Wednesday, December 17, 2008

Kerajaan Selangor tumpu basmi kemiskinan 2009

Kerajaan Selangor tumpu basmi kemiskinan 2009


SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan memberi tumpuan khusus bagi menangani masalah kemiskinan bandar di negeri ini tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar pada satu sidang media berkata, sehingga hari ini pelbagai perancangan telah dirangka dan bakal dilaksanakan bagi mengatasi situasi masalah tersebut

“Kita akan mengemaskinikan ‘task force’ yang baru diperkenalkan tahun ini dan melaluinya kita akan melaksanakan satu kajian bagi mendapatkan maklumat dari bawah mengenai kedudukan sebenar.

“Kemudian data tersebut bolah digunakan untuk merancang beberapa program pada masa depan dan bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini,” katanya yang mempengerusikan Forum Pembasmian Kemiskinan yang bertajuk “Kemiskinan Bandar dan Cabaran Yang Perlu Ditangani Pada Tahun 2009” yang berlangsung di Dewan Annex, SUK di sini semalam.

Jelas beliau, data tersebut akan memudahkan kerajaan negeri mengenal pasti golongan miskin dan juga ibu tunggal di negeri ini untuk disalurkan bantuan dan sebagainya. - DPD SINAR HARIAN




No comments:

have fun