Thursday, January 8, 2009

Azmin bebas tuduhan beri keterangan palsu - metro harian

Azmin bebas tuduhan beri keterangan palsu



PUTRAJAYA: Selepas menunggu hampir 10 tahun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma’arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata, beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

No comments:

have fun