Tuesday, January 6, 2009

P046: Pimpinan Pakatan Rakyat Komited Dengan Kemenangan PAS


Tiga penjuru.. Dari kiri Abdul Wahid Endut(Pas) Wan Farid (BN) dan Md. Azmi (bebas) Foto Oleh Shamsul Said

- KEHADIRAN pemimpin-pemimpin utama ketika penamaan calon hari ini menunjukan semangat perpaduan dan kekuatan komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, kehadiran pimpinan KeADILan dan DAP hari ini menunjukan kerjasama yang erat bagi membantu kemenangan Pas di kerusi berkenaan.

“Boleh dilihat penamaan calon hari, kesemua pimimpin tertinggi KeADILan dan DAP yang hadir hari ini menunjukan komitmen untuk memastikan kemenangan besar Pas di Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada penamaan calon hari ini, Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali hadir hari ini mengetuai kepimpinan KeADILan yang memberi sokongan.

Diantara pemimpin KeADILan yang turut sertai perarakan dan pehimpunan di Pusat Penamaan Calon di Stadium Negeri, Kuala Terengganu ialah, Naib Presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayob, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

DAP pula diketuai oleh pemimpin utama parti itu, Lim Kit Siang serta turut kelihatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok dan beberapa pimpinan utama parti berkenaan.

Dengan kehadiran ini, menurut Tian, beliau berkeyakinan bahawa Pas akan memenangi kawasan ini dengan majoriti yang besar.

“Saya yakin pada peringkat awal ini, dengan sokongan tidak bebelah bahagi seluruh Pakatan Rakyat, Abdul Wahid Endut mampu memengani dnegan jumlah yang besar,” katanya kepada Suara Keadilan Online.

Sebelum itu, kira-kira 25,000 penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat mengiringi calon Pas, Abdul Wahid Endut ke pusat penamaan calon, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Abdul Wahid telah dicadangkan oleh Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Selain Abdul Wahid yang mewakili Pas, dua calon lain turut bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

Mereka ialah calon bebas Azharudin Mamat @ Adam dan calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Difahamkan, rombongan penyokong bagi BN yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan kira-kira 5,000 orang.

No comments:

have fun