PETALING JAYA, 21 FEBRUARI (SK) - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor menyifatkan tuduhan yang dilakukan keatas Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak berasas sama sekali.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Azmin Ali, mereka yakin kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Abdul Khalid adalah sangat berat sebelah dan disifatkan sebagai pendakwaan terpilih.
“Kami yakin bahawa kenyataan SPRM untuk mendakwa Abdul Khalid Ibrahim adalah bersifat politik dan pendakwaan terpilih (Selective prosecution) untuk mencemarkan nama baik Menteri Besar.”
“Berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman fitnah oleh Abdul Khalid terhadap (Ketua Pembangkang Selangor) Mohamad Khir Toyoadalah jelas menunjukan bahawa tuduhan-tuduhan yang cuba dikenakan adalah tidak bersas sama sekali,” kata Azmin ketika sidang media petang tadi.
Pada 18 Februari lepas, Abdul Khalid Ibrahim memfailkan dua saman fitnah terhadap Mohamad Khir berhubung kenyataanya yang berunsur fitnah yang mengenai Menteri Besar itu yang diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk “Lexus is my own, says Khalid” pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk “Lepaskan Jawatan MB” pada 23 Januari lalu.
Dalam penyataan tuntutan yang difailkan Abdul Khalid, tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.
Selain itu, Dr Mohamad Khir didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal ‘lembu korban’ tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.
Adun-adun Pakatan Rakyat Selangor menyifatkan SPRM melakukan kerja diluar bidang dengan membuat kenyataan terbuka berhubung satu penyiasatan sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Japatan Peguam Negara.
“Justeru itu, jelas bahawa SPRM kenyataan SPRM adalah di luar peraturan biasa dan boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan SPRM untuk mempengaruhi budibicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil. kAMI MENUNTUK SUPATA sPRM melaksanakan tugas secara bertanggungjawab, bebas dan telus”kata Azmin yang membacakan kenyataan tersebut.
Adun Pakatan Rakyat juga melihat tuduhan ini adalah usaha jahat terancang oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dengan memperalatkan institusi seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
“Kami percaya kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus menjadi sasaran serangan fitnah Umno dan Barisan Nasional dalam beberapa bulan yang akan datang,” Kata Azmin lagi.
Adun Pakatan Rakyat Selangor juga akan terus mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan terus mendokong kepimpinan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim di Negeri Selangor.
Azmin yang juga Naib Presiden KeADILan turut menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin Abdul Khalid selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan dan kepedulikan rakyat dengan prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) demi kesejahteraan rakyat.
“Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan ekonomi Negeri Selangor juga mencatatkan tahap yang cukup cemerlang dalam tempoh satu tahun semenjak Mac 2008,” katanya di satu sidang akhbar tengah hari ini.
“Kami yakin rakyat akan memberikan mandat kepada Abdul Khalid Ibrahim untuk memimpin dan menerajui pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor,” Menurutnya menerusi kenyataan bersama berkenaan.
Semalam, dalam laporan media Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. Beliau turut berkata kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.
Sidang media berkenaan yang diadakan di salah sebuah hotel di Subang turut dihadiri oleh Persuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Kanan Selangor Dr Hassan Ali, Exco Kanan Kerajaan dari DAP Teresa Kok, Timbalan Speaker Haniza Talha, serta beberapa Exco dan Adun negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment