PAS pertaruh Wahid Endut
KUALA TERENGGANU - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut dinamakan sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu semalam.
Pengumuman dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 8,000 penyokong Pas di Stadium Negeri di sini malam tadi.
Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd Wahid, 52, yang menjadi Adun Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Menurutnya, dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istikharah (sembahyang dan minta petunjuk).
“Sangat susah pilih calon Pas kerana calon-calon yang diketengahkan semuanya baik-baik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik,” katanya.
No comments:
Post a Comment