Saturday, March 28, 2009

Hadi cabar Najib saman media asing - sinar harian

SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan saman terhadap media cetak dan internet antarabangsa yang menyiarkan berita mengaitkan Timbalan Perdana Menteri itu dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Presiden Pas itu berkata, tindakan saman itu perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan dapat dipulihkan.

Menurutnya, jika tindakan saman tidak diambil, maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.

"Saya cabar kepimpinan negara supaya mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman akhbar Liberation berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online.

"Tindakan sama juga perlu diambil terhadap The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa)," katanya.

Hadi berkata, ketika ini seluruh rakyat menyaksikan satu lagi episod perubahan kepimpinan bagi Malaysia dan perubahan kepimpinan ini juga adalah merupakan sejarah yang akan dikenang.

"Ianya kerana perubahan berlaku terhadap barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menurutnya, perubahan tersebut adalah bukannya hal dalaman UMNO dan BN semata-mata, tetapi ianya turut memberi kesan seluruh rakyat.

Hadi berkata, Pas berpendapat kepimpinan merupakan amanah besar dan ianya wajib dipikul orang yang bukan sahaja layak dan adil, tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

No comments:

have fun