Tuesday, January 6, 2009

Israel mengganas, kanak-kanak terus jadi mangsa - sinar harian




GAZA - Sekurang-kurangnya tiga orang kanak-kanak terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel di Genting Gaza semalam apabila mereka mula melancarkan serangan darat.

Kematian semalam melibatkan tiga kanak-kanak dari keluarga Samouni dan ibu mereka apabila sebuah kereta kebal melancarkan serangan ke rumah mereka di Bandar Gaza.

Menurut petugas perubatan Palestin, tujuh anggota keluarga Abu Aisha turut terbunuh dalam serangan kejam rejim Yahudi berhampiran sebuah kem pelarian di sini.

Dalam pada itu satu delegasi kumpulan pejuang Hamas akan bergerak ke Mesir untuk mengadakan rundingan penting bagi menghentikan keganasan yang semakin berleluasa ini.

Letupan dan bunyi tembakan jelas kedengaran apabila tentera Israel memasuki kawasan utara Gaza dan untuk memastikan nyawa mereka tidak terancam, penduduk setempat berpindah ke sekolah-sekolah yang ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang jurucakap tentera Israel melaporkan tentera udara negara itu meletakkan 30 sasaran utama, termasuk rumah-rumah anggota Hamas yang kononnya didakwa menjadi tempat menyimpan senjata, terowong-terowong dan pelancar roket.

Media Israel melaporkan tentera-tentera mereka kini memburu anggota Hamas dan melancarkan serangan dari rumah ke rumah.

Setakat ini 524 warga Palestin dilaporkan terkorban dan sekurang-kurangnya suku daripada mereka adalah orang awam.

No comments:

have fun