Friday, January 2, 2009

RENUNGAN - Soid bin Abdul Razak.


Melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam adalah satu kemestian. Marilah sama kita merenung dengan insaf, tanpa sebarang sentimen atau emosi, akan maksud pelbagai Ayat dan Hadis berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu melaksanakan hukuman qisas dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (iaitu pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (iaitu pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampun itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Dan di dalam hukuman qisas itu adalah jaminan hidup bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa. - al-baqarah 2:178-179.

Maksudnya, pihak berkuasa mestilah mengambil langkah segera membolehkan ahli mangsa yang diceroboh, jika ada, menyempurnakan hak qisas mereka ke atas penjenayah, sama ada di dalam kes-kes pembunuhan ataupun kecederaan menurut syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan oleh para fuqaha.

2. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati, dan tiap-tiap perkara yangdihormati itu (jika dicabuli) ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah; sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. - al-Baqarah 2:194.

3. Dan telah tetapkan ke atas mereka di dalamnya (iaitu di dalam kitab taurat) bahawa nyawa dibalas dengan nyawa, mata dibalas dengan mata, hidung dibalas dengan hidung,telinga dibalas dengan telinga, gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka pun ada qisasnya(yang seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka ia menjadi penebus dosa bagi dirinya; san sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - al-MAIDAH 5:45.

4. Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka(hukumnya) potonglah tangan mereka berdua sebagai satu pembalasan dengan sebab apa yang telah mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi maha Bijaksana. - Al-maidah 5:38.

Dengan berdasarkan kepda ayat diatas, Ibn Qudamah ra berkata: Para Ulama telah bersetuju menerusi ijma' tentang wajib melaksanakan hukum potong ke atas pencuri.

5. Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki dianatara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (iaitu perempuan-perempuan yang berzina itu) di dalam rumah sehingga sampai ajal mereka atau sehingga Allah mengadakan jalan keluar untuk mereka (dari hukuman itu). Dan (mana-mana) dua orang di anatara kamu yang melakukan erbuatan keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti kedua-duanya; kemudian jika mereka bertubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka kerana sesungguhnya Allah itu adalah sentisa menerima taubat, lagi Maha Luas Rahmatnya. - an-nisa 4:15.16.

Ayat diatas secara khusus telah menjelaskan tentang pelbagai pembalasan terhadap para penzina zaman Islam.

6. Perempuan yang berzina dan lelaki yyang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya sebanyak seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-dua mereka dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan ke atas mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. - Al-Nur: 24:2.

Ibnu Qudamah berkata lgi: Tidak ada perselisihan pendapat tentang wajib melaksankan hukum sebat ke atas penzina yang belum muhsan....inilah pendapat seluruh Ulama' sahabat, tabi''in dan ulama -ulama lain selepas mereka. Ayat di atas telah dikukuhkan oleh beberapa buah Hadis Rasulullah saw yang melaksanakannya.

Siapakah petugas yang bertanggungjawab melaksankannya? Ayat berikut akan memberi jawapan:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah Allah taatlah Rasul dan taatilah uli al-amr -al-isa 4:59

Akhirnya renunglah dengan mendalam maksud tiga ayat berikut:-

1.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.- al-Maidah 5:44.

2.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.- al_Maidah 5:45.

3. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. _Al-Maidah 5:47.

Salam

Soid bin Abdul Razak.

No comments:

have fun