bn - youtube



Create a Lava Lamp

nik aziz house - youtube

Friday, January 23, 2009

Hadi minta Abdullah kekal jawatan - sinar harian



KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan pada Mac depan dan kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh satu penggal lagi.

Menurut Abdul Hadi, Abdullah yang juga Presiden BN perlu membuat perubahan dan mengadakan satu pilihan raya adil terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pilihan raya (kecil Parlimen) Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang telah dilakukan walaupun sedikit pada zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan.

“Jangan bagi (lepas jawatan) lagi pada Najib, nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua, biar dia kalah semua, memang itu yang kita harapkan,” katanya malam semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Perdana Menteri perlu menunjukkan jasa baik seperti memperbetulkan demokrasi dan memulihkan badan kehakiman terlebih dahulu sebelum letak jawatan.

“Kita sanggup bekerjasama kalau beliau (Abdullah) sanggup membuat perubahan tetapi kalau tak buat perubahan, kita akan lawan,” katanya.

Rakyat tetap sokong walau tidak buat apa-apa :: Nik Aziz - sinar harian



KUALA TERENGGANU - Rakyat ternyata tetap menyokong Pakatan Rakyat (PR) dan memenangkan calon Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu walaupun parti ini didakwa ‘tidak melakukan apa-apa’.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kehairanan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan Pas semakin bertambah apabila kaum lain seperti Cina dan India turut menyokong Pas.

“Kata Pas tak buat apa, tapi peliknya orang beri undi kepada Pas juga, orang Cina dan India semua sokong Pas, bukan yang miskin saja (malah) kaum Cina dan India yang kaya semuanya sokong Pas,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap dalam satu ceramah perdana sempena kemenangan PR pada pilihan raya umum Parlimen Kuala Terengganu di Kampung Tanjung malam semalam.

Selain itu, Nik Abdul Aziz turut meminta semua pihak tidak terlalu ghairah menyebut ketuanan Melayu sebaliknya menggunakan perkataan ketuanan Islam kerana negara ini mempunyai pelbagai bangsa.

”Selagi sebut Ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana? Tapi kalau sebut ketuanan Islam ada juga Cina yang Islam ada juga India yang Islam,” katanya.

SIdang DUN Selangor | Hassan Ali Bantai Khir Toyo - Part 3/4 - youtube

SIdang DUN Selangor | Hassan Ali Bantai Khir Toyo - Part 2/4 - youtube

Sidang DUN Selangor. Ucapan Hassan Ali vs Khir Toyo 1/4 - youtube

SIdang DUN Selangor | Hassan Ali Bantai Khir Toyo - Part 4 - youtube

Nik Aziz terima topi keledar ganti serban - sinar harian

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat itu.

Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.

“Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.

“Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.

Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.

Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.

Beliau berkata, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.

“Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas,” katanya.

Menurutnya, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.

Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.

“Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kopiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakul pun tetapi tidak dianggap lebai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.

Tuesday, January 20, 2009

Monday, January 19, 2009

“It’s time the voters show Taib Mahmud the final curtain”

Malaysiakini | Jan 19, 2009

“It looks like there is now hope for Sarawak,” read a text message from a KL-based senior bank manager, a Lun Bawang, following PAS’ victory in the Kuala Terengganu by-election.

This was the second by-election victory for Pakatan Rakyat after the March 2008 general elections, confirming waning support for the ruling coalition.

The Orang Ulu bank manager was referring to PKR de facto leader Anwar Ibrahim-led Pakatan Rakyat’s campaign to wrest control of Sarawak from BN in the next state elections due at the latest by 2011.

He said: “The KT results confirmed for the second time, after Permatang Pauh, that the wind of change that swept the country on March, 2008 is real and here to stay.”

“In fact it is gathering strength instead of dying out as BN would hope!”

He added: “To the Sarawakians it says the moment of truth is now. It’s time the voters show (Chief Minister Abdul) Taib Mahmud the final curtain.”

There has been talk that the long-serving chief minister may call the state elections earlier. Although he has publicly ruled out elections this year, many believe it will be held to pave the way for his son Sulaiman, 39, the Samarahan MP and deputy tourism minister, to eventually take over from him.

‘Change in the making’

Almost without any exception, Sarawak PKR leaders and supporters said the Kuala Terengganu by-election results would be a big morale booster for Pakatan Rakyat.

In its major roadshows so far in places like Kuching, Sibu and Miri, PKR has proclaimed that ‘Change We Can’ and ‘Change is in the Making’.

Sarawak has 71 state assembly seats, of which eight are in the hands of the opposition (DAP 6, PKR 2) and one Independent (pro-BN).

Senior leaders of state BN component parties Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak United People’s Party (SUPP) have already warned their colleagues to take the threat from Pakatan Rakyat seriously.

Even within Taib’s own Parti Pesaka Bumiputera (PBB) some senior leaders have told the chief minister not to take the threat from PKR lightly.

But Taib doesn’t seem perturbed, said several political observers.

PKR has already penetrated far and deep into Dayak areas which represent a total of 28 state seats while DAP’s support among the Chinese, especially in urban centres, is growing.

DAP eyes Chinese majority areas

There are 17 Chinese majority and mixed state constituencies, most of which are likely to be contested by DAP with a few going to PKR’s Chinese candidates.

The Malay/Melanau areas with a total of 25 state seats would prove to be a tough nut to crack. Taib’s PBB has a strong hold on these seats.

But the vulnerable ones are said to be in and around Kuching - Simunjan, Gedong and Sibu - because of local issues and problems.

In the last state elections, PAS lost narrowly in one of the Malay seats in the Simunjan area.

A combined Pakatan Rakyat campaign could have a significant impact.

If the Pakatan Rakyat wins in Pensiangan (a by-election will be held if PBRS leader Joseph Kurup loses his appeal), that would further confirm a swing among the rural constituents towards the opposition and spell big trouble for Sabah BN in the next general elections as well.

In Sarawak, the opposition has played up various issues to great effect. This includes the growing disquiet over land issues Taib’s leadership, the wealth of top politicians in the state, cronyism, nepotism, corruption and marginalisation of various groups in business, the civil service and other economic opportunities.

PKR would continue with its roadshows ahead of the state elections and bring in their bigwigs, including the chief minister and mentris besar, to meet the locals.

Thousands had flocked the dinner gatherings in Kuching, Sibu and Miri to listen to Anwar Ibrahim and Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim.

Other road shows will be held in major towns in Sarawak with seminars in between to prepare party members for election work.

A senior party leader told Malaysiakini that they will expose their potential candidates at such gatherings and seminars to the grassroots.

“We believe the state elections could be held this year and so we must be prepared,” he added.

KT is not a benchmark

In a related development, Taib said results of the Kuala Terengganu by-election should not be used as a benchmark in any election, including the Sarawak election due in 2011.

The chief minister, who is also Sarawak BN chairperson, said it was not easy to make general recommendations from one event, including the need to rebrand BN to win the hearts and minds of the people.

“There is no such thing as a benchmark in any election and, judging by the results, although BN lost, the votes for BN were quite high in spite of the fact that many people tell me that the candidate was not well chosen or popular among the electorate,” he was quoted as saying by Bernama.

P'raya kecil KT cermin 'mood' politik negara - MALAYSIAKINI


Jan 18, 09 6:18pm

Cita-cita pembangkang untuk mengambil alih kuasa mendapat anjakan yang memberangsangkan ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam, yang mengikut para pemerhati, turut menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS - salah sebuah anggota Pakatan Rakyat - dalam pilihanraya kecil tersebut, dilihat sebagai mencerminkan 'mood' politik negara sekarang.

kuala terengganu by election 160109 anwar ibrahimKemenangan itu juga - walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan BN - tetapi ia menunjukkan kerajaan gagal menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac 2008, sekaligus telah mencetuskan desakan supaya dilakukan perubahan dalam BN.

"Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan," kata Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat pimpinannya memenangi lima negeri dan lebih satu pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Kemenangan calon PAS dengan majoriti selesa 2,631 undi semalam adalah ekoran peralihan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Desak perubahan


Kekalahan BN di Kuala Terengganu semalam telah mencetuskan desakan dari bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya dilakukan perubahan segera dalam gabungan BN.

Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu menyifatkan BN "dimalukan" sekali lagi ekoran kekalahan semalam.

Katanya, walaupun BN kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu - yang juga terburuk dalam sejarah kerajaan - tetapi tidak nampak langsung sebarang perubahan asas dibuat untuk memperbaiki keadaan atau ia menunjukan BN tidak mengambil iktibar daripadanya.

Malah, beliau melihat BN sekarang seolah-olah terambing ambing seperti sebuah bahtera tanpa nakhoda.

Siva Murugan Pandian, seorang penganalisa politik dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kemenangan pembangkang semalam telah memberi satu anjakan besar kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Jika Datuk Seri Anwar dapat memastikan tidak berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, maka pembangkang boleh mangambil alih kuasa dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sokongan pengundi Melayu

"Tetapi ia hanya boleh berlaku jika peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat berterusan," katanya.

kuala terengganu by election 090109 najibSiva berkata, keputusan semalam juga merupakan satu petanda tidak baik terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas pemilihan Umno Mac depan.

Abdullah tidak bertanding dalam pemilihan Umno ekoran desakan kuat dari akar umbi dan kalangan pemimpin tinggi Umno ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum lalu.

Selepas kesemua 193 bahagian Umno selesai bermesyuarat November lalu, Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Tengku Razaleigh yang mahu mencabarnya, gagal mendapat kuota pencalonan yang mencukupi - sebanyak 58 pencalonan. Beliau hanya mendapat pencalonan dari bahagiannya - Umno Gua Musang.

Manakala Bridget Welsh, pakar politik Asia Tenggara di Universiti Johns Hopkin pula berkata kekalahan BN di Kuala Terengganu akan mencetuskan persoalan mengenai peningkatan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.

Reaksi Najib

Ini kerana Najib sendiri mengetuai jentera kempen BN di Kuala Terengganu dan kekalahan BN itu merupakan satu lagi kegagalan kerajaan dalam pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh, yang menyaksikan Anwar kembali ke Parlimen.

Ketika mengulas kekalahan calon BN semalam, Najib berkata beliau tidak fikir ia akan memberi kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih kuasa dari perdana menteri sekarang.

Manakala Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre for Opinion Research, pula menyifatkan keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan kerajaan BN kini berdepan dengan “jurang kredibiliti” dengan pengundi Melayu yang tidak ditangani oleh para pemimpinnya ekoran percakaran sesama sendiri yang berterusan dalam BN.

Pengundi muda dan pengundi di kawasan bandar khususnya tidak senang dengan masalah rasuah dan kroni yang berterusan, serta kegagalan Abdullah menunaikan janjinya untuk membawa perubahan, termasuk membersihkan pasukan polis dan badan kehakiman.

Ibrahim juga bersetuju bahawa gabungan pembangkang kini mendapat momentum yang amat diperlukan dan membuktikan parti komponennya dapat bekerjsama secara berkesan walaupun wujudkan dakwaan bahawa berlaku keretakan dalam hubungan sesama mereka. Berita asal


KT: Undi tidak percaya terhadap Pak Lah, kata Dr M - MALAYSIAKINI


Jan 18, 09 7:12pm
Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun, akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika ia terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup, kata mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

mahathir pc 260608 05Beliau menyifatkan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu semalam sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengingat bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak - yang akan mengambil alih kuasa Mac depan - tidak boleh mengulangi kesilapan Abdullah, yang dihukum oleh pengundi dalam pilihanraya umum lalu, kerana gagal menunaikan janjinya untuk membasmi rasuah.

"Saya fikir Najib tidak harus dipersalahkan terhadap (kekalahan BN di Kuala Terengganu) tetapi jika beliau terus memilih atau menyokong pemimpin yang korup, maka saya fikir beliau akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang," kata Mahathir.

Tanpa menyebut nama, Dr Mahathir berkata, pemimpin yang sudah tercemar dan yang terbabit dalam rasuah, masih dipilih sebagai calon.

pm abdullah ahmad badawi suspend eurocopter ec725 deal ministry of defense event 281008 02Beliau berkata, jika BN mahu menang, orang-orang berkenaan mesti disingkirkan.

Gagal pulihkan sokongan

Dr Mahathir menyerah kuasa kepada Abdullah pada 2003, selepas menjadi perdana menteri selama lebih dua dekad.

Bagaimanapun, kedua-duanya kemudiannya tidak sehaluan dan Dr Mahathir terus menerus mengkritik pentadiran penggantinya itu.

Selepas pilihanraya umum Mac 2008 di mana BN kalah teruk - hilang lima negeri dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat - Abdullah berdepan dengan desakan supaya bersara.

Dan kejayaan pembangkang merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil semalam, dilihat sebagai petanda bahawa BN gagal memulihkan sokongan pengundi kepadanya.

Pilihanraya umum dijadual diadakan pada 2013, tetapi pembangkang berkata kerajaan mungkin mengadakan pilihanraya mengejut tahun ini kerana bimbangkan popularitinya akan terus merosot.

Tsunami politik berterusan....

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 04Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pula berkata keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan bahawa tsunami politik yang berlaku pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, masih berterusan.

"Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi satu amaran kepada Umno dan kepimpinannya mengenai akibat lebih teruk yang akan mereka terima jika masih berdegil tidak mahu mendengar desakan rakyat yang mahukan perubahan.

Menurutnya, keputusan itu juga harus dikaji secara terperinci, khususnya, mengenai impak isu hudud, terhadap pilihanraya kecil tersebut. Berita asal

GMP tolak tanggapan sokong pembangkang di KT - MALAYSIAKINI


Jimadie Shah Othman | Jan 19, 09 3:19pm
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menolak tanggapan bahawa mereka berkempen untuk membantu calon pembangkang apabila membawa bantahannya terhadap dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PSSMI) ke medan pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Khamis lalu, GMP menyerahkan memorandum bantahan terhadap dasar tersebut kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sewaktu kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Setiausahanya GMP, Hasni Abas berkata, ini kerana pendirian PAS selari dengan hasrat GMP yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hasni berkata secara kebetulan sahaja parti itu mendapat manfaat daripada kempen GMP.

"Kita buat petisyen untuk semua (PKR, PAS dan Umno). Kita hendak serah juga pada Umno tetapi mereka tidak memberi respons. Kalau mereka (Umno) senada dengan kita, kita akan sokong," kata Hasni.

Beliau merujuk kepada kegagalan GMP menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan wakil Umno Khamis lalu - dua hari sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu berlangsung.

Dalam pilihanraya kecil itu, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihanraya kecil parlimen itu dengan majoriti 2,631 undi. Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Hasni ketika ditanya komitmen terkini pembangkang setelah menerima memorandum itu, berkata: "Ianya positif, berdasarkan komen-komen pemimpin mereka pada hari itu (Khamis).

Mesyuarat di SUK S'gor

"(Ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar berkata, kalau Pakatan memerintah, dasar itu akan dimansuhkan. Mohd Abdul Wahid (ahli parlimen baru Kuala Terengganu) juga berjanji akan mesyuarakan isu ini di parlimen," kata Hasni.

Malam esok, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Hassan Ahmad akan mempengerusikan mesyuarat membincangkan tindakan susulan kempen mereka.

Menurut Hasni, mesyuarat tersebut akan diadakan di pejabat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Diminta mengulas cakap-cakap bahawa kerajaan akan memansuhkan pelaksanaan dasar itu di sekolah rendah, tetapi diteruskan di peringkat sekolah menengah, Hasni berkata:

"Kita mahu keseluruhan (peringkat) dimansuhkan. Kita mahu semangat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dikembalikan. Mereka kena faham, takkan kuasa menteri boleh melebihi perlembagaan."

Sejak diputuskan dalam mesyuarat khas kabinet pada Julai 2002, pelaksanaan penuh PPSMI dijalankan pada 2007 untuk peringkat sekolah menengah, sementara di peringkat sekolah rendah ialah pada tahun 2008.

GMP dianggotai sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang bagi menuntut pemansuhan dasar PPSMI.

Gabungan itu mencetuskan kegemparan apabila merancang melancarkan perhimpunan raksasa ala-Bersih Mac ini untuk menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu tersebut.

SPR, polis cemerlang di Kuala Terengganu: Pas - SINAR HARIAN



BANDAR MARANG- Rakyat Terengganu, khususnya para pengundi kini dilihat semakin bijak dan matang dalam memilih pemimpin yang akan mewakili suara mereka di peringkat atasan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang, Abu Bakar Mohd Salleh berkata, ia dapat dilihat melalui keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurutnya, walaupun disogokkan dengan pelbagai bantuan segera dan projek pembangunan, rakyat dapat menilai dengan jelas dan tidak mengundi secara membuta tuli.

“Apa yang saya katakan kematangan ialah, mereka tidak melihat pembangunan dan bantuan sebagai penyelesaian kepada segala masalah dan keperluan mereka tetapi yang jelas, banyak lagi perkara besar dan insiden yang berlaku yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin.

“Pada masa yang sama, pihak berkenaan yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya kali ini seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak polis telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang serta masalah ‘pengundi hantu’ juga berjaya diatasi dan tiada kekecohan berlaku.

“Boleh dikatakan pilihan raya kali ini dapat dijadikan pilihan raya contoh pada masa akan datang, yang mana memperlihatkan sistem demokrasi berjalan dengan cukup baik,” katanya.

Kemenangan Pas petunjuk Pilihan Raya Umum ke-13: Mustafa - SINAR HARIAN



KUALA TERENGGANU – Kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kelmarin akan menjadi penanda aras atau indikator pada pilihan raya umum akan datang.

:Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, indikator itu berdasarkan kepada beberapa perkara terutama berhubung kemungkinan berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

:“Yang kedua, ia menggambarkan Pakatan Rakyat (PR) adalah pakatan yang perlu dimantapkan,” katanya, semalam.

:Ketika ditanya berhubung kemenangan calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, pihaknya akan melaksanakan analisis bagi mendapat laporan penuh berhubung perkara tersebut.

:Selain itu, beliau turut menghargai peranan semua pemimpin pembangkang dalam memastikan gerak kerja menyeluruh dalam kempen parti sehingga membawa kejayaan dengan majoriti besar.

:“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih-lebih lagi dapat menghubungi mereka secara terus sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Usah angkuh dengan kemenangan: Nik Aziz - SINAR HARIAN



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penyokong Pas dan parti komponen Pakatan Rakyat bersyukur dengan kemenangan di Kuala Terengganu dan jangan membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati mana-mana pihak.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kenyataan negatif itu tidak akan membawa gambaran yang baik kepada parti tetapi hanya akan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap Pas.

“Syukur kepada Allah atas kedua-dua kemenangan sekali gus. Pertama, kemenangan merapatkan golongan Cina daripada DAP yang dikenali sebagai golongan ekstrem dengan Islam. Itu kemenangan utama bagi saya.

“Kedua kemenangan undi. Saya minta penyokong Pas jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja (memperjuangkan parti) adalah kerana dakwah,” katanya.

Saturday, January 17, 2009

Sekilas Pengundian Kuala Terengganu

Berikut adalah ringkasan dari laporan media mengenai Kuala Terengganu

Pengerusi Putera Umno ditahan

Pengerusi Biro Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim telah ‘ditahan’ oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Menurut laman Harakah, kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi apabila skuad pemantau PAS yang diketuai oleh Syed Fadil Husin dan Ahmad Rizal menyedari Abdul Azeez keluar daripada tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cahbang Tiga, dekat sini.

Beliau dikatakan memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Taib Azzamuddin daripada PAS.

  • Pengerusi Putera Umno ditahan
  • 7 Trak FRU di Ladang
  • Kereta disyaki bawa pengundi hantu ditahan

7 Trak FRU di Ladang

Petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas.

Menurut laman Harakah, kehadiran anggota keselamatan itu dicurigai kerana bilangan di sesetengah tempat begitu ramai sehingga ada tujuh trak iaitu di Sekolah Kebangsaan Ladang.

Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.

Kereta disyaki bawa pengundi hantu ditahan

Malaysiakini melaporkan, sebuah kereta ditahan oleh penyokong Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.

Menurut Timbalan Ketua KeADILan Terengganu, Razali Alias kumpulan kereta berkenaan ditahan pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Katanya kepada berita onbline itu, kereta tersebut membawa tiga orang penumpang ketika hendak memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Razali berkata, mereka menyerbu ke arah kereta itu ketika ia berhenti di pintu pagar sekolah, kerana ia membawa tiga orang penumpang.

Ditanya mengapa mereka menyerbu kereta tersebut, Razali berkata, mereka berbuat demikian kerana mengesyaki penumpang itu mungkin pengundi hantu.

“Kami terdengar pemandunya memberitahu pengawal di situ yang dia anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis,” katanya ketika kepada Malaysiakini.

EHSAN:SUARA KEADILAN 17.01.09

Abdul Wahid menang di KT, kerusi ke 83 Pakatan Rakyat


Sabtu, 17 Januari 2009 • Kategori: Berita Semasa, KeADILan, Nasional, P36 Kuala Terengganu, Terengganu

KUALA TERENGGANU 17 JANUARI (SK) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan secara rasmi calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid kini telah menjadikan kerusi Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi.

Keputusan berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada jam 9.30 malam tadi

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Friday, January 16, 2009

PKR ganas? Atau UMNO? - youtube

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu - Hip Hop 4 Menteri Besar PR - youtube

Pas tidak akan gadaikan Islam: Nasharuddin - SINAR HARIAN



KOTA BHARU – Pas tidak akan korbankan hukum hudud dan qisas sekalipun DAP mengancam keluar daripada Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden Pas Pusat, Nasharuddin Mat Isa berkata, Islam dan hukum hudud menjadi dasar perjuangan Pas dan ia akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara nanti.

“Pas tetap dengan perjuangan menegakkan Islam. Polisi dan dasar Pas tidak akan berubah. Asas perjuangan Pas adalah untuk menegakkan Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengancam keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya Pas masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang memerintah negara ini.

Kata Karpal, sewajarnya Pas mengambil kira pandangan DAP sebagai ahli dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian parti itu.

Menurut Nasharuddin, jika dilihat kepada penjelasan beberapa pemimpin DAP sebelum ini, mereka tidak mempunyai masalah dalam pelaksanaan hukum Islam itu.

Mengulas mengenai dakwaan Karpal yang kononnya pemimpin Pas dan PKR tidak mempunyai pendirian, beliau menafikan sebaliknya berkata, pendirian mereka jelas berhubung isu hukum hudud dan qisas.

Karpal sebelum ini dilaporkan mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian PKR mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan Pas jika pembangkang memerintah negara ini.

Hudud: UMNO perlu nyatakan pendirian - SINAR HARIAN



KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hukum hudud dan qisas hanya untuk orang Islam sahaja dan perkara ini tiada kena-mengena langsung dengan DAP.

Menurutnya, isu hudud sepatutnya dijawab oleh UMNO yang menjadi sebuah parti Melayu Islam dan bukan dijawab oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa hukum hudud dan qisas hanya mempunyai kaitan dengan orang Islam dan ia tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, khususnya DAP.

“Kenapa masih memperbesarkan isu ini, kita sudah menjelaskan pendirian kita dengan jelas dan terang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Memorandum bantahan PPSMI (Pengajaran/Pembelajaran Sains/Matematik dalam Bahasa Inggeris) di sini semalam.

Kelmarin, Karpal mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian DAP bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar parti serta tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, malah mengancam untuk menarik diri daripada PR sekiranya Pas tetap mahu melaksanakan undang-undang tersebut.

Sementara itu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulangi pendirian Abdul Hadi bahawa hukum ini hanya akan dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak harus berasa takut kepada undang-undang ini.

Selain itu, Anwar mempersoalkan kenapa UMNO terus senyap mengenai isu hudud dan sekiranya UMNO memperjuangkan Melayu Islam, mereka harus mengeluarkan pendirian mengenai cadangan Pas yang akan melaksanakan hudud dan qisas sekiranya menjadi Kerajaan Pusat.

“Apa erti hanya solat sahaja, tetapi mempersoal dan mempertikaikan hukum Allah. Dalam PR, semua suara boleh mengeluarkan pendapat masing-masing dan tugas kita adalah berbincang bersama-sama.

“Apa yang penting, kita perlu hormat pendirian Pas yang akan menjalankan hukum hudud sekiranya menjadi Kerajaan Pusat,” katanya

Thursday, January 15, 2009

Wan Farid 'takut': Debat royalti minyak batal - HARAKAH DAILY

Khairul Azlam Mohammad
Thu | Jan 15, 09 | 10:06:36 am MYT

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh)- Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang gagal memberi sebarang respon terhadap undangan menyertai 'debat royalti'.

Mengikut perancangan asal Mampat akan menganjurkan Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan malam ini.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata surat jemputan undangan sebagai salah seorang ahli panel debat tersebut telah dihantar kepada Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 12 Januari 2009.

"Kami rasa dukacita dan kesal kerana langsung tidak mendapat 'respon' dari pihak Umno terutama calon BN.

"Saya sendiri yang hantar ke Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu," katanya pada sidang media di Lobi Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.

PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalty disekat serta 'dirampas' oleh kerajaan pusat.

Berikutan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.

Kini, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu telah membangkitkan semula isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato� Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.

Antara ahli panel yang dicadangkan pada debat tersebut iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Manakala, pengerusi Debat Perdana itu akan dikendalikan oleh seorang Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato' Paduka Dr Muhammad Bakar.

Mohamad Fauzi berkata, rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.

"Kita mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya.

Katanya, agenda 'Debat Perdana' yang dicadangkan itu kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding. - azm _



Rakyat Terengganu boleh ajar Najib gigit jari - harakah daily

Mohd Nor Yahya
Thu | Jan 15, 09 | 8:32:49 am MYT

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh) - Lusa, yang bakal menjelang ditunggu dengan penuh debar. Petugas dan penyokong parti yang bertanding antara mereka digamit resah.

Mencari pemenang dalam perjuangan dan hala tuju masa depan negara. Bukan sekadar calon yang bertanding ditentukan oleh SMS atau undian di laman-laman web.

Lebih 80,000 rakyat akan membuat penentuan di antara parti yang sarat dengan rasuah dengan parti yang memperjuangkan keadilan dan kebajikan rakyat.

Sebaliknya rakyat Terengganu khususnya di empat Dun iaitu Batu Buruk, Ladang, Wakaf Mempelam dan Bandar kini sudah pun bersedia dan boleh tidur lena.

Mereka tidak lagi perlu memikirkan siapa pilihan hati di antara calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Bagi memberi petua kepada bakal pengundi yang masih terkial-kial, tengok calon mana mudah diajak berunding dengan masam mencuka seperti langit mendung hendak hujan.

Dengan platformnya sebagai bekas senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekali lagi Wan Farid dikaitkan dengan kehadiran polis kira-kira 6,000 anggota.

Begitu juga dengan peristiwa Batu Buruk dua tahun lalu, dipalit sama dengan nama bekas senator tersebut.

Kehadiran polis yang 'amat ramai' setidak-tidak mengundang pelbagai andaian. Kata seorang pakcik seolah-olah disini ramai penjenayah.

"Pakcik agak malu dengan kehadiran ramai polis di sini seolah-olah menggambarkan suasana tidak aman di Kuala Terengganu," kata Haji Seman Salleh, 65 dari Kuala Ibai.

Sebelum ini, mana-mana pilihan raya umum mahu pun kecil, pihak polis tidaklah sebegitu ramai dikerah bertugas.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang penuh persaingan sengit pun tidaklah sebegini. Apakah semuanya ini ada hubung kait dengan penyalahgunaan kuasa tokoh tertentu - gomel ramai penduduk di sini.

Kehadiran berulang kali Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak juga tidak kurang mengundang resah.

Kehadiran Najib tidak digemari pemimpin Umno yang menjadi penyokong setia Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sudah kelihatan pertembungan dalam senyap kedua-dua tokoh itu. Seorang pemimpin Umno dari Pahang tanpa segan memberitahu pilihan raya kecil Kuala Terengganu menjadi kayu ukur bagi menilai prestasi Najib.

"Tidak mustahil pelan peralihan kuasa pada Mac depan bertukar strategi, rekod kecemerlangan Najib terus lebur selepas Permatang Pauh," katanya.

Najib juga mulai pening apabila ada desas desus penyokong Dato' Seri Idris Jusoh akan bungkus tikar bantal dan pulang menjelang sabtu ini.

Khabarnya, mereka akan bertindak bagi memprotes Dato' Ahmad Said yang telah mengaibkan Idris sebelum ini.

Apa yang berlaku sekarang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri terpaksa berkampung di Kuala Terengganu.

Keluar masuk kampung siang dan malam bagi memberi sokongan padu kepada calon yang bukannya menjadi pilihannya.

Kasihan anak Tun Razak itu yang terpaksa bekerja dalam paksa.

Ini kerana kegagalan calon BN dalam pilihan raya kecil ini akan menjadi mimpi ngeri buat Najib, di saat-saat beliau bakal menduduki kerusi nombor satu Mac depan.

Biar apa pun beruntunglah warga Kuala Terengganu, bila mati saja wakil rakyat, pak menteri sibuk menabur janji pembangunan.

Kini, terpulanglah kepada warga Kuala Terengganu untuk membuat penentuan. Silap haribulan, Ahmad Said dan Idris Jusoh gigit jari. - mj _

Analisis: Najib pening kepala, Idris Jusoh buat hal lagi? - harakah daily

Mohd Nor Yahya
Thu | Jan 15, 09 | 10:20:31 am MYT

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh) - Tinggal tiga hari lagi rakyat Kuala Terengganu akan membuat penentuan diantara parti yang penuh rasuah dengan parti yang mengamalkan politik bersih.
Iklan

Rakyat Terengganu,khususnya di empat Dun, Batu Buruk, Ladang, Wakaf Mempelam dan Bandar kini sudahpun bersedia dan boleh tidur lena, mereka tidak lagi perlu memikirkan siapa diantara Calon BN dan Calon PAS.

Mereka sudah pun membuat keputusan untuk melakukan undi protes kepada Umno/BN apabila proksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibawa masuk semula dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang sememangnya seorang tokoh yang tidak mesra rakyat.

Dengan platformnya sebagai senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekali lagi Wan Mohd Farid menunjukkan keegoaan dengan mengerah 6 ribu anggota polis dengan alasan mengawal keselamatan warga Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil ini.

Tindakan beliau ini menggambarkan warga Kuala Terengganu seolah-olah penuh dengan kumpulan samseng, tidak pandai mengatur diri dalam suasana pilihanraya, suka bergaduh dan suka buat kacau.

Warga Kuala Terengganu amat malu dengan gelagat Wan Mohd Farid yang tidak habis-habis dengan sikap egonya terhadap rakyat.

Sebelum ini, mana-mana pilihanraya umum maupun kecil, pihak polis tidaklah sebegitu ramai dikerah dalam mengawal keselamatan rakyat.

Pilihanraya kecil di Permatang Pauh yang penuh sensasi dulu pun tidaklah sebegini penglibatan anggota polis. Apakah ini bukannya penyalahgunaan kuasa seorang menteri?

Dalam masa kempen pula, Najib yang sememangnya tidak digemari oleh sebahagian ahli Umno di Terengganu yang beria-ia untuk mengambil alih jawatan dari Pak Lah bulan Mac ini turut menjanjikan pelbagai projek,kononnya projek tersebut telah dirancang penghujung tahun lepas.

Beruntunglah warga Kuala Terengganu, bila mati saja wakil rakyat, pak menteri sibuk dengan nak buat projek pembangunan, kalau macam itulah, siapa lagi agaknya wakil rakyat BN akan meninggal dunia dalam tempoh 2-4 tahun ini.

Najib pening kepala sekali lagi bila ada desas desus yang mengatakan penyokong Idris Jusoh akan bungkus tikar bantal dan pulang ke kampung masing-masing sebelum PRK dilangsungkan sabtu ini.

Khabarnya ,mereka ini akan bertindak bagi memprotes Dato'Ahmad Said yang mengambil jawatan Menteri Besar dari Dato Seri Idris Jusoh dan menguasai pula Ketua Perhubungan Umno negeri. Jadi, peluang sebegini akan diambil oleh penyokong Idris untuk menggambarkan bahawa Ahmad Said bukannya pilihan Umno Terengganu.

Najib juga terpaksa berkampung kat Kuala Terengganu dan keluar masuk kampung bagi memberi sokongan padu kepada calon yang bukannya menjadi pilihan beliau.

Kegagalan calon BN dalam PRK ini akan menjadi mimpi ngeri kepada Najib di saat-saat beliau akan menduduki kerusi nombor satu dalam Umno.

Penolakan warga Kuala Terengganu ini juga akan menggambarkan Najib bukannya boleh dilabelkan sebagai "Mr.Clean" seperti Abdullah ketika menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Kini, terpulanglah kepada warga Kuala Terengganu untuk membuat penentuan di antara Calon BN dan Calon PAS, namun yang pastinya Najib sudah dapat menerima hakikat yang pengundi Kuala Terengganu telah dilanda tsunami politik negara yang inginkan suara mereka didengari di Parlimen bukannya hanya sekadar dijanjikan sebagai Timbalan Menteri.

Kemenangan PAS di Kuala Terengganu tidak menghalangkan pembangunan keseluruhannya kerana Terengganu tetap dibawah BN, namun ia merupakan suara rakyat yang ingin melihat perubahan dalam era Najib, Ahmad Said dan Idris Jusoh. - azm _

Sukar ramal BN kekalkan kerusi - malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jan 14, 09 2:36pm
analisis Dalam persaingan dekat antara dua calon BN dan PAS saat ini, tiga hari sebelum pengundian, rata-rata pemilih Melayu di Kuala Terengganu sukar meramalkan siapa yang memenangi kerusi parlimen tersebut, Sabtu ini.

Menurut mereka, papan tanda, bendera, risalah dan ceramah tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh atau Mohd Abdul Wahid Endut.

Seorang penduduk di Jalan Kamaruddin, Zahari Awang berkata, daripada kira-kira 500 pengundi di tempatnya, hanya 300 yang mungkin telah menetapkan calon yang hendak dipilihnya.

“Orang di sini bercakap bermacam-macam... ada yang nak pilih calon, ada juga yang mahu pilih parti.

"Tetapi mereka mula membanding-bandingkan antara Wan Ahmad Farid dengan Abdul Wahid.

"Ramai juga yang kata: aku tak tahu lagi nak pergi mengundi atau tidak," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Zahari, pemuda lewat 30-an yang bekerja sendiri berkata, bantuan kewangan dan projek yang dijanji dan diberikan kepada mungkin hanya boleh mempengaruhi pengundi tertentu sahaja.

Menurutnya, bantuan seperti ini merupakan perkara biasa dalam setiap kali pilihanraya kecil.

Manakala Mohamad Jaafar dari Kampung Bukit Besar berkata, kehadiran pemimpin luar ke Kuala Terengganu tidak boleh mempengaruhi pengundi tempatan.

"Saya penyokong PAS sejak berpuluh tahun lalu tak kan nak undi parti lain semata-mata dengar ceramah BN.

"Begitu juga orang BN, dia tidak pangkah PAS walaupun berpuluh kali mendengar ceramah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Wahid Endut," katanya.

Ditanya mengenai isu-isu yang boleh menyebabkan pengundi berpaling tadah daripada undi yang diberikan dalam pilihanraya umum lalu, Mohamad berkata, isu-isu yang ada sekarang tidak memungkinkan mereka berbuat demikian.

Katanya, kini tiada isu lagi sebesar pemecatan Anwar pada 2 September 1998.

"Isu royalti (petroleum), Piala Monsun dan 'negeri kaya, rakyat miskin' (yang dibawa PAS) sudah didengar bertahun-tahun lalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Orang ceramah berdegar-degar tetapi kita sendiri yang mengundi, bukan dia," tambahnya.

Seramai 70,703 pemilih Melayu akan menentukan sama ada BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi dengan majoriti tipis 628 undi pada Mac tahun lalu.

Daripada jumlah pengundi 80,229, kira-kira 50 peratus pemilih wanita dan 45 peratus berusia bawah 40 tahun.

PAS dengan bantuan PKR dan DAP memberikan tumpuan di DUN Bandar. Sementara BN pula cuba menembusi DUN Wakaf Mempelam dan Batu Burok yang menjadi kubu kuat PAS.

Sementara DUN Ladang yang dimenangi PAS pada Mac tahun lepas dengan majoriti tipis 31 undi pada umumnya lubuk kekuatan BN.

DUN tersebut buat pertama kali dikuasai PAS pada 1999 yang menyaksikan gelombang besar undi protes penyokong Umno dalam isu pemecatan dan pemenjaraan Anwar.

Di Wakaf Mempelam yang diwakili Abdul Wahid, BN cuba menjelaskan bahawa PAS di Perak lebih mengutamakan orang Cina apabila memberikan hak milik kekal tanah kampung-kampus baru.

Isu ini dibimbangi oleh PAS boleh mengugat sokongan pengundi atas pagar dan simpatisannya.

Tetapi serangan PAS terhadap calon BN - misalnya mendakwa beliau seorang yang sombong dan pernah meminggirkan bekas ahli parlimennya Datuk Razali Ismail - meletakkan jentera BN dalam keadaan bertahan.

Seorang pengundi di DUN Wakaf Mempelam, Mohd Noor Riping @ Ahmad berkata, pengundi di kawasan itu memang diketahui umum penyokong Abdul Wahid.

Kata penduduk Kampung Merbau Patah itu, beliau tidak nampak pengundi di sini akan mengundi orang lain walaupun dijanjikan pembangunan besar-besaran jika BN menang kerusi parlimen Wakaf Mempelam.

"Kita sudah biasa dengan janji pembangunan, tidak payah cakap semua orang tahu kerana ini pilihanraya," katanya.

Bagaimanapun, pandangan tersebut disanggah oleh Wan Abdul Razak Wan Jusoh yang mendakwa penyokong kuat BN sejak sekian lama.

Katanya, penduduk Kuala Terengganu mahukan perubahan yang telah dicetuskan oleh Razali.

"Banyak perubahan dalam pendidikan semasa Razali menjadi wakil rakyat. Ramai rakyat Terengganu yang berjaya.

"Rugilah kalau kita tidak memilih BN untuk meneruskan kegemilangan tersebut," katanya.

"Apa yang lebih utama," kata petani dari Kampung Pak Pa itu, "kita sudah duduk zaman (pentadbiran) PAS selama empat tahun."

"Jadi bandingkan zaman dia (PAS) dengan zaman BN ini."

Selain calon-calon BN dan PAS, pilihanraya kecil Sabtu ini turut ditandingi calon bebas, Azharudin Mamat @Adam.

Dalam pilihanraya umum lalu, Razali menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas Maimun Yusuf.

Undang-undang sekat rejim Zionis perlu persetujuan PBB - sinar harian



SHAH ALAM - Undang-undang antarabangsa boleh dilaksanakan dalam usaha menyekat tindak-tanduk Israel, namun perlu mendapat persetujuan penuh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohammad Rizal Abidin berkata, Majlis Keselamatan PBB perlu sebulat suara dalam menghentikan serangan Israel.

Menurutnya, tindakan rejim Zionis itu melanggar undang-undang antarabangsa sehingga mengorbankan lebih 900 orang awam setakat ini termasuk kanak-kanak dan kaum wanita.

“Terdapat banyak undang-undang antarabangsa yang sedia ada boleh digunakan dalam menyekat serangan Israel ke atas penduduk Palestin namun masalahnya tanpa persetujuan dari Majlis Keselamatan PBB, sebarang tindakan tidak dapat dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Antarabangsa dan Strategi Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, tanpa persetujuan Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu anggota PBB, sebarang tindakan tidak boleh dicapai.

Menurutnya, tanpa sokongan AS untuk menghentikan serangan ke atas Gaza, maka sebarang tindakan tidak boleh dilaksanakan.

“Tanpa campur tangan kuasa barat itu menyebabkan gencatan senjata tidak dapat dilakukan,” katanya.

AS terus dikecam kerana menyokong tindakan rejim Zionis itu apabila Presiden George W Bush menyatakan bahawa AS bersikap berkecuali semasa pengundian Majlis Keselamatan PBB.

Dalam kenyataan sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, serangan Israel terhadap Palestin akan diteruskan.

Pertembungan antara tentera Israel dan pejuang Hamas semakin sengit sehingga lebih banyak tentera dan askar sukarelawan dihantar ke Gaza menyebabkan tempat-tempat awam turut musnah.

Nazrin: Beri perhatian jurang antara umat Islam - Malaysiakini


Jan 15, 09 2:47pm
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah, jurang pencapaian antara umat Islam yang kaya dan miskin, yang berada di bandar dengan di luar dan di pinggir bandar, serta yang berilmu dengan yang kurang berilmu, juga perlu diberi perhatian.

Ini adalah kerana keadaan ini "meletakkan umat Islam sesama sendiri berada pada dua hujung pola yang semakin berjauhan," titah baginda, lapor Bernama.

judges conference 090408 raja nazrinKeadaan ini "akan bertambah buruk apabila umat Islam yang telah mencapai kejayaan dan memiliki kekayaan bersifat tamak dan bersikap haloba. Tidak mempunyai keinsafan memenuhi tanggungjawab fardu kifayah untuk membantu masyarakat yang masih tertinggal," titah baginda.

"Jurang yang berlaku disebabkan faktor-faktor geografi, milik kekayaan, penguasaan ilmu, penguasaan kemahiran, juga kelainan pendekatan politik harus dirapatkan.

"Ummah yang belum begitu kuat pada hari ini, tidak dapat lari dari memerlukan peranan penting kerajaan dalam menggubal dasar yang pragmatik disusuli dengan langkah pelaksanaan yang berkesan," titah baginda.

Raja Muda Perak bertitah umat Islam pula tidak harus terlalu dibelenggu dengan minda rendah diri dan rasa hilang keyakinan.

Malah mereka wajib memberi fokus dan mengambil iktibar daripada contoh-contoh kejayaan yang telah membantu mengubah nasib dan pencapaian ekonomi ummah, titah baginda.

"Tabung Haji, Felda, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Permodalan Nasional Berhad dan Petronas adalah antara contoh kejayaan dasar dan kejayaan institusi nasional yang diilhamkan, dibangunkan, diuruskan dan dimajukan oleh umat Islam di negara ini," titah baginda.

Tabungan moden secara halal

Raja Dr Nazrin bertitah Tabung Haji yang ditubuhkan kerajaan melalui Akta Parlimen pada tahun 1962, hari ini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai satu badan urus niaga yang bukan sahaja berjaya mengendali urusan jemaah haji secara tersusun tetapi turut berjaya mengurus dana Kewangan Islam secara cekap, bijak lagi produktif.

"Bermula dari budaya umat Islam menyimpan wang bagi keperluan haji, di bawah-bawah tilam, di dalam bantal, di atas para rumah, dan di dalam tempayan beras, telah dihijrahkan kepada konsep tabungan moden secara halal.

"Satu idea yang dicetuskan oleh pemikir Islam Ungku Abdul Aziz lalu dilaksanakan sehingga mencapai kejayaan cemerlang, membuktikan kehebatan umat Islam menguruskan dana melebihi RM17 bilion secara canggih lagi produktif, memegang amanah 4.4 juta pendeposit," titah baginda.

Sementara itu, Raja Nazrin juga bertitah, umat Islam amat memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, yang mampu mentadbir dengan cekap dan bijak.

Titah baginda, umat Islam juga memerlukan sebuah kerajaan yang memiliki latar belakang, pemahaman dan simpati yang tinggi terhadap keperluan ummah supaya dapat memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa kemakmuran kepada ummah.

Bagi Malaysia, dalam tempoh 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, pencapaian sosioekonomi di kalangan sebahagian umat Islam telah meningkat, malah jumlah umat Islam yang mendapat peluang pengajian tinggi berlipat ganda dan menghasilkan pertambahan bilangan profesional serta teknokrat Islam di negara ini.

Jurang pencapaian melebar

Baginda bertitah demikian semasa menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur hari ini.

Raja Dr Nazrin bertitah pada hakikatnya, bilangan umat Islam yang mencapai paras sosioekonomi yang lebih baik pada tahun 2009 nyata jauh bertambah berbanding tahun 1957.

Namun, umat Islam tidak sepi daripada merasa bimbang dan terancam apabila angka-angka pencapaian itu dilihat secara relatif dengan angka pencapaian orang bukan Islam, yang memperlihatkan berlakunya jurang yang semakin luas, yang membuktikan kadar pencapaian umat Islam adalah lebih kecil daripada kelajuan pencapaian bukan Islam, titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah malah jurang pencapaian lebih lebar mungkin ditemui apabila dilakukan perkiraan kejadian ketirisan ekonomi dan kes pegangan ekuiti secara proksi.

"Jika ketirisan ekonomi berlaku dan jika pegangan ekuiti secara proksi menjadi norma, apalah ertinya dasar yang digubal untuk membela ummah bila berlaku kegelinciran di peringkat pelaksanaan.

"Keadaan demikian pastinya merugikan ummah, ibarat memagar kelapa condong; pohonnya tumbuh di kebun kita, buahnya jatuh ke kebun orang," titah baginda.

Anwar tiada hubungan rapat dengan AS: Syed Husin - SINAR HARIAN



SHAH ALAM - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS) seperti yang didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, Anwar tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika, tetapi beliau dari awal lagi telah membuat gesaan kepada AS melalui beberapa pertemuan dengan pemimpin dunia seperti Turki supaya menghentikan keganasan yang dibuat Israel ke atas Palestin.

“Kenyataan itu sengaja dibuat untuk memburuk-buruk imej Anwar.

“Ini merupakan fitnah besar daripada Barisan Nasional (BN) kononnya Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan AS,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Syed Hamid yang meminta Anwar menggunakan kelebihan hubungan rapatnya dengan AS untuk mempengaruhi kuasa besar itu mengarahkan Israel menghentikan serangan ke atas Palestin.

Menurutnya, Anwar memang ada membuat beberapa siri syarahan di universiti di AS dan Britain, tetapi itu tidak bermakna Anwar mempunyai hubungan baik dengan AS.

Beliau berkata, syarahan yang dibuat di sana adalah untuk memberi nafkah dan menyara keluarganya.

“Anwar tidak pergi bertemu Bush, tapi yang jumpa Bush, Mahathir dan Abdullah Badawi. Dia (Syed Hamid) perlu tahu gesaan supaya mengadakan Sidang Parlimen Khas baru-baru ini bermula daripada Pakatan Rakyat.

“Sejak zaman Mahathir lagi BN tidak habis-habis memfitnah Anwar dan saya ingin tegaskan bahawa kenyataan itu tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub menyifatkan Syed Hamid berfikiran sempit kerana membuat kenyataan sedemikian.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga berunsur fitnah kerana menggambarkan Anwar sebagai pro-AS.

“Saya nak tanya dia (Syed Hamid), siapa yang lebih berkuasa, kerajaan Malaysia atau Anwar,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya kerajaan yang berusaha mempengaruhi AS supaya mendesak Israel menghentikan serangan di Palestin selepas pihak pembangkang juga menyokong usul Perdana Menteri pada Sidang Khas Parlimen, Isnin lalu.

Monday, January 12, 2009

Israel killing more innocent civilians in Gaza - aljazeera/youtube

Harga saham diramal tinggi-BERNAMA


KUALA LUMPUR 11 Jan. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia diramalkan tinggi minggu depan menjelang sambutan Tahun Baru Cina dan dirangsang oleh sentimen pengguna yang telah kembali baik seiring dengan potensi meningkat harga-harga komoditi, kata para penganalisis.

Ketua Penyelidik Jupiter Research Sdn. Bhd. Pong Teng Siew berkata, bursa tempatan mulai kembali pulih minggu ini di celah-celah petunjuk yang bercampur-campur di Amerika Syarikat.

"Saya rasa pasaran akan mencecah sekitar 1,000 mata pada suku kedua. Kita menjangkakan beberapa pemulihan dalam ekonomi global sebaik kita mendekati pertengahan tahun dan ini akan mengembalikan keyakinan kepada pasaran," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, beberapa syarikat luar negara telahpun menyatakan komoditi akan menunjukkan pemulihan selepas dilanda dengan situasi teruk pada akhir tahun lepas.

Untuk minggu baru berakhir, beliau berkata, beberapa dana asing tertentu telah menunjukkan sokongan dengan membeli saham berwajaran berat, terutamanya saham perladangan, dengan jangkaan yang harga komoditi akan pulih tidak lama lagi.

Pada Jumaat, pasaran ditutup kukuh, disokong oleh keuntungan terutamanya dari saham Tenaga.

Bursa saham telah memulakan ralinya untuk tahun ini pada 2 Januari tetapi merosot pada hari Khamis ekoran jangkaan data pekerjaan Amerika Syarikat yang lemah yang diumumkan pada lewat Jumaat.

Bagaimanapun, ia berjaya mengatasi semula kerugiannya pada hari Jumaat.

Di pasaran hadapan, Sime Darby Bhd. yang bercadang membeli kepentingan dalam IJN Holdings, pengendali Institut Jantung Negara (IJN), mengambil keputusan membatalkan cadangan itu sementara projek lumba kuda syarikat pembinaaan WCT Bhd. di Dubai telah dibatalkan.

Sime Darby tidak berubah pada RM5.45 dan WCT naik empat sen kepada RM1.17 pada Jumaat.

Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, IKKL mengakhiri minggu urus niaga pada 919.07, mengukuh 24.71 mata berbanding 894.36 minggu lepas.

Indeks perindustrian menokok 38.23 mata kepada 2,127.02, Indeks Kewangan melonjak 363.22 mata kepada 7,288.43 dan Indeks Perladangan menambah 137.27 mata kepada 4,561.01.

Indeks FBMEmas pula 161.13 mata lebih tinggi pada 6,018.49, FBM30 meningkat 159.41 mata kepada 5,923.30, FBM2BRD susut 50.65 mata kepada 3,981.48 sementara FBM-MDQ naik 33.94 mata kepada 3,380.80.

Jumlah dagangan keseluruhan untuk minggu ini melonjak kepada 3.161 bilion saham bernilai RM4.458 bilion daripada 1.08 bilion unit bernilai RM1.608 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Papan Utama mengukuh kepada 3.388 bilion saham bernilai RM4.378 bilion berbanding 889.155 juta unit bernilai RM1.568 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua menambah kepada 187.866 juta saham bernilai RM47.057 juta daripada 82.288 juta unit bernilai RM23.552 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq naik kepada 65.876 juta saham bernilai RM13.17 juta berbanding 34.177 juta unit bernilai RM9.338 juta Jumaat lepas.

Waran-waran panggilan lebih baik kepada 164.669 juta saham bernilai RM16.241 juta daripada 72.499 juta saham bernilai RM5.73 juta minggu lepas.

- Bernama

San Francisco Anti-Israel Protest 12/30/08 - youtube

500 protest Israeli air strikes outside US embassy - youtube

BAGAIMANA MULANYA ISRAIL MENGUASAI PALESTIN - HARAKAH DAILY

Abdul Shukur Harun
Tue | Jan 06, 09 | 6:02:49 pm MYT

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.
Iklan

Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.

Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

Adakah harapan buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

Israel gesa Mesir kawal sempadan Gaza - sinar harian




TEL AVIV - Israel semalam mendakwa tugasan untuk menghentikan penyeludupan senjata api dari Mesir ke Semenanjung Gaza sepatutnya dilakukan pasukan keselamatan Mesir.

Negara rejim tersebut turut menolak sebarang idea campur tangan antarabangsa bagi menangani masalah berkenaan.

Pegawai-pegawai diplomat Eropah dan Israel berkata, pasukan keselamatan antarabangsa merupakan sebahagian daripada pakej rundingan orang tengah yang cuba disertakan bersama dalam usaha menamatkan serangan Israel terhadap Gaza.

Mesir kelmarin berkata, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang pasukan tentera ditempatkan di kawasannya yang terletak 15 kilometer dari sempadan Gaza.

Di pihak Hamas, kumpulan pejuang itu dengan tegas menolak untuk menerima sebarang penempatan pasukan tentera asing.

“Tiada kebimbangan mengenai keupayaan Mesir yang memiliki kelengkapan ketenteraan luar biasa dan pasukan keselamatannya mampu menumpaskan semua situasi tidak diingini,” kata pegawai Kementerian Pertahanan Israel, Amos Gilad.

Kutuk Israel tapi ISA tidak dihapuskan, kata Anwar - malaysiakini


Jan 12, 09 6:19pm
Walaupun mengutuk pencabulan Israel terhadap hak asasi manusia, kerajaan didakwa tidak konsisten menyatakan sikapnya berhubung prinsip itu, antaranya kerana terus menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

"Oleh itu, manakala kita mengutuk tindakan Israel yang mencabuli hak asasi manusia dan beberapa piagam penting seperti Deklarasi Hak Asasi Sejagat dan Konvensyen Geneva, janganlah pula hak asasi di Malaysia diceroboh.

parliament anwar pc on motion rejected 241108"Kerajaan Malaysia juga semestinya konsisten di dalam menyatakan sikap," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari sudut esensinya, Pakatan Rakyat menentang dan mengutuk sebarang bentuk kezaliman walau di mana ianya berlaku dan siapapun pelakunya, baik ianya (dilakukan) Israel, Amerika Syarikat, mahupun oleh rerajaan Malaysia," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang khas Parlimen mengenai Gaza bagi membela nasib rakyat Palestin yang kini menderita akibat serangan rejim Israel ke atas mereka.

Membahaskan lanjut perkara itu, Anwar berkata, sudah tiba masanya, akta kontroversi ISA yang disifatkannya sebagai "undang-undang kuku besi" dihapuskan.

Anwar turut mengambil peluang itu mengkritik penahanan 21 orang termasuk ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan beberapa pemimpin Parti Sosiallis Malaysia (PSM) dalam satu perhimpunan anti-perang di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Mangsa perang


"Tindakan kerajaan menahan serta menghentikan demonstrasi secara aman pada 10 Januari lalu dilihat bermuka-muka ketika kerajaan menghentam Israel dan menyeru negara lainnya menyuarakan bantahan terhadap penindasan yang berlaku; akan tetapi bertindak menahan serta menghentikan demonstrasi secara aman pada 10 Januari lalu," kata Anwar.

Upacara itu dianjurkan oleh Gabungan Anti-Perang sebagai tanda sokongan kepada mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka.

Antara mereka yang ditahan ialah Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha S Arutchelvan serta beberapa aktivis dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit). Mereka dipercayai disiasat kerana menyertai perhimpunan haram.

Anwar, bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi kerana menunjukkan komitmen beliau terhadap krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza itu.

"Sidang khas (Parlimen) seperti ini amatlah penting bagi kita menyatakan sikap terhadap kekejaman yang berlaku. Pakatan tuntas memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman baik di dalam mahupun di luar," kata beliau yang juga ketua umum PKR.

Selain mengkritik Amerika Syarikat yang memberikan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Israel, Anwar - sambil memetik novelis terkenal Gotthold Ephraim Lessing dalam "Nathan yang Bijaksana" (Nathan the Wise) - positif dengan usaha pendamaiaan di rantau itu:

"Dalam sekian banyak perbezaan pastinya ada satu titik pertemuan. Dan sudah tentulah rasa kemanusiaan itu salah satu daripada sekian banyaknya persamaan di antara kita," tegas Anwar.

MCA Youth goes to PAS HQ to protest - malaysiakini




Tarani Palani & Rahmah Ghazali | Dec 24, 08 4:56pm
In an unprecedented move, Federal Territory MCA Youth stepped into the PAS headquarters in Kuala Lumpur to submit a memorandum protesting a plan to bring in hudud law.
Peaceful five-minute demonstration
'We wanted to do something different'

hudud discomfort - youtube

Sunday, January 11, 2009

21 arrested at anti-war vigil - malaysiakini.tv



Jan 11, 09 | 0:09:40 min
Play YOUTUBE
http://www.malaysiakini.tv/video/16576

The police have arrested 21 people, including Klang MP Charles Santiago and several top leaders of PSM, at an anti-war vigil at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
MCPX

The vigil was organised by Anti-War Coalition to show support to the victims of war and aggression in Palestine and Sri Lanka.

About 200 people had gathered at about 8pm for the vigil, which was declared illegal by the police who were also present at the venue.

Camera: Shukri Mohamad

HUDUD DAN ANAK MUDA MALAYSIA

Dikala ini ramai yang kita dengar percakapan berkenaan dengan hukum hudud yang akan di laksanakan mungkin tidak lama lagi. Ramai yang bercanggah pendapat berkenaan dengannya. PAS kata macam ni UMNO kata macam ni. Bagi saya sememangnya hukum hudud patut dilaksanakan di negara islam seperti Malaysia. Hukum hudud adalah perintah Allah. Dan kita sebagai hambanya wajib mengikutnya. Permasalahannya dapatkah ianya dilaksanakan di negara seperti Malaysia ini berbilang kaum dan agama. Bukan tiga atau empat tapi dah bertambah dengan pendatang asing lagi. Dan juga pelbagai ajaran sesat yang dibawa masuk. Sebagai renungan, anak muda zaman ini bukan macam dulu lagi. Mereka senang beralih angin. Ada sesetengahnya tak tahu langsung berkenaan agama.

Jika hukum hudud dilaksanakan saya takut ramai anak muda yang tiada pedoman hidup beralih kepada agama lain, sebabnya kita berada di Malaysia. Setakat ini pun dah ramai yang jadi murtat. Dan banyak didada akhbar jika kita lihat ramai sekali anak muda kita buat pengakuan keluar agama. Biar saya jelaskan di sini. Apabila mencuri kena potong tangan apabila ditangkap khalwat dan didapati bersalah kena sula. Agama lain tak ada hukum yang macam tu. Ini bukan bermaksud saya nak menolak hukum tuhan. Jadi sebagai pendekatan, anak-anak muda ini akan membuat perbandingan dengan agama lain. Maklumlah iman didada tak kukuh. Ianya berbeza dengan negara Arab. Majoriti mereka semua boleh dikatakan beragama islam.

Jadi di sini saya ingin menyeru kepada semua tokoh-tokoh agama dan cerdik pandai supaya mencari satu formula macam mana kita nak laksanakan hukum hudud di Malaysia supaya jangan ada anak melayu kita yang akan beralih agama. Sekian Terima Kasih.h

Doing a Gaza - by hamba allah

“If somebody was sending rockets into my house where my two daughters sleep at night, I would do everything to stop that and would expect Israel to do the same thing.”

Itu kata-kata Barrack Obama, bukan George W Bush; di bandar Sderot yang terletak di kawasan selatan Israel dan merupakan sasaran utama roket-roket Hamas.

Jika kamu tinggal di Johor Bahru dan setiap malam ditembak roket oleh Singapura, apa yang kamu akan buat?

Kamu tidak akan buat apa-apa, kecuali menuntut pada pihak kerajaan kamu untuk melakukan sesuatu bagi menghentikannya. Dan kerajaan kamu (yakni kerajaan Malaysia) akan mengerahkan tenteranya untuk menyerang balas.

Itu pun jika kerajaan kamu dan tenteranya ada telur.

Tetapi kerajaan Israel dan bala tenteranya memang bertelur. Walaupun ada di antara mereka di luar sana yang dengan sinis akan berkata, “Oh, menentang penduduk Palestin yang tidak lengkap bersenjata, memanglah berani.”

Sebuah negara Yahudi dengan lebih sedikit dari 7 juta rakyat di tengah dunia Arab dengan populasi hampir 340 juta orang. Pernah pula beberapa kali berperang dengan jiran-jiran Arab mereka dan memenangi sebahagian besar peperangan itu.

Hakikatnya Israel memang berani dan mereka akan melakukan apa saja demi kelangsungan hidup negara Israel itu sendiri.

Yang tidak berani dan tidak bertelur ialah negara-negara Arab yang hanya tahu untuk bersidang di dalam Liga Arab sambil minum teh pudina dan kemudian mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel.

Juga yang tidak berani dan tidak bertelur ialah negara-negara Islam bukan Arab yang hanya tahu menekan negara-negara Arab untuk melakukan sesuatu atau mengajak negara-negara Arab itu untuk bersidang pula dalam OIC sambil minum teh tarik (jika ianya dianjurkan di Putrajaya).

Kemudian mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel.

Kecuali Malaysia barangkali, yang telah bertindak untuk mendermakan sekurang-kurangnya USD1 juta kepada Palestin, menyeru diadakan sidang tergempar PBB dan mahu memboikot produk atau jenama dari Amerika Syarikat.

Tetapi sidang tergempar PBB akan hanya melibatkan para perwakilan berhimpun di New York, bersidang dalam dewan dan kemudian makan minum. Mereka juga akan menginap di hotel-hotel mewah dan pergi berjalan atau membeli-belah di sekitar kota New York ketika waktu lapang.

Kemudian membentangkan resolusi mengutuk kekejaman Israel. Resolusi gencatan senjata belum tentu dapat diluluskan, kerana ianya kemungkinan besar bakal diveto oleh Amerika Syarikat.

Begitu juga seruan memboikot produk atau jenama Amerika Syarikat. Ini kerana kita belum ada restoran makanan segera dari Arab Saudi atau minuman berkarbonat dari Mesir. Apatah lagi perubatan, perkakasan berteknologi tinggi, jentera, perisian komputer dan sebagainya.

Jika kita mahu boikot dengan betul, kita akan terbantut. Malaysia akan berhenti berfungsi sebagai sebuah negara. Ini kerana negara-negara di dalam Liga Arab atau OIC yang menjadi saudara kita tidaklah bijak dalam perkilangan atau pembuatan. Jadi boikot kita hanyalah retorik semata-mata.

Alasan Israel untuk menyerang Gaza ialah kerana mereka mahu memusnahkan keupayaan ketenteraan Hamas di Gaza. Israel mahu serangan roket Hamas ke atas Israel dihentikan dan satu-satunya cara mereka dapat menghentikan serangan roket ini ialah dengan tindakan ketenteraan mereka sendiri.

Lalu Israel dilabelkan sebagai berlaku kejam ke atas Palestin.

Maka serangan roket Hamas sebelum ini mungkin satu friendly gesture barangkali?

Dan perasankah kita serangan Israel setakat ini hanya terhad di Gaza sahaja?

Sedangkan Palestin itu terdiri dari Gaza dan Tebing Barat. Dua wilayah yang terpisah dengan Israel terletak di antara mereka.

Bezanya Gaza diperintah oleh Hamas yang radikal sementara Tebing Barat di bawah kuasa Fatah yang lebih sederhana. Ini semua bertitik tolak dari pilihanraya Palestin tahun 2006 dulu bila Hamas melakukan kejutan dan menguasai parlimen dari Fatah yang merupakan parti pemerintah sebelumnya.

Fatah, yang memilih perdamaian dengan Israel sekaligus mendapat sokongan rejim Tel Aviv itu bersama sekutu Amerika Syarikat mereka cuba untuk menafikan kemenangan pilihanraya Hamas dan klimaks dari konflik antara dua parti Palestin ini ialah Pertempuran Gaza pada Jun 2007. Kesan dari peristiwa ini Palestin terpecah dua, Gaza di bawah Hamas dan Tebing Barat di bawah Fatah.

Rata-rata umat Islam melihat konflik Fatah-Hamas ini sebagai satu pengkhianatan ke atas Hamas yang mendapat mandat rakyat Palestin sementara Fatah pula dilihat sebagai boneka Israel dan Amerika Syarikat. Tebing Barat kekal aman dan makmur sementara Gaza menerima berbagai sekatan dari Israel.

Hakikatnya, bukan Israel saja yang memberi tekanan kepada Hamas di Gaza. Negara-negara Arab juga turut terlibat dalam usaha untuk melemahkan Hamas melalui tekanan politik dan juga sekatan ekonomi.

Pendek kata, tidak ada sebuah pun negara Arab yang mahukan sebuah Palestin mengikut acuan Hamas. Ya, siapa yang mahukan sebuah negara yang dikuasai pengganas? Pastinya Dinasti Saud di Arab Saudi tidak dapat tidur sekatil dengan pergerakan revolusi rakyat seperti Hamas. Begitu juga junta sosialis Ba’ath di Syria, monarki Hasyimiyah di Jordan mahupun puak nasionalis NDP di Mesir. Tiada satu negara Arab pun yang mahukan kewujudan Palestin versi Hamas dalam dunia Arab mereka.

Oleh sebab itu, ketika Israel meneruskan operasi ketenteraan mereka di Gaza, Mesir yang bersempadan dengan Gaza memilih untuk menutup sempadan mereka dan berpeluk tubuh membiarkan rakyat Palestin di Gaza menderita.

Negara-negara Arab sebenarnya redha pada tindakan Israel ke atas Gaza. Mereka redha rakyat Palestin di Gaza dijadikan korban demi untuk menghancurkan entiti politik bernama Hamas yang dilihat sebagai ancaman kepada status-quo politik dunia Arab.

Mungkin hakikat sebenarnya ialah bukan kerana negara-negara Arab dalam sidang Liga Arab tidak berbuat apa-apa kerana tidak bertelur dan pengecut, sebaliknya tindakan mereka berpeluk tubuh ialah kerana mereka mahu Israel menghancurkan Hamas.

Salahkah Mesir, Arab Saudi dan negara Arab lain bila mereka membiarkan nyawa rakyat Palestin menjadi taruhan kepentingan politik mereka?

Sedangkan ketika Pertempuran Gaza pada Jun 2007 dulu, Hamas dalam usaha mereka mengusir Fatah keluar dari Gaza telah menjadikan ratusan rakyat Palestin sebagai mangsa cita-cita politik mereka. Begitu juga dengan krisis Gaza yang berlaku sekarang, Hamas mempergunakan orang awam sebagai perisai manusia sekaligus menjadi faktor betapa ramainya orang tua, perempuan dan kanak-kanak yang menjadi korban serangan Israel.

Maaf kepada para pembaca beragama Islam di luar sana. Maaf jika aku mengecewakan semangat jihad Islamik kamu atau membuat kamu marah. Tapi inilah realitinya, tiada apa-apa yang holy atau suci dalam konflik Palestin ini. Hanya permainan politik di antara kuasa-kuasa yang terlibat.

Dan permainan politik itu tidak terhad di Palestin atau sekitar dunia Arab sana. Malah di Malaysia ini juga isu Palestin dijadikan permainan politik. Kenapa agaknya media massa setiap kali melaporkan protes atau perhimpunan yang melibatkan Barisan Nasional mereka menyebut “protes yang diketuai Barisan Nasional’ atau ‘perhimpunan anjuran UMNO’ tetapi bila melaporkan protes atau perhimpunan melibatkan PAS, ianya sekadar disebut ‘protes atau perhimpunan oleh badan-badan NGO di Malaysia’?

Isu Palestin juga boleh dijadikan bahan propaganda memancing undi nampaknya.

Sebenarnya, apa yang negara-negara dan orang-orang Arab atau Islam mahukan sebagai penyelesaian kepada isu Palestin ini?

Perdamaian antara Palestin dan Israel yang juga meliputi konsep kewujudan kedua-dua negara? Atau kewujudan sebuah negara Palestin dari kehancuran Israel?

Jika perdamaian dan kewujudan bersama yang kita cari maka mungkin kita perlu memaksa Hamas untuk menghentikan sikap agresif mereka terhadap Israel dan menggalakkan usaha damai antara Hamas dan Fatah. Kembali semula kepada pelan damai dan berusaha ke arah penubuhan negara Palestin yang boleh hidup bersama Israel sebagai jiran, biarpun ianya mengambil masa yang lama. Pastinya Israel juga wajib memberikan komitmen yang serupa, mungkin berhasil jika Israel merasakan tiada mana-mana puak politik dalam Palestin yang agresif terhadap Tel Aviv.

Atau jika pilihan kita ialah kehancuran Israel dan kebangkitan Palestin yang merdeka sepenuhnya, buatlah satu sidang Liga Arab atau OIC, kemudian berikan satu perisytiharan perang bersama ke atas Israel dan sekutu-sekutunya. Rata-rata umat Islam yakin dengan janji yang telah termaktub, bahawa Yahudi itu bangsa yang dilaknat oleh Tuhan dan harinya akan tiba bila bala tentera Islam menakluki Israel dan menyembelih setiap Yahudi yang lalu di depan mereka.

Jadi, tunggu apa lagi? Ini jalan pintas ke syurga. Mati syahid ialah tiket kamu ke syurga. Biar kamu banyak dosa, tapi jika kamu sanggup meletupkan diri kamu di dalam sebuah bas yang penuh dengan Yahudi Zionis, kamu pasti masuk syurga. Bukan aku yang bagi fatwa, tapi Hamas.

Dan aku yakin Hamas akan menerima dengan tangan terbuka sambil berkata ‘syukran’ jika kamu mahu jadi sukarelawan mati syahid mereka.

Atau semuanya hangat-hangat tahi ayam? Di sebalik keghairahan memijak dan membakar bendera Israel atau Amerika Syarikat umat Islam sebenarnya ragu-ragu sama ada bermatian untuk menghancurkan Israel itu adalah sesuatu yang berbaloi untuk mereka.

Dilema. Umat Islam benci Israel tetapi mereka keliru tentang apa yang mereka mahukan sebagai pengubat kebencian itu. Mereka tidak mahu rakyat Palestin dibunuh tetapi mereka mahu Israel hancur. Apa kita fikir Yahudi mahu buat selamba bila kita jentik mereka?

Ya, Israel memang pakar berlebih-lebihan. Sebutir roket Hamas meletup di ladang zaitun milik peneroka Yahudi, Israel akan balas dengan serangan udara, meriam dan kereta kebal. Seorang Yahudi maut, seratus Palestin hilang nyawa.

Itu tidak betul. Tetapi tindakan Hamas menembak roket ketika pelan damai sedang diusahakan juga tidak betul. Apa lagi bila Hamas terang-terang menyebut asas penubuhan mereka ialah ‘untuk memusnahkan Israel’, percaya bahawa ‘pelan damai tidak membawa apa-apa kebaikan’ dan ‘tidak percaya bahawa mereka boleh hidup bersama-sama musuh mereka’.

Lalu Hamas menjolok sarang tebuan dan terkena sengatnya.

Murtad Zionis-lah Yahudi di Israel jika mereka masih berdiam diri mengenai Hamas di Gaza.

Maka apakah kesimpulannya dari krisis atau pembunuhan yang berlaku di Gaza ini? You reap what you sow. Masalahnya orang awam yang tidak bersalah terpaksa membayar harga semua ini dengan nyawa mereka.

Bagi aku, biarpun ada elemen keagamaan dalam konflik ini (sehingga umat Islam kebanyakannya terbawa-bawa dengan semangat jihad mereka), realiti yang pahit ialah ianya bertitik-tolak tidak lebih dari sekadar permainan politik yang memualkan. Hamas mungkin mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi apakah yang Islamiknya bila mereka mengeksploitasi tempat-tempat awam untuk faedah ketenteraan mereka, melakukan pembunuhan dan keganasan tanpa diskriminasi dan lebih hina lagi membunuh sesama saudara Islam hanya kerana mereka tidak sehaluan (konflik antara Hamas dan Fatah).

Tiada kesucian dalam krisis yang berlaku di Gaza ini. Kita diromantikkan dengan perjuangan jihad membela Islam. Hakikat yang sebenar ialah ia hanya eksploitasi nyawa orang awam demi kepentingan politik masing-masing.

have fun