Friday, January 2, 2009
Sambut tahun baru cara Islam - sinar harian
KOTA BHARU – Setiap kali tiba malam sambutan tahun baru, pasti akan diadakan konsert atau persembahan hiburan untuk menyambut ketibaan tahun baru itu.
Namum kelainan dapat dilihat ketika Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan sambutan tahun baru buat julung kalinya selepas 20 tahun semalam di Stadium Sultan Mohamed Ke-VI.
Orang ramai yang ditemui, Shahril Amri Azhar, 26, berkata, dia dan rakan-rakan menyambut baik sambutan yang dianjurkan dalam suasana Islam itu.
“Ini merupakan satu kelainan apabila malam sambutan tahun baru diisi dengan majlis agama seperti kuliah Maghrib, solat berjemaah dan motivasi remaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa malam sambutan tersebut.
Shahril Amri berkata, tiada kedengaran jeritan dan sorokan daripada golongan muda seperti mana sambutan tahun baru yang diadakan di tempat lain.
Katanya, yang ada adalah sebelum tiba detik tahun baru orang ramai bersama para pemimpin negeri berselawat beramai-ramai sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan Tuhan.
Natasha Lukman, 24, pula berkata, sambutan pada tahun ini memberi banyak kesedaran kepada dirinya dan mengelakkan dia lalai daripada keseronokan hidup.
“Lagi pun sambutan tahun baru ini seiring dengan sambutan tahun Hijriah dan konsep yang diadakan kena dengan hari yang diraikan ini.
“Pada malam ini kami berpeluang berhibur sambil mendidik dan sambutan sebegini bukan selalu diadakan. Oleh itu, kami menggunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin,” katanya.
Pada malam sambutan itu, orang ramai dihiburkan dengan persembahan lawak jenaka oleh Sabri Yunus dan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani, dikir barat oleh kumpulan Sri Budi, Tawang serta perarakan motosikal klasik, basikal dan kuda.
Orang ramai juga turut dihiburkan dengan percikan bunga api yang berwarna-warni sebaik sahaja detik jam 12.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment