Friday, January 9, 2009
Isu jejantas belum selesai - sinar harian
GOMBAK - Walaupun setahun sudah berlalu namun isu jejantas di Lebuhraya Damansara-Hulu Kelang (DUKE) masih membelenggu penduduk di sini.
Disebabkan masalah ini, ribuan murid dan ibu bapa dari beberapa kawasan terpaksa bergadai nyawa menyeberangi lebuh raya itu untuk ke sekolah berdekatan.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Burhainudin Muhammed berkata, projek jejantas yang bermula sejak awal 2007 sepatutnya sudah disiapkan dan boleh digunakan namun sehingga sekarang masih tergendala.
Menurutnya, isu jejantas itu telah lama dibangkitkan melalui satu jawatankua yang ditubuhkan di kalangan sekolah-sekolah berhampiran termasuk berjumpa dengan pelbagai pihak namun masih belum dapat diselesaikan.
Katanya, mereka juga telah mengadakan mesyuarat dengan pengendali lebuh raya DUKE iaitu Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Sdn Bhd (Kesturi) supaya satu jejantas disediakan di lebuh raya itu sejak beberapa tahun lalu.
“Kami telah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkenaan dan mereka bersetuju membina satu jejantas pejalan kaki dengan laluan basikal di tempat yang sedia ada sekarang.
“Tetapi apabila projek jejantas itu siap pada 2007 ia tidak mempunyai dan membina laluan sikal seperti yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, jejantas tersebut menghubungkan penduduk dari Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Melewar, Taman Batu Muda dan beberapa taman lain untuk ke lima sekolah yang terletak di seberang lebuh raya terbabit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment