Saturday, March 28, 2009

Siasat TKM 1 tindakan wajar: PKR - sinar harian



SEREMBAN - Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin menganggap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin adalah wajar bagi mengelak tanggapan negatif rakyat terhadap parti.

:Menurutnya, pendirian tersebut berdasarkan prinsip parti yang tidak akan melindungi dan menyokong pemimpin yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat.

:Menurutnya, selaku generasi muda dalam pimpinan PKR, tindakan diambil SPRM adalah wajar bagi memastikan Mohd Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.

:“Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini ia akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau dan PKR.:

: “SPRM perlu menjalankan siasatan secara telus dan adil kerana rakyat boleh menilai sejauh mana pendirian SPRM dalam menyiasat kes-kes seperti ini.

:“Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Mohammad Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil.

: “Pendirian saya, mana-mana pemimpin PKR didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap PKR,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian:, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM menahan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai.

:Badrul Hisham berkata, selaku pemimpin generasi muda dalam PKR, gejala rasuah dan penyelewengan akan ditentang sehingga ke peringkat akar umbi.:

:“Penentangan kita bukanlah untuk memecahbelahkan parti, tetapi ingin melihat sebuah parti benar-benar telus dan bersih dari rasuah.

: “Kita berjuang bukan kerana nama dan kedudukan tetapi lebih kepada perjuangan membela nasib bangsa dan negara,” katanya.

No comments:

have fun