Friday, July 24, 2009

Warkah Takziah Daripada Tuan Guru Nik Aziz Kepada Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock

Kategori: Isu Semasa

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009

Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.


Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).


Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan

Suspek kes 'puaka' UM disoal isu Teoh - malaysiakini


Abdul Rahim Sabri
Jul 24, 09
11:43am

kemaskini 1.55pm Seorang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, yang disiasat kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kampus itu, ditanya berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.

Shazni Munir Mohd Ithnin, dalam aduannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini, berkata beliau juga disoal berhubung perhimpunan besar-besaran membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, yang ditahan reman selama tiga hari sejak 17 Julai lalu, juga diminta mengulas gagasan "1Malaysia" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya difahamkan penahanan saya untuk membantu siasatan berhubung contengan anti-Rosmah.

"Tetapi soalan yang ditanya tidak menjurus kepada isu contengan, sebaliknya berhubung persepsi dan pandangan saya tentang isu semasa.

"Ia satu tindakan yang tidak wajar, menyebabkan saya berasa teragak-agak untuk memberi kerjasama dengan pihak polis," katanya.

Difahamkan Shazni Munir, antara tiga pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang dicari polis sejak insiden di dewan kuliah utama akademi itu 24 Jun lepas, akan diseret ke mahkamah awal minggu depan.

Dua lagi suspek gagal dijejak oleh polis, sementara Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dan Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan kes tersebut.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan berhubung insiden awal pagi Rabu itu, beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir untuk satu program di dewan berkenaan.

Mereka, pelajar tahun dua jurusan syariah API, juga didakwa cuba melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di pintu dewan kuliah utama akademi tersebut.

Shazni Munir menyampaikan aduan lisannya di depan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam di pejabatnya di Jalan Raja Laut.

Pelajar itu kemudiannya diminta menyampaikan aduannya secara bertulis selewat-lewatnya Selasa ini supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Pelajar yang berasal dari Segamat itu juga mendakwa sewaktu disoal siasat, beliau turut diberi amaran supaya menghentikan kegiatan aktivisme mahasiswa.

"Jika tidak berhenti dalam aktivisme, ada cadangan untuk meng-ISA-kan saya," katanya.

Sebelum itu, beberapa kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Suhakam berhubung isu tersebut dan dua lagi insiden yang melibatkan mahasiswa baru-baru ini.

Kumpulan tersebut diketuai oleh Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Hilman Idham.

Beliau turut disertai oleh PMIUM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema).

Dalam memorandum tersebut, exco PMIUM, Mohd Shafie Hashim berkata tindakan polis menunjukkan pistol kepada Mohd Syahruldeen sewaktu mahu menahannya sebagai "tidak wajar dan menyalahi undang-undang dan etika polis" ketika bertugas.

"Penahanan mereka juga tidak dimaklumkan kepada pihak keluarga. Hal ini dianggap sebagai penafian hak seseorang tahanan untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan sewajarnya," katanya.

Seorang anggota polis yang berpakaian biasa, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, didakwa menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang sewaktu menahan pelajar tahun dua itu di rumah sewanya di Jalan Pantai Permai berdekatan Kampung Kerinchi, 25 Jun lalu.

Masjid kaya lupa tanggungjawab, bangga simpanan di bank - malaysiakini


Jul 24, 09 12:28pm
Terdapat masjid kaya lupa tanggungjawab sosial hasil sumbangan orang ramai atau institusi tertentu tetapi "sebaliknya berbangga mempunyai simpanan beku di bank-bank," kata seorang menteri.

"Mereka berpuas hati dengan sekadar mendapat keuntungan yang diagihkan setiap tahun tetapi tidak tahu menjanakan dana masjid itu.

"Kepimpinan masjid seperti ini tidak mempunyai kemahiran, tidak mengetahui cara membelanjakan dana tersebut untuk faedah masyarakat Islam yang memerlukannya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asean 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Changlon malam tadi, lapor Bernama.

Sususlan itu, beliau menyarankan masjid berdana besar menjalankan tanggungjawab sosial dengan mewujudkan program berkembar bagi membantu masjid daif, terutama di luar bandar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri perlu bekerjasama merangka skim pelaburan dana masjid atau
koperasi masjid secara berkesan.

Jamil Khir berkata, kepimpinan masjid memainkan peranan penting dalam mewujudkan keunggulan institusi masjid di samping mendapat sokongan penuh anak kariah terhadap semua aktiviti yang dianjurkan.

Beliau berkata, sebagai institusi yang juga merupakan aset umat Islam yang amat tinggi nilainya, masjid perlu menganjurkan pelbagai program yang boleh menarik kumpulan sasar terutama golongan remaja.

Katanya, institusi masjid perlu merangka program yang bukan sahaja mampu mencerminkan kesesuaian dengan semua golongan masyarakat malah juga selari dengan pemikiran masyarakat itu sendiri.

"Program yang dilaksanakan tidak hanya perlu menumpukan kepada yang berteraskan keagamaan tetapi perlu juga merangkumi program yang mempunyai nilai keduniaan," katanya.

Inkues kematian Teoh, Rabu ini - malaysiakini


Jul 24, 09 5:49pm
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata inkues untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock akan diadakan mulai 29 Julai hingga 12 Ogos depan.

Beliau memberitahu pemberita bahawa siasatan polis terhadap kematian Teoh akan disiapkan tidak lama lagi bagi membolehkan inkues tersebut diadakan.

Khalid juga dilaporkan sebelum ini sebagai berkata siasatan polis akan disiapkan sebelum inkues tersebut bermula.

Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga ADUN Seri Kembangan - ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam Khamis lalu.

Dia dipercayai jatuh dari tingkat 14 - tempat terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, sedang disiasat - sebagai saksi - berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Monday, July 20, 2009

Pakatan Rakyat Menuntut Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock - DSAI


MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

17 JULAI 2009

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP

PRESIDEN PAFA - by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


KENYATAAN MEDIA DATO’ SERI PRESIDEN PAFA

YB. DATO’ SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN


Saya memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.

Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.

Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.

Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.

Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.

Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.

Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.

Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.

Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.

Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya mengahabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.

Ramai di antara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.

TAZKiRAH : Jangan meninggalkan zikir - Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM


Email Oleh : BawangGoreng®

Assalamualaikum wbt,

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta penuh dengan keyakinan dan keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba- Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 152)

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-'Araaf [007], ayat 205)

Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih ‘Subhanallah’ bertakbir ‘Allahuakbar’, membaca hauqalah ‘Lahaula wala Quwata Illa Billah’, membaca hasballah ‘Hasbiallah’, membaca basmallah ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah. Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)

Di samping itu, zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’ .” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jangan meninggalkan zikir

Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).

Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.

Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”

Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).

Abdullah nin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (yaitu) orang-orang yang mengingat (berzikir pada)Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 190-191)

Firman Allah yang bermaksud, “Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang.”

Yakni pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.

Antara zikir yang boleh dijadikan amalan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, “Siapa membaca kalimat tahlil: ‘Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: ‘Subhanallaahi wa bihamdih’ sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)

Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: “Siapa membaca: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir’ sebanyak sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: ‘Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

Dari Mush’ab bin Sa’ad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “(Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca.” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah’, ‘Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi rabill alamin’, ‘laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim.’” Lalu kata orang itu, “Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata, yang mana untukku?” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Allahummaghfir li warhamni, wahdini warzuqni.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2318)

Dari Abu Malik Al Asyja'i dari bapanya r.a., kataya: “Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini ‘Allahummghfir li war hamni wahdini, wa aafini, warzuqni.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2319)

Dari Abdullah r.a, katanya, “Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: ‘Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha. wa a'udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba'daha. Rabbi a'udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi a'udzu bika min 'adzabin fi naari wa 'adzabin fil qabri’ dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata ‘amsaina’ (petang hari) dengan kata ‘ashbahna’ (pagi hari).” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2345)

Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)

Kesimpulan

Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal'alamin.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Maka kalau sekiranya dia (Nabi Yunus) bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” (Surah Ash-Shaaffaat [037], ayat 143-144 )

Semoga bermanafaat.

- BawangGoreng -
http://bawangorengnet.blogspot.com/
http://mambangdiawa n-kiosk.blogspot .com/

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Friday, July 17, 2009

Zambry tolak polisi kebajikan Pakatan Rakyat Harakahdaily

Zambry tolak polisi kebajikan Pakatan Rakyat
Harakahdaily
Fri | Jul 17, 09 | 10:08:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Peguam Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ambiga Srenevasan memberitahu bahawa Dato' Zambry Kadir telah bertindak menarik balik beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat.

Ini katanya termasuklah memansuhkan bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan yang miskin tegar.

"Mereka(Kerajaan BN) juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampong," kata Ambiga yang dipetik daripada blog Speaker Perak.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun katanya bersetuju dengan peguam Zambry bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang diambil oleh Zambry .

Justeru mahkamah membenarkan beliau untuk terus menjalankan kerja-kerja Menteri Besar sementara menunggu keputusan muktamad berhubung rayuan Nizar.

Pada perbicaraan akan datang, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan merangkumi Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria dan Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Seorang lagi peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata tidak ada penjelasan diberi mengapa permohonan Nizar didengar oleh hanya tiga hakim dan bukan lima sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan terus menggesa supaya perbicaraan Nizar didengar oleh panel sembilan hakim. - azm _



Thursday, July 16, 2009

Dari Tranungkite tentang RNC & RM

Kebakaran Di Kerinchi: Raja Nong Chik dan Rosmah dihalau
Posted on Wednesday, July 08 @ 01:00:00 PDT by
TokPenghulu


Oleh
Nasali Ismail

Kebakaran beberapa buah rumah di kampung Kerinci seminggu yang lalu menimbulkan pelbagai konflik yang belum berakhir. Selepas kebakaran tersebut, beberapa pimpinan politik baik daripada Pas, PKR dan Umno datang menziarahi mangsa-mangsa.

Antara yang hadir ialah Menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Raja Nong Chik. Kehadiran beliau telah disambut dengan herdikan daripada seorang mangsa. Khabarnya Raja Nong Chik melarikan diri ke dalam kereta. Mangsa yang berang dengan Raja Nong Chik terus meluru dan katanya menendang kereta beliau sehingga kemik.



Keesokan harinya sekali lagi Raja Nong Chik datang bersama dengan 'puaka' (Datin Seri Rosmah Mansur). Rosmah datang membawa bantuan untuk mangsa. Namun bantuan itu diberikan kepada mangsa-mangsa tertentu sahaja dan salah seorang mangsa kebakaran tidak menerima. Akibatnya isteri kepada mangsa kebakaran ini keluar dari rumah dan berdepan dengan Rosmah sambil mengatakan 'ni barua'. Puas merah padam muka Rosmah dimaki oleh perempuan ini. Namun dia hanya mendiamkan diri. manakala juaknya Raja Nong Chik memujuk wanita ini dengan mengatakan petang nanti bantuan yang berbaki akan diberikan.

Kenapa begitu marah mangsa kebakaran ini kepada Rosmah dan Raja Nong Chik? Untuk makluman penduduk kampung Kerinchi ini merupakan sebahagian daripada penduduk yang diarahkan pindah ke perumahan PPR. Sebahagian mereka membantah kerana mereka dipindahkan ke PPR Cempaka yang berjauhan dari rumah asal. Ini mendatangkan masalah kerana anak-anak mereka semuanya bersekolah di Kerinchi. Keduanya kedudukan rumah PPR Cempaka yang berhadapan dengan loji najis amat memualkan mereka. Oleh itu mereka memohon untuk dipindahkan ke PPR berhampiran berhadapan masjid Ikhlasiah yang masih kosong satu bangunan. Namun permintaan mereka tidak diselesaikan.

Keduanya ketika hari kejadian, rumah yang berpenghuni hanyalah sebuah sahaja. Bakinya sudah tidak ada penghuni kerana sudah berpindah. jadi rumah-rumah tersebut berkunci. Pada tengahari kejadian, salah seorang mangsa melihat api menyala di tengah salah satu rumah yang terbakar. Persoalannya siapa yang membakar kerana rumah itu tidak berpenghuni. kemudian apabila api sudah naik, dilihat dua lelaki melarikan diri dari rumah tersebut. Ini bermakna seolah-olah adanya unsur-unsur sebotaj dalam kebakaran tersebut.

Ketiganya apabila bantuan diberikan, ramai muka yang tidak dikenali mengaku menjadi mangsa. Sedangkan empat buah rumah yang terbakar itu tidak berpenghuni. Manakala rumah yang ada penghuni dianak tirikan ketika penyampaian bantuan oleh Rosmah.

Mungkinkah inilah sebahagian punca kemarahan penduduk kampung Kerinchi kepada Raja Nong Chik dan Rosmah Mansur

PRK N41 Manek Urai (42) : Nik Aziz: Rasuah, punca PAS menang tipis di N.041


http://www.youtube.com/watch?v=jL24O8bx27w&feature=player_embedded

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno BN memperbodoh rakyat Manek Urai dengan janji pembangunan serta rasuah

Friday, July 10, 2009

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif - malaysikini.com



'
Muda Mohd Noor
Jul 10, 09
12:26pm
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

bukit gantang by election mahathir ceramah and luncheon 060409 04Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Masa depan orang Melayu

Ketika ditanya mengenai nasib orang Melayu di negara ini, Dr Mahathir berkata, ianya bergantung kepada orang Melayu sendiri.

“Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN.

“Tetapi saya tidak dengar orang Melayu komplen terhadap Tun Abdullah,” katanya.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Katanya, mereka bimbang apa yang akan berlaku kepada mereka nanti dan mereka harus tahu apa yang akan berlaku dalam negara mereka sendiri.

Dr Mahathir juga berkata, parti pembangkang tetap diperlukan untuk menegur kerajaan jika membuat salah.

“Tidak pedulilah DAP atau PAS, kita perlukan pembangkang kerana orang kita tidak tegur walaupun kerajaan buat tidak semuanya benar,” tambahnya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata, sepanjang 38 tahun penggubalan dasar tersebut, ia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang terbaik.

Sepatutnya, kata beliau, orang Melayu menggunakan DEB untuk kepentingan ekonomi mereka tetapi sebaliknya menyalahgunakannya.

Orang Melayu, katanya, menyalahgunakan lesen, kontrak dan permit import yang diluluskan (AP)

'DEB tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu,” katanya.

Lagi gema gugurkan Rosmah di Unisel - malaysiakini.com


Jul 10, 09 2:57pm
kemaskini 7.19pm Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula malam tadi di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

NONEHanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel - seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut laman web penyokong mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 2,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

"Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan," satu coretan blog Anwar Ibrahim Club (AIC) dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

NONE"Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka," laporan blog itu dipetik.

Timbalan pengarah progam tersebut Maisarah Ismail, yang membangkitkan cadangan kontroversi itu, memberitahu Malaysiakini lewat petang ini bahawa majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar itu diadakan bagi menggalakkan pelajar lebih terbuka menggerakkan politik kampus.

NONEPelajar tahun akhir diploma sains perpustakaan, yang juga exco AIC, berkata ia juga bertujuan menggalakkan pelajar Unisel lebih berani bersuara tentang isu-isu semasa, termasuk isu dalam kampusnya di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Unisel, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam dan sekumpulan pensyarah.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar Pakatan Rakyat.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.
MB Perak: Mahkamah Persekutuan benar Nizar merayu - Malaysiakini.com
Jul 9, 09 4:55pm
Perebutan jawatan menteri besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan selepas mahkamah tertinggi itu memberikan kebenaran kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap pengisytiharan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, memberikan kebenaran itu selepas responden, Dr Zambry, dan pencelah Tan Sri Abdul Ghani Patail tiada bantahan terhadap permohonan itu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim itu menolak permohonan Nizar bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 22 Mei lepas, lapor Bernama.

"Ini adalah keputusan sebulat suara, permohonan bagi penangguhan ditolak. Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah untuk mendengar rayuan ini secepat mungkin," kata Alauddin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Nizar, S Ambiga, memberitahu mahkamah bahawa peguam utama, Sulaiman Abdullah, tidak sihat dan tidak hadir pada prosiding hari ini.

Tiga persoalan


Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, kemudian mengemukakan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah tertinggi itu:

1. Sama ada di bawah Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, jawatan Menteri Besar Perak kemungkinan atau telah dikosongkan,

2. Sama ada Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar Perak telah dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Perak mengenai resolusi kepercayaan atau sebaliknya,

3. Sekiranya menteri besar enggan meletakkan jawatannya, sama ada mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, seorang menteri besar mungkin dipecat daripada pejabat atau jawatan Menteri Besar dianggap kosong atau telah dikosongkan.

Ambiga kemudian meminta mahkamah bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Setelah responden (Zambry) dilantik pada 6 Februari 2009 sehingga keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei, 2009, dalam masa tiga bulan, responden dan kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak," kata Ambiga sambil membaca afidavit yang diikrarkan oleh Nizar.

Baca afidavit

Antara tindakan tersebut ialah:

* Responden telah gagal atau enggan melaksanakan program-program kebajikan yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri seperti tabung kifalah, tabung khas kebajikan rakyat, peningkatan kadar bantuan bulanan kepada keluarga miskin dan tabung pinjaman perniagaan kecil.

* Menamatkan perkhidmatan ketua-ketua kampung seluruh Perak dan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung

* Menukar senarai dan menamatkan perkhidmatan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

* Melengahkan projek perkhidmatan bas bersepadu Ipoh Sentral

* Melelong kereta Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Kami membantah penangguhan keputusan. Jika penangguhan dibenarkan, mahkamah yang dihormati ini akan campur tangan dalam kuasa eksekutif menteri besar sedangkan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian," hujah peguam yang mewakili Dr Zambry, Datuk Cecil Abraham.

Mohon perintah penangguhan


"Permohonan penangguhan ini adalah tidak betul. Dasarnya mungkin betul atau salah, terserah kepada ahli politik itu

"Jika penangguhan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi akan dikekalkan semula dan perayu akan menjadi menteri besar. Ini adalah perkara yang mahkamah tidak patut lakukan," kata Abraham dan menambah kata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mempercepatkan perbicaraan kes itu.

Abdul Gani, selaku pencelah, turut mengambil pendirian sama dan membantah permohonan itu.

Ambiga menjawab: "Perintah sementara itu perlu diberikan untuk menghalang prejudis terhadap perayu. Sesetengah dasar itu tidak boleh diubah.

"Semua keputusan yang dibuat perayu dan anggota Exconya perlu diteruskan demi kepentingan rakyat di Perak.

"Responden telah memohon bagi penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka kini tidak boleh kata yang kami tidak boleh buat perkara yang sama," katanya.

Pada 13 Feb, tahun ini, Mohammad Nizar memulakan tindakan undang-undang bagi memohon diisytiharkan yang beliau adalah menteri besar yang sah dan injunksi untuk melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugasnya.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Thursday, July 9, 2009

Husam: KJ cuba elak isu royalti - Malaysiakini.com


Jimadie Shah Othman
Jul 9, 09
1:02pm
Ketua Pemuda Umno cuba mengalihkan isu royalti minyak Kelantan dengan menuduh seorang exco negeri Datuk Husam Musa cuba menghalang timbalan presiden PAS berkempen di Manek Urai.

Menafikan tuduhan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, Husam juga berkata beliau sekadar ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS dan tiada kuasa menghalang Nasharuddin Mat Isa berceramah pada pilihanraya kecil DUN tersebut yang sedang berlangsung hingga Selasa depan.

"Saya ingat dia (Khairy) nak larikan perhatian daripada isu royalti minyak. Royalti minyak yang dia kena jawab. Ini Umno yang buat.

pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam hug nash"Kita tak ada sekat sesiapa. Mungkin dia (Nasharuddin) ada kerja lain, (jadi) dia tak datang lagi. Di Parlimen pun dia tak pergi," katanya apabila diminta mengulas isu ketidakhadiran pemimpin kanan PAS itu yang dijadikan modal kempen Umno di Manek Urai.

"Takkan di Parlimen pun saya yang larang. Mungkin sehari dua lagi (dia datang)," kata Husam lagi, yang kalah di tangan Nasharuddin sewaktu bertanding merebut jawatan nombor dua itu pada muktamar PAS, awal bulan lepas.

Susulan perebutan itu, Khairy mendakwa Husam "berdendam akibat kalah" di tangan penyandang jawatan tersebut dan dilaporkan mengarahkan Nasharuddin dilarang.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, Husam berkata: "Saya mana ada kuasa nak larang timbalan presiden PAS.

"Saya ini AJK PAS pusat sahaja."

Ditanya sama kemunculan Nasharuddin beberapa hari lagi boleh memarakkan semula isu kerajaan perpaduan seperti kempen Umno di kerusi DUN itu, exco ekonomi Kelantan itu berkata:

"Modal ini tidak tahan lama. Kita akan tumpu pada isu royalti minyak."

Petronas akan memberi penjelasan kepada kerajaan PAS Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak bernilai RM1.7 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kabinet yang bermesyuarat semalam membuat keputusan itu dilaporkan untuk menjamin kredibiliti kerajaan agar "tidak ada rakyat yang terpengaruh dengan tuntutan tidak berasas" beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

''Untuk lebih kredibiliti, kabinet membuat keputusan biarlah Petronas dalam sehari dua lagi menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangan supaya tidak ada rakyat Kelantan terpengaruh," beliau dipetik berkata selepas berceramah di Kampung Peria dalam kawasan Manek Urai semalam.

Daftar pengundi: Kempen terbaru PAS Melaka masih diganggu - Malaysiakini.com


Muda Mohd Noor
Jul 9, 09
1:42pm
Pemuda PAS Melaka akan meneruskan kempen pendaftaran pemilih di negeri itu walaupun dua kempen terbarunya di Batu Berendam masih diganggu sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, kata kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab.

Katanya, dua kempen terbaru pendaftaran pemilih itu diadakan di kawasan pasar malam di Taman Merdeka dan Taman Bukit Baru, Selasa lalu.

Sofi berkata, kumpulan tersebut datang ke meja mereka dan mengarahkan mereka menghenti kempen daftar pemilih di situ.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak mengenali kumpulan tersebut kerana mereka tidak memperkenalkan diri dan beliau juga tidak pasti sama ada mereka daripada Pemuda Umno.

"Kami mematuhi arahan mereka dan menghentikan kempen tersebut bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Minggu lalu, kekecohan berlaku apabila Pemuda Umno dilaporkan menghalang Pemuda PAS dan DAP daripada menjalankan kempen pendaftaran pemilih di pasar malam Taman Melaka Baru.

Dapat permit polis


Dalam kejadian tersebut sebuah meja pecah dan ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong mengalami kecederaan di kedua-dua lututnya.

Ekoran itu Pemuda PAS dan DAP telah membuat lapan laporan polis di Bandar Kaba, manakala sdeorang ahli Pemuda Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama lapan jam.

"Kami dilantik oleh suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk menjalankan kempen tersebut dan diberi kad kuasa untuk berbuat demikian.

"Saya rasa semua parti politik termasuk Umno mendapat kebenaran untuk menjalankan kempen tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sofi berkata, kempen pendaftaran pemilih di tempat terbuka tidak pernah mendapat bantahan dari orang ramai melainkan dari ahli Pemuda Umno.

'Saya hairan orang lain tidak ganggu tetapi Pemuda Umno yang sibuk. Mereka tahu kami gunakan sebuah meja kecil dan tidak mengganggu orang ramai," katanya.

Menurut Sofi, pihaknya tidak memerlukan permit polis kerana telah mendapat kebenaran SPR untuk pendaftaran pemilih.

Katanya, sehingga ini kira-kira 1,000 pengundi baru telah membuat pendaftaran pemilih yang dibuat oleh Pemuda PAS dengan Pemuda DAP Melaka.

Friday, July 3, 2009

K'jaan S'gor perjelas skim usia emas - Malaysiakini


Jul 3, 09 6:59pm
Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menurutnya cuba mengelirukan masyarakat umum berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Ia ekoran setiausaha dakwaan MCA Sungai Besar yang dilaporkan mendakwa tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalihkan wang sumbangan di bawah SMUE kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyelewengan kuasa.

"Kenyataan anggota parti pembangkang itu memperlihatkan beliau tidak langsung menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan.

"Ini kerana sesiapa yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan sedang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur adalah layak mendaftar sebagai ahli SMUE," kata kenyataan sekretariat kerajaan Selangor hari ini.

Menurutnya, syarat kelayakan lain yang membolehkan seseorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli SMUE ialah lahir dan sedang menetap di Selangor, atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Skim ini merupakan satu skim khairat kematian bagi membantu keluarga Warga Emas yang layak dan berdaftar, yang meninggal dunia.

Ketepi perbezaan politik


"Maka adalah tidak wajar untuk memberi sumbangan RM1,000 sebaik selepas tarikh pendaftaran sepertimana dicadangkan oleh anggota MCA itu bagi tujuan perbelanjaan atau pelancongan.

"Berhubung kes 1,000 borang permohonan ditolak sepertimana dilaporkan dalam media, pihak urusetia yang mengendalikan skim ini - Rantaian Mesra Sdn. Bhd - mengesahkan ia tidak wujud kerana urusetia tidak berhak menolak permohonan tetapi hanya memproses borang permohonan yang dihantar dari Pusat Khidmat DUN," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya, mereka yang layak, akan didaftarkan terus dan borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada Pusat Khidmat DUN untuk melengkapkannya.

"Skim ini disasarkan kepada semua yang layak dan berdaftar tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial.

"Oleh itu, kerajaan negeri berharap parti pembangkang mengetepikan perbezaan politik dan tidak melakukan tuduhan yang tidak berasas, sebaliknya membantu menjayakan program ini demi kebaikan dan kebajikan seluruh warga Selangor.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah dari segi pendaftaran, sila hubungi terus pihak urusetia, Rantaian Mesra Sdn. Bhd. di talian 03-55103468 atau 03-55103472," katanya.

Nik Aziz jadi tumpuan di kubu Umno di Lela Jasa - harakah daily

Nik Aziz jadi tumpuan di kubu Umno di Lela Jasa
Mohd Nor Yahya
Fri | Jul 03, 09 | 9:26:30 pm MYT

KUALA KRAI, 3 Julai (Hrkh) - Biarpun Kampung Lela Jasa dianggap sebagai kubu Umno di peti undi Laloh, namun ramai penduduk hadir menemui Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertandang ke kampung tersebut hari ini.

Menteri Besar turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid kampung berkenaan. Kehadiran orang ramai agak luar biasa.

Selepas itu beliau hadir pada majlis kesyukuran di rumah seorang penduduk di kawasan berdekatan.

Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan.

Ketika menyampaikan khutbah sebelum itu beliau berkata, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat.

Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas. Image

Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam.

Beliau juga berkata, khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam.

"Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian.

"Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik," katanya. - mj _

Tahniah Kerajaan Negeri Kedah

Assalamualaikum........

Tahniah kepada kerajaan negeri kedah yang merobohkan kandang babi yang haram itu. Pada pendapat saya, tindakan itu memang wajar dan patut dibuat. Bukan sebab saya tak makan binatang itu saya setuju, tapi sebab banyak penyakit yang datang daripada binatang itu.
Kerajaan dahulu(UMNO) sepatutnya merobohkan kandang tersebut tapi mungkin takut akan masaalah yang akan dihadapi seperti pas sekarang, mereka seolah-olah buta dengan kandang tersebut.
Satu ketika kerajaan PR diselangor nak membina kandang babi moden, banyak pula suara sumbang yang membantah dengan cadangan tersebut. Kenapa dengan BN? dengki dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Apa sebenarnya yang UMNO mahukan? nak sangat perjuangkan melayu dan bukannya agama islam? zaman ini melayu tak semestinya islam, ini salah siapa? Allah akan bertanya dengan pemimpin yang mesti bertanggungjawab tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. apa guna kemajuan andai anak bangsa melepak terikut budaya bangsa orang lain.
Saya takut anak saya akan terpengaruh dengan budaya ini, saya tidak salahkan kemajuan tetapi kerajaan yang saya salahkan. Ingatlah Islam itu cantik dan sudah terbukti, dibuktikan oleh nabi kita sebagai petunjuk daripada Allah.

have fun