Friday, January 9, 2009
Roket dari Lebanon serang utara Israel - sinar harian
BAITULMAQDIS – Pejuang-pejuang Lebanon melancarkan sekurang-kurangnya tiga serangan roket ke utara Israel semalam dengan membuka medan baru peperangan bagi negara Yahudi itu yang turut menghadapi ancaman serangan roket di kawasan selatannya.
Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam serangan itu tetapi serangan di utara Israel mencetuskan kemungkinan berulangnya peperangan dengan pejuang Hizbollah.
Hizbollah melancarkan perang dengan Israel pada 2006 ketika rejim Yahudi itu menyerang pejuang-pejuang Palestin di Gaza.
Israel sering menyatakan ia bersedia menghadapi kemungkinan serangan di kawasan utaranya sejak ia memerangi pejuang-pejuang Hamas di Gaza pada 27 Disember lalu.
Sejurus selepas serangan roket mengenai bandar Nahariya di selatan Lebanon, stesen-stesen televisyen Lebanon melaporkan Israel melancarkan serangan balas.
Tentera rejim mengesahkan serangan balas dilancarkan terhadap serangan roket itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Setakat ini belum ada pihak dari Lebanon yang mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu namun penganalisis pertahanan di Israel percaya ia dilancarkan oleh pejuang Hizbollah.
Mereka menyatakan serangan itu bertujuan untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan dengan pejuang Palestin dan bukannya pengisytiharan perang terhadap Israel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment