Wednesday, February 25, 2009

Sekatan masuk Sarawak satu salahguna kuasa- Sivarasa - suara keADILan

oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR, 25 Feb (SK): Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah yang juga merupakan Ahli Parlimen Subang berkata bahawa Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk melarang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memasuki negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media untuk menyerahkan memorandum bantahan mengenai larangan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.

” Bagi saya ini merupakan salahguna kuasa, mengikut seksyen 26 yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri Sarawak yang jelas menyatakan Ketua Menteri tidak boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk halang mana-mana ahli politik memasuki negeri itu, “katanya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Ketua Bahagian KeADIlan Subang. Syed Abd Malik A. Hamid Al Jafree

Ketiga-tiga mereka adalah antara pimpinan pakatan rakyat yang di larang untuk memasuki negeri berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, Sivarasa berkata alasan yang diberikan oleh Pegawai Imigresen bahawa beliau di larang untuk masuk ke negeri itu atas arahan pihak atasan adalah tidak masuk akal.

Menurut beliau, walapun perkara itu memperuntukkan kuasa khusus kepada Ketua menteri untuk melarang mana-mana warganegara memasuki Sarawak, namun ia tidak seharusnya digunakan bagi tujuan politik.

Katanya, larangan itu berkait rapat dengan sokongan rakyat yang meningkat terhadap Pakatan Rakyat di sarawak apabila menerima kemasukan pemimpin-pemimpin BN seperti Adun Ngemah, Gabriel Adit dan kemasukan beramai-ramai ahli BN ke dalam Pakatan.

“Pilihanraya umum negeri pada tahun ini juga berkait rapat dengan tindakan ini. Sebab itu kita jelaskan ada niat buruk untuk menghalang pimpinan pakatan rakyat masuk ke Sarawak, “katanya.

No comments:

have fun