Wednesday, December 31, 2008
Hudud: Siapa khianati hukum Allah?
Kata beliau: “Dalam usaha menolak usaha Pas itu, beberapa golongan yang terkeliru dalam UMNO yang tidak tahu banyak tentang hudud tetapi sering kali mendapat liputan meluas dari media massa yang dikuasai mereka sebelum ini memberi gambaran bahawa hudud itu sebagai kejam dan segala-galanya...”
Kata beliau lagi: “Maka, orang bukan Islam yang terperangkap dengan peperangan di antara penyokong Pas yang ‘overzealous’ dengan pemimpin UMNO yang tidak berilmu, bertindak menentang pelaksanaan hukum itu....”.
Saya tidak mengenali Dr Aisar. Jadi saya tidak dapat mentafsirkan dengan tepat apa motif beliau dan tentu sekali tidak dapat menilai 'kejujurannya' dan 'keilmuannya' dalam memperkatakan tajuk tersebut.
Namun, sesiapa sahaja yang membaca artikel yang berkenaan akan membuat rumusan bahawa beliau menghuraikan 'isu' yang berbangkit secara 'tidak jujur' dan 'tidak mendalami' duduk perkara. Dia melompat ke dalam arus dengan sikap berat sebelah dan cuba mempengaruhi agar simpati kepada Pas tetapi dalam 'hamburan kata-kata tuduh terhadap UMNO' beliau menjustifikasikan kebenaran beliau dengan menyeru orang lain supaya 'bersikap jujur'.
Saya menyokong pendapat Dr Aisar bahawa Husam diperangkap. Tetapi soalannya, adakah KJ merancang perangkap tersebut? Di sini, Dr Aisar Yee seharusnya bersikap jujur terlebih dahulu, sebelum menyeru orang lain berlaku jujur. Bukankah majlis ‘Wacana Perdana: Transformasi Politik Malaysia’ di Kota Bharu itu adalah anjuran Kerajaan Pas Kelantan? Bukankah jemputan ke atas KJ itu sebenarnya adalah perangkap untuk mengenakan beliau? Bayangkan sekiranya Husam dapat menyinar dalam menghadapi 'orang muda UMNO' pada malam itu?
Dr Aisar dengan yakin mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir pada masa itu menolak hudud dan bukannya kerajaan Pas tidak mahu melaksana hudud, ianya gagal dilaksana kerana ditolak Kerajaan Persekutuan.
Kata Dr Aisar “pada 1994, PM menulis surat rasmi kepada MB Kelantan dengan menyebut bahawa: Jika Pas cuba juga untuk melaksanakan undang-undang hudud yang diciptanya, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan Pas".
Isu hudud ini, adalah bukan cerita baru, ini bukan angkara Khairy Jamaludin atau pun isu baru yang memerangkap Husam Musa. Hudud adalah ‘produk Islam’ yang menjadi bahan yang dijaja oleh Pas untuk meraih sokongan bagi membuktikan dia memperjuangkan Islam.
Lebih hina lagi, dalam pada Pas sejak beberapa siri pilihan raya cuba mendapatkan sokongan melalui seruan hudud, telah tanpa segan silu cuba melarikan kesetiaan ummah terhadap UMNO dengan menuduh bahawa UMNO menolak Islam, UMNO menolak Hudud! Isu ini menjadi polemik dan bahan ceramah yang paling laris. Tambahan lagi dengan gagalnya Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud melalui Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan yang diwartakan pada 28 Oktober 1993.
Menjadi-jadilah pihak Pas menjaja ke seluruh pelosok bahawa Kerajaan Pusat UMNO menolak hudud. Apa lagi, maka surat PM seperti disebut Dr Aisar itu, dijaja dan digunakan sebagai bahan bukti yang mereka bercakap benar.
Jadi untuk berlaku adil, Dr Aisar sepatutnya meneliti dahulu apa itu Hudud, apa itu Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan yang didakwa sebagai hudud oleh Pas dan apa sebenarnya isi kandungan dan sebab surat yang diberikan oleh PM itu, sebelum terus mengikut rentak dan bual bicara tanpa usul periksa.
Kita jangan lupa Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi pada waktu gemilangnya di mercu kuasa kerajaan Terengganu, pernah berkata lebih kurang begini; “ Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 peratus dari hukum jenayah Islam”.
Beliau berkata demikian apabila diwawancara oleh wartawan bertanyakan kenapa hudud masih tidak dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu. Tambahnya 'hudud memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan dan merupakan bahagian yang sangat kecil dalam perundangan Islam'. Itu kata Hj Hadi semasa dianya MB Terengganu.
Kini apabila Husam dengan lantang menjawab KJ Pas tetap laksana hudud apabila memerintah, sekali lagi Hadi diingatkan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang didakwanya hudud dan telah ditolak Kerajaan Pusat.
Apa katanya, terbaru: “Pas tak perlu beri penerangan kepada rakan DAP dan PKR, kerana hudud hanya akan dilaksanakan ke atas orang atau rakyat Islam sahaja, orang kafir boleh pilih undang-undang sivil sedia ada!”
Untuk mengisahkan perbalahan di antara UMNO dan Pas berkenaan hudud ini, memerlukan kajian terperinci tentang hudud itu sendiri mengikut apa yang difaham Pas dan bantahan dari kaca mata UMNO terhadap hudud yang dilaung-laungkan oleh Pas.
Sebagai orang awam sama ada kita mendukung parti politik apa sekalipun, kita jangan terikut-ikut tak tentu hala dan jauh kan diri daripada termakan hasut dan fitnah. Bukan sekali hudud itu hak mutlak Pas untuk dipertanggungjawabkan, UMNO juga tahu akan tanggungjawabnya.
Cuma bezanya ialah Pas yang membangkitkan tentang betapa UMNO perlu dikhianati, kerana ianya tidak menegakkan hudud. Pas sebenarnya yang menggunakan isu hudud mengikut masa dan ketika untuk kepentingan permusuhannya dengan UMNO.
Jika Dr Aisar inginkan sedikit maklumat untuk dibuat penilaian awal secara ilmiah, seperti juga beliau yang telah mendapatkan 'sebahagian besar maklumat' penulisan beliau tersebut melalui buku 'Hudud, Hukum dan Pelaksanaan' oleh Prof Madya Datin Dr Paizah Hj Ismail, saya sarankan beliau membaca 'Hudud-Siapa Khianati Hukum Allah' oleh Hasnul Rahman yang ditulis berdasarkan ulasan dan ceramah Hj Mohd Kamal Saidin, seorang penceramah UMNO yang telah mengulas 'Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan' yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Kelantan pada 28 Oktober 1993”.
Saya ingin memetik sedikit ulasan Ustaz Kamal di dalam buku tersebut. Ulasan ini amat relevan kepada apa yang dikatakan dalam kenyataan akhbar Hadi yang terbaru tentang isu Hudud. Pendirian dan kenyataan Hadi ini sebenarnya termaktub sudah dalam Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan, pada Fasal 56 (2) Enakmen tersebut.
Fasal ini mengatakan bahawa 'hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam boleh memilih sama ada mahu dihukum dengan hukum hudud atau hukum lain (sivil)'.
Mengulas mengenai fasal ini Ustaz Kamal berkata; “Mengikut kitab-kitab hudud, jenayah hudud hendaklah dikenakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam. Tetapi dalam hudud ciptaan Pas (yang ditolak oleh Kerajaan Pusat Dr M ketika itu) ada pengecualian.
“Kalau Hudud Pas itu cuma mengenakan hukuman terhadap orang Islam sahaja, sedangkan orang-orang bukan Islam dibolehkan memilih hukum lain iaitu undang-undang sivil, terbukti hudud ciptaan Pas itu zalim dan tidak adil”.
Di antara fakta-fakta yang dihujahkan oleh Ustaz Kamal ialah:
Pertama: Berdasarkan Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa (bukan Islam) iri hati kepada orang-orang Islam dengan melakukan pembunuhan, maka orang yang membunuh itu adalah dera dengan sebab membunuh, kerana hudud itu adalah wajib di atas orang-orang yang melakukan jenayah.”
Kedua; Berdasarkan Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan dalam agamanya.”
Ketiga; Mengikut ijmak ulama-ulama Fiqh yang masyhur, “telah sepakat pendapat bahawa pengakuan taat setia daripada kafir zimmi kepada pemerintah adalah syarat boleh dihukum hudud ke atas mereka itu dan begitu juga dengan kafir harbi yang tidak taat.”
Keempat; Menurut kaedah Imam Syafiee: “Apabila orang kafir telah membunuh orang beriman, hendaklah dibunuh orang kafir itu dengan sebab ia membunuh. Sama ada kafir zimmi, kafir harbi atau kafir yang diberi perlindungan pemerintah, kerana jika Allah SWT telah mengharuskan darah orang-orang Islam dengan sebab membunuh manusia beriman, nescaya darah orang-orang kafir lebih utama diharuskan dengan hukum bunuh.”
Kelima; Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Maaidah, ayat 45 yang bermaksud; “Dan kami wajibkan atas mereka (Yahudi di dalam Taurat) bahawa jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka juga dibalas seimbang. Tetapi barang siapa mendermakan (hak membalasnya) maka dermanya itu jadi penebus dosa baginya....”
Jadi berkenaan kenyataan Hadi yang juga sebenarnya merupakan di antara inti pati Enakmen Jenayah Syariah yang dikatakan hudud oleh Pas itu, para ulama usul Fiqh bersependapat kata-kata yang masyhur di sisi jamhur, hukum jenayah (hudud) Nabi-Nabi yang dahulu diwajibkan ke atas orang-orang Yahudi (bukan Islam), maka hukum jenayah (hudud) Nabi Muhammad SAW adalah juga diwajibkan ke atas orang-orang Yahudi (bukan Islam). Berdasarkan fakta tersebut nyatalah bahawa hukum hudud hendaklah dilaksanakan juga kepada orang-orang bukan Islam.
Kata Ustaz Kamal: “Adalah mengingkari Sunah Rasulullah jika pelaksanaan hukum hudud Pas itu cuma dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dibolehkan memilih hukum sivil.”
Kesimpulannya, dalam pada Pas meluluskan Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, yang didakwa hudud tetapi mempunyai banyak percanggahan menurut Islam, tidak penting, yang penting penolakan Kanun Hudud itu oleh Kerajaan Pusat di bawah Dr M dijadikan senjata oleh Pas untuk memburuk-burukkan UMNO. Sedangkan dia sendiri tahu bahawa melaksanakan hudud tidak semudah yang dia gambarkan kepada awam.
AMK sedia hadapi pilihan raya Kuala Terengganu - sinar harian
K:e:tua penerangannya, Mazli Saring berkata, bagaimanapun AMK Selangor hanya menggerakkan jenteranya atas kapasiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor dan bukannya atas kapasiti AMK sendiri.
:Menurutnya, pihaknya sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari Perhubungan Negeri untuk turun menyertai kempen pada pilihan raya.
“Kesemua pemimpin PKR negeri akan turun membantu kempen calon Pas dalam pilihanraya kali ini mengikut jadual yang ditetapkan.
“Jadual tersebut hanya akan diketahui apabila Mesyuarat Perhubungan Negeri yang akan diadakan pada minggu ini bersidang, namun yang pasti kita akan mula ke Kuala Terengganu pada 5 Januari ini sehari sebelum penamaan calon,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, PKR Selangor ditugaskan untuk mendekati pengundi di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) antaranya DUN Bandar, DUN Wakaf Mempelam, DUN Batu Buruk, dan DUN Ladang. Bagaimanapun kempen PKR Selangor akan lebih tertumpu di DUN Bandar yang majoriti pengundinya terdiri daripada kalangan bukan Melayu.
“Strategi kita ialah meminta pengundi berfikir mengenai apa yang Pakatan Rakyat (PR) boleh tawarkan dengan memberi contoh apa yang telah pimpinan PR Selangor lakukan untuk rakyat,” katanya.
Mazli berkata, pihaknya yakin calon Pas mampu memenangi pilihanraya pada kali ini memandangkan terdapat ahli Barisan Nasional (BN) sendiri yang tidak menyukai calon mereka, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Beliau juga menyangkal dakwaan Farid bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk diketengahkan dalam pilihan raya kali ini.
“Kita mempunyai banyak isu, antaranya kita akan membuka mata pengundi dengan kejayaan negeri yang dipimpin PR khususnya Selangor.
“Jika mereka menggunakan isu Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam ia adalah masalah dalaman parti dan merupakan isu terpinggir,” katanya.
M:enurutnya, AMK Selangor mempunyai pendirian yang sama deng:an AMK Terengganu bagi mencabar bekas Ketua AMK Pusat, Ezam Mohd Nor mengemukakan enam kotak dokumen yang didakwa mempunyai hubungkait dengan rasuah dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN.
“Kita cabar dia (Ezam), jika di Permatang Pauh (semasa pilihan raya kecil) dia gagal membawa kotak-kotak berkenaan kini kita mahu dia kemukakan.
“Pihak kami juga mengalu-alukan kedatangan dia berkempen untuk Wan Farid, namun pada saya dia tidak akan banyak berkempen memandangkan calon dari pembangkang adalah calon Pas dan bukannya dari PKR,” katanya.
Tuesday, December 30, 2008
10 berita terbaik sepanjang 2008 - malaysiakini
Dec 29, 08 1:41pm |
Pelbagai perkara penting berlaku sepanjang tahun 2008 yang turut mewarnai kehidupan rakyat negara ini. Berikutan disajikan sepuluh berita terpenting sepanjang tahun ini. Meruntuh benteng halangan Semuanya bermula sebagai satu perjuangan kecil sekumpulan penduduk membantah tindakan syarikat konsesi lebuhraya untuk menutup jalan pintas ke kawasan mereka. Tetapi, ia akhirnya telah Bidang kehakiman |
|
Hina Nabi tidak boleh diterima: Mufti - sinar harian
PUTRAJAYA – Mufti Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menganggap perbuatan sesetengah pihak menghina dan mencaci Nabi Muhammad SAW serta agama Islam sebagai perbuatan yang tidak beradab dan tidak boleh diterima sama sekali.
Menurutnya, orang Islam tidak pernah menghina agama lain kerana Islam menyeru agar umatnya menghormati agama lain dalam dunia ini.
“Walaupun agama Islam adalah agama yang sebenar-benarnya tetapi kita tidak penah sesekali menghina agama lain malah kita menghormati agama mereka.
“Mereka sebenarnya berani menghina agama Islam kerana mereka tahu umat Islam tidak akan bertindak menghina agama mereka balik, itulah sebabnya,” katanya pada sidang media selepas dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1430 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Isu ini timbul setelah satu laporan mengatakan sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.
Blog tersebut dikatakan menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu, bagaimanapun dipercayai gambar dan identiti wanita itu disabotaj oleh pihak lain.
Selain itu, beliau juga memberi contoh umat Islam tidak akan sesekali menghina ‘Jesus’ yang dianggap tuhan oleh orang Kristian kerana bagi umat Islam, ‘Jesus’ tersebut adalah Nabi Isa AS, berlainan dengan tindakan beberapa kartunis Kristian yang berani melukis serban Nabi Muhammad SAW sebagai ‘bom’.
“Kita tidak akan menghina dan mencaci ‘Jesus’ kerana kita tahu mereka adalah Nabi, begitu juga dengan Buddha, Hindu dan lain-lain.
“Ini berlainan dengan agama lain yang berani bertindak sewenang-wenangnya menghina, mencaci dan mengutuk Nabi serta agama Islam. Keadaan ini terasa seolah-olah seperti kita senyum kepada seseorang dan dibalas dengan tiba-tiba oleh penampar,” katanya.
Harussani berkata, di negara ini, Perlembagaan Persekutuan secara jelas meletakkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping hak-hak orang bukan Melayu turut dijaga.
“Perlembagaan Persekutuan adalah perjanjian yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa kita mendapat kemerdekaan dan kita semua patut menghormatinya.
“Tetapi kenapa sesetengah pihak berani menimbulkan isu ini malah mengungkit kembali kisah-kisah lama yang mengguris hati orang-orang Melayu? Begitu juga dengan peristiwa 13 Mei 1969, kenapa ia terjadi? Adakah orang Islam memulakannya dengan mencaci agama lain?
“Ia terjadi kerana mereka cukup berani bertindak mengutuk, menghina dan mencaci agama kita,” katanya.
Menurutnya, penganut agama selain dari Islam juga secara bebas boleh mempraktikkan ajaran agama mereka secara terbuka serta menyambut perayaan dengan cukup meriah dan disambut bersama-sama.
“Perkara ini sukar terdapat di negara lain di mana kita boleh mengekalkan keharmonian sedangkan kita mempunyai penduduk berbilang kaum.
“Sebagai contoh India yang mempunyai satu kaum tetapi berbeza agama masih bergaduh, begitu juga dengan England yang hanya berbeza mazhab, masih bergaduh.
“Ini menunjukkan negara kita jauh lebih hebat dari negara-negara lain,” katanya.
Azam tahun baru pemimpin politik - sinar harian
Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berazam memberi kepimpinan yang lebih baik kepada parti di masa akan datang.
Menurutnya, beliau akan membantu membangunkan parti bagi menyerlahkan lagi keupayaan parti untuk memenuhi kehendak rakyat.
“Sebagai ahli Parlimen pula, saya akan memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat di samping memenuhi tuntutan yang dibuat oleh rakyat.
“Saya tahu banyak lagi janji kepada rakyat yang belum ditunaikan kerana bukan semua janji boleh dibuat dalam masa 10 bulan ataupun setahun kerana ia mengambil masa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mahfuz berkata, beliau perlu menggariskan kembali apa yang harus diutamakan.
“Saya akan melanjutkan cadangan kepada kerajaan negeri supaya pihak mereka dapat melihat perancangan yang akan dibuat dan ia bergantung kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk meluluskannya,” katanya.
Menurutnya, dari segi konteks Pakatan Rakyat pula, beliau mahu melihat komponen parti itu lebih mantap pada masa depan.
“Saya akan berusaha memastikan pakatan rakyat lebih mantap dan lebih mementingkan persamaan yang mempertemukan semua parti dalam komponen Pakatan Rakyat.
“Apa yang penting supaya Pakatan Rakyat mempunyai perbezaan dari segi integriti dan ini perlu direalisasikan dan bukan hanya retorik semata-mata berbeza daripada Barisan Nasional,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau percaya dan yakin rakyat masih memberi sokongan padu terhadap Pakatan Rakyat terutama di negeri-negeri yang diperintah mereka.
“Saya akan menyampaikan kepada kerajaan negeri mengenai maklum balas rakyat dalam tinjauan yang dibuat,” katanya.
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo- Bekas Menteri Besar Selangor
“Saya akan berusaha mendapatkan kembali Selangor, itu adalah azam yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor,” Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Menurutnya, lebih banyak perbincangan akan dibuat dengan parti-parti komponen bagi menyusun strategi parti masing-masing untuk menguatkan semula parti komponen parti Barisan Nasional (BN).
“Kami akan memainkan peranan yang lebih agresif terutama untuk menuntut janji dalam manifesto pilihan raya lalu yang tidak dapat dilaksanakan oleh pihak pembangkang.
“Pihak pembangkang belum lagi menunaikan janji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan.
“Tahun depan BN akan memulakan gerakan menyedarkan semula rakyat supaya memilih parti komponen BN sebagai pemerintah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Tian Chua - Ketua Penerangan PKR
“Kita berharap ekonomi Negara bertambah baik supaya rakyat tidak susuh kerana kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerja lebih kuat untuk membantu rakyat pada tahun 2009 nanti.
“Perjuangan pada tahun lalu yang belum selesai kita akan bawa ke tahun hadapan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.
Beliau juga berharap kerajaan yang memerintah dapat membantu rakyat yang masih dalam keadaan susah akibat kegawatan ekonomi yang akan melanda.
AMK minta Ezam dedahkan 6 kotak rahsia di KT - malaysiakini
Dec 29, 08 6:50pm |
Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan. "AMK Terengganu meminta Ezam datang bersama enam kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN," kata Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa. Katanya, seluruh rakyat Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam - sewaktu menjadi ketua AMK dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN. "Sekiranya beliau masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah, sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya. "Rahsia enam kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam," katanya Faris dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan perbuatan rasuah tersebut. "Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula, dengan mendedahkan enam kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno/BN. "Ini kerana antara alasan beliau menyertai Umno semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah . "Para pengundi di Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama enam kotak yang diwar-warkan itu," tambah Fariz |
Budaya konsumer punca kemelesetan ekonomi - malaysiakini
Hishamuddin Rais | Dec 11, 08 7:01pm |
Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun. Krisis kali ini lebih buruk daripada zaman kemelesetan tahun 1929. Kita hanya membaca zaman kemelesetan pada 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Kita mengetahui hanya melalui surah sejarah, tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu. Zaman kemelesetan besar di Amerika Syarikat berlaku 80 tahun dahulu. Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih bawah penjajah Inggeris. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual-beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barangan masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat di sekeliling kita hari ini masih belum wujud. Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan, lampu jalan memakai lampu minyak pam. Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya. Saya sendiri belum wujud pada 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah daripada arwah ibu dan ayah saya. Zaman itu telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman itu sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk. Apakah ini tepat? Sebelum menjawab soalan itu, kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini. Untuk ujian pertama, sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul? Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut, maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumerisme – budaya yang lahir daripada sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset. Jangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat daripada krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat! Ini mustahil. Jaminan politik ini pembohongan. Ia betul-betul macam penafian bahawa Najib Razak tidak mengenal Altantuya Shaariibuu. Bohong. Fakta: Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada 2008 tetapi tahun lalu lagi. Inilah fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar di dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis. Di United Kingdom, syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar “beli satu kereta, dapat satu percuma”. Ini kerana tidak ada lagi orang yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Trend ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai. Satu demi satu bank besar dan syarikat kewangan gergasi tutup kedai. Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh, ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu indeks komposit bursa saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Ahmad Badawi berasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang? Hari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum? Apakah kalau indeks naik maknanya ekonomi baik - jika indeksnya turun, tidak ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka semua telah jadi rabun dan buta. Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami – ia bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan. Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknanya, kalau dulu kita boleh membeli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit rupanya dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya. Titik sebenar pertanyaan: apakah ada jalan untuk menghadapi krisis ini? Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia. Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain kecuali kita menghidupkan tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk dieksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh. Di Amerika Syarikat dan di Eropah – berjuta-juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja, mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit, mereka tidak membeli barang. Apabila mereka tidak membeli barang – kilang kita yang membuat barang akan ditutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang pekerjaan dan kita pula tidak ada duit. Beginilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis. Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk diruntuh-rantahkan. Bumi tempat kita bercucuk tanam dan memakmurkan tanaman untuk makanan. Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer. Bernoktahlah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu-membantu, bergotong-royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia. Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika Syarikat dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ia diamalkan untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer. Mereka menjalankan perniagaan tukar-menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas daripada belenggu sistem ekonomi kapitalis. Satu perkara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 1930-an, apabila ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis, perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat, kemudian musnahkan. Buat lagi, dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak. Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang, kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom diletupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi. Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Negara ini, atau lebih tepat Wall Street, sarang kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang. Pada ketika ini, di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah. Justeru, kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh diketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis, maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia dibuat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perang yang lebih luas. Bernoktahlah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional? Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri? Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata. |
|
Kumpulan Qadiani Selayang dakwa JAIS enggan jumpa..- malaysiakini
. |
Muda Mohd Noor | Dec 30, 08 4:22pm |
Kumpulan ajaran Qadiani di Kampung Nakhoda, Selayang mendakwa, pihak berkuasa agama, khususnya Jabatan Agama Selangor (JAIS), tidak mahu menemui mereka berhubung fatwa pengharaman ajaran kumpulan tersebut, yang turut dikenali sebagai ajaran Ahmadiyah. Nurul Yakin berkata, usaha kumpulan itu untuk menemui pegawai JAIS tidak pernah berjaya walaupun sudah berusaha beberapa kali. Bagaimanapun, kumpulan tersebut enggan menanggalkan logo kalimah Allah di bangunan miliknya di Kampung Nakhoda. |
Polis beri permit lancar kempen anti-ISA malam ini
Jimadie Shah Othman | Dec 29, 08 11:43am |
Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu, akan dilancarkan semula malam ini. Wakil keluarga tahanan berucap Syed Ibrahim di Mekah Sebelum ini, majlis pelancaran kempen itu hendak diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada malam 23 November lalu. |
Wednesday, December 24, 2008
Hasan Ali sedia temui ahli Qadiani - malaysiakini
Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 5:30pm | ||
Exco agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sedia bertemu kumpulan Qadiani berhubung isu rampasan tanah yang dijadikan tempat ibadatnya di Kampung Nakhoda, Selayang. "Mereka boleh jumpa saya bila-bila masa, tiada masalah," katanya, selepas majlis mengumumkan kemasukan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Zahar Hashim dalam PAS di sebuah hotel di Ampang hari ini. Dr Hasan diminta mengulas kesediaan kumpulan Qadiani, juga dikenali gerakan Ahmadiyah, bertemu exco agama itu bagi membincangkan kedudukan bangunan tersebut. Kelmarin, kerajaan negeri merancang merampas tanah kerana kawasan yang diperuntukkan untuk kediaman dijadikan tempat beribadat. Jurucakap gerakan itu Ainul Yakin Mohd Zain memberitahu Malaysiakini semalam menyatakan kesediaan pertubuhannya Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia untuk berbincang dengan Dr Hasan dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Tapak itu dikenali Darul Salam yang dijadikan masjid dan pusat aktiviti kumpulan tersebut. Dalam sidang media itu, Dr Hasan menjelaskan kerajaan Selangor boleh mengenakan tindakan terhadap pengikut Qadiani di kampung itu dengan beberapa cara. "Kerajaan mengambil tindakan mengikut peraturan. Kalau perlu melalui Kanun Tanah Negara, kita ambil ikut akta itu. Kalau perlu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT), kita ikut PBT. "Kita dah beri banyak peluang dan sudah memberi berpuluh-puluh kali nasihat. Kalau tidak cegah, ajaran itu akan menjalar dalam masyarakat," katanya. | ||
Zahar sertai PAS, kempen di KT Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 10:48am
kemaskini 5pm Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini. Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. PAS lebih baik... Dalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi Umno kerana keputusannya tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu. Zahar ke KT |
PR belum buat keputusan: Khalid - sinar harian
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menerima cadangan Pas untuk melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor/ Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PR mengamalkan dasar pemikiran terbuka dan matang dalam menangani sesuatu isu namun, pelaksanaan hudud yang dibangkitkan harus dibincangkan secara berterusan.
Menurutnya, Pas kini perlu menjalankan tugas untuk memberi pendidikan dan penerangan kepada parti komponen PR iaitu PKR dan DAP mengenai hudud.
“Saya rasa ia (hudud) merupakan idealisme yang menarik yang telah diperkenalkan tetapi PR mengambil pandangan bahawa kita akan berbincang perkara ini secara berterusan dengan jaminan Perlembagaan menjadi garis panduan.
“Perbincangan mengenai hukum hudud telah dibuat melebihi 20 hingga 30 tahun, jadi ia akan berterusan dan adakah PR telah selesai membuat keputusan mengenai hukum hudud? Jawapannya adalah tidak,” katanya pada sidang media sewaktu mengumumkan pelantikan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang baru, di sini, semalam.
Belia berkata demikian ketika mengulas mengenai hasrat Pas untuk menjalankan hukum hudud sekiranya PR berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, hukum hudud adalah bertujuan untuk memberi keadilan kepada orang Islam mengikut konsep Islam dan sekiranya hudud ingin dilakukan ia perlu diperjelaskan oleh Pas kepada semua.
“Sekarang menjadi tugas ahli dalam pakatan terutamanya Pas untuk mendidik semua ahli termasuk PKR dan juga DAP berkenaan hukum hudud,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah mengingatkan semua Exco supaya berhati-hati dalam menjalankan sebarang program agar tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kanak-kanak.
“Saya pernah berbincang dengan Sultan Selangor tentang perkara ini (penggunaan kanak-kana), baginda telah menasihatkan kerajaan negeri untuk berhati-hati dalam menjalankan sebarang program terutamanya yang membabitkan kanak-kanak dan belia di bawah umur.
“Kita mesti dapat kebenaran dari ibu bapa atau sekurang-kurangnya tidak digunakan sepenuhnya dalam sesuatu program,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memperalatkan kanak-kanan bawah umur dalam beberapa kempen.
“Saya telah membuat pemeriksaan dan dimaklumkan oleh penganjur bahawa kanak-kanak tersebut mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan saya mengingatkan mereka agar lebih elok melibatkan generasi muda.
“Mungkin polis tiada maklumat yang tepat atau maklumat yang diperoleh adalah kanak-kanak ini dipergunakan, dan sekarang persoalannya adalah pengesahan,” katanya.
Beliau mengulas mengenai tindakan polis menahan 57 aktivis Jerit termasuk 28 remaja di bawah umur kerana menyertai kempen Rakyat Pengayuh Perubahan yang dianjurkan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).
PILIHAN raya Kecil P36-sinar harian
Lebih tepat ialah sejauh manakah UMNO dan Pas diterima di kawasan berkenaan yang boleh dianggap berwarna-warni dari segi senario politiknya.
Ini kerana PRK P36 ini adalah yang pilihan raya kecil kedua selepas PRK Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan kembalinya semula bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Dewan Rakyat. Kemasukannya ke Parlimen membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Sejak pilihan raya Umum 1986, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi silih berganti oleh BN dan pembangkang, menandakan ia bukan milik kekal satu parti sahaja. Pada tahun berkenaan, kerusi itu dimenangi calon BN, Datuk Zuber Embong.
Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Parti Semangat 46, Datuk Manan Othman pada 1990 manakala dalam pilihan raya umum 1995 pula, ia dirampas semula BN melalui calonnya, Datuk Abu Bakar Daud. Calon Pas, Syed Azman Ahmad Nawasi, merampas kerusi itu pada 1999 sebelum dimenangi BN dua kali berturut-turut pada 2004 dan 2008.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU-12) Mac lalu, calon BN, Datuk Razali Ismail mengekalkan kerusi itu cuma dengan majoriti 628 undi. Tokoh pendidikan berkenaan mendapat 32,562 undi berbanding calon Pas, Mohamad Sabu yang mendapat 31,934 undi. Seorang lagi calon bebas, Maimun Yusuf (Tok Mun) mendapat 685 undi.
Datuk Razali kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dalam pelantikan barisan Jemaah Menteri kali pertama selepas PRU12.
Ketika ini, P36 mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N13 DUN Wakaf Mempelam, N14 Bandar, N15 DUN Ladang dan N16 DUN Batu Buruk. Jumlah pengundi P36 ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.
Pada PRU-12, BN hanya memenangi DUN Bandar manakala tiga DUN lagi dikuasai oleh Pas termasuk kemenangan kecil iaitu 31 undi di DUN Ladang. Apa yang menarik P36 dimenangi oleh BN. Mungkin kerana BN atau calonnya?
Di Bandar, calon BN, Toh Chin Yaw mendapat 7,831 undi menewaskan calon PKR, Dr Abdul Manaf Che yang mendapat 6,689 undi. Majoriti undi ialah 1,142.
Di Wakaf Mempelam, calon Pas, Mohd Abdul Wahid menewaskan calon UMNO, Othman Awang. Mohd Abdul mendapat 9,645 undi manakala Othman pula mendapat 7,452. Majoriti undi ialah 2,193.
Di Ladang, calon Pas, Tengku Hassan Tengku Omar mendapat 6,723 undi menewaskan calon UMNO, Datuk Wan Hisham Wan Salleh yang mendapat 6,692 undi. Majoriti undi adalah kecil iaitu 31 saja.
Di Batu Buruk, calon Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menewaskan calon UMNO, Nordiana Shafie. Dr Syed mendapat 10,672 undi manakala Nordiana mendapat 9,511 undi. Majoriti undi ialah 1,161.
Penamaan calon akan diadakan pada 6 Januari dan jika ada pertandingan, pemilihan akan diadakan pada 17 Januari ini. Ketika ini, ada beberapa pihak yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK P36 kali ini.
Pertama ialah calon BN. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu 20 Disember 2008 mengumumkan Ketua UMNO Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN. Ini secara langsung mengetepikan beberapa nama lain yang diramal pemerhati politik sebelum ini.
Antara nama yang disebut-sebut ialah ialah Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi; Bendahari Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Roslan Awang Chik; bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Sektor (Akademik) Jabatan Pelajaran negeri, Mohd Zuber Embong.
Calon kedua yang pada mulanya berminat untuk bertanding ialah calon bebas iaitu Hazlan Ismail. Beliau seorang usahawan muda yang baru berusia 25 tahun. Hazlan ini dikenali di kalangan orang muda kerana beliau mengusahakan empat buah gelanggang futsal di Kampung Gong Tok Nasek.
Beliau juga memiliki beberapa buah bas persiaran, 2 unit kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Beliau juga mempunyai aset kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri dan yang terbaru, Ferrari. Beliau pernah menerima anugerah Usahawan Muda peringkat Kebangsaan pada tahun lalu. Akhirnya beliau dikatakan tidak berminat untuk bertanding. Sama-samalah kita saksikan sehingga hari penamaan calon.
Calon ketiga ialah dari Pas. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan partinya akan membuat pengumuman calon mereka pada 1 Januari ini. Antara nama yang disebut-sebut ialah Dr Syed Azman, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Mutalib Embong; Naib Presiden Mohamad Sabu dan muka baru, Mohd Khazani Abdullah, seorang ahli perniagaan.
Calon keempat adalah daripada AKIM. AKIM yang ditubuh pada 1995 dan dikatakan mempunyai lebih 10,000 ahli mencalonkan bekas ahli PKR iaitu Harun @ Abdul Rahman Mohamad. Beliau adalah Naib Presiden Angkatan Keadilan Islam. Bekas Pengarah Pilihan Raya PKR Kuala Terengganu.
Calon kelima ialah calon Bebas, Isma Airfath Hassanuddin, Seorang peniaga getah, berumur 38, berasal dari Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang, Kelantan pernah bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang kepala harimau untuk Parlimen Rantau Panjang pada PRU12 dan kalah (hanya mendapat 320 undi) kepada calon Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff dengan majoriti 4,486 undi
Calon bebas terakhir dijangka mengambil bahagian ialah Maimun Yusuf berusia 89 tahun. Beliau yang mendapat 685 undi pada PRU-12 pasti akan menarik perhatian ramai dengan usaha gigih menerangkan manifesto dengan berbasikal dan menerusi laman web.
Beberapa pihak telah bersetuju untuk membantu beliau mewujudkan laman web bagi membolehkan pengundi mengetahui apa yang ingin diperjuangkan oleh Tok Mun bagi pengundi di Kuala Terengganu.
Kesimpulannya, PRK P36 sudah pasti memberi sedikit petunjuk kepada senario politik negara selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan jawatan pada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mac ini.
Kemunculan DS Najib sebagai pemenang jawatan Presiden UMNO yang akan diserahkan secara rasmi pada Mac depan juga memaparkan bahawa parti itu bakal mengalami perubahan dari segi perjalanannya walaupun dasar memperjuangkan bangsa Melayu menjadi teras.
Adakah perubahan ini akan mempengaruhi orang Melayu di Kuala Terengganu untuk menyokong BN? Jika tidak, apakah alasannya?
Friday, December 19, 2008
Hidup Melayu!
Nathaniel Tan & Nik Nazmi Nik Ahmad | Sep 9, 08 8:30pm |
Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!" Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. Nathaniel Tan merupakan pengendali blog www.jelas.info. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di www.niknazmi.com |
Hanya minyak boleh diturunkan, kata Anwar
Jan 18, 08 8:52pm | |
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa harga minyak boleh dikurangkan ekoran keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas. "Selama lapan tahun saya menjadi menteri kewangan, harga selitar petrol hanyalah RM1.10. Hanya sekali saya naikkan harganya sebanyak tiga sen tetapi diturunkan semula kepada harga lama bila saya dapati kerajaan mampu memberi subsidi, dan pada masa itu Petronas mencatat keuntungan kira-kira RM30 bilion setahun," katanya. “Sekarang mereka untung RM70 hingga RM80 bilion setahun dan mereka mahu naikkan harga minyak," kata dalam ceramahnya di Pantai Kundur dalam kawasan Parlimen Tangga Batu di Melaka. |
MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa
Jimadie Shah Othman | Dec 18, 08 5:11pm |
kemaskini 8:29pm Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor. Malaysiakini difahamkan menteri besar kecewa dengan komitmen itu yang disifatkannya "mengelirukan". |
Thursday, December 18, 2008
Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta - malaysiakini
Jimadie Shah Othman | Dec 17, 08 11:15am |
Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini. Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya. Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985. Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas. Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya. Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini. Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian. Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya. Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000. Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu. Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). |
DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | Dec 17, 08 10:58am |
eksklusif Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut". Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985. Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut. Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas. Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian. Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri. 'Hadiah mahal' Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal". Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut. Sekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR. Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009. Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis. "Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya. Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis. Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah. "Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya. Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor. Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu. Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini. |
Penduduk gembira jambatan rosak dibaiki
BATU CAVES - Orang ramai terutama penduduk yang sering menggunakan jambatan besar Kampung Laksmana melahirkan rasa gembira apabila jambatan yang rosak telah dibaiki kelmarin.
Seorang penduduk, K Gobiraj berkata, setelah masalah kerosakan jambatan itu disiarkan dalam Sinar Harian pada 15 Disember lalu, keesokannya (16 Disember) pihak berkenaan telah datang untuk membaiki kerosakan tersebut.
Menurutnya, tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak berkenaan dapat menggelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini terutama kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal.
“Saya berterima kasih kepada pihak yang telah mengambil tindakan segera untuk membaiki jambatan itu dan sikap sebegini perlu dicontohi,” katanya.
Beliau berkata, jambatan yang terletak di Kampung Laksmana itu, sering digunakan orang ramai kerana ia merupakan jalan alternatif ataupun laluan pintas dari Gombak ke Batu Caves.
Bagi pejalan kaki, Nurul Husna Abdul Wahab, dia sering melalui jalan itu dari rumahnya di Kampung Laksmana untuk ke tempat kerja di Wira Damai.
“Selepas ini saya tidak perlu khuatir dan risau untuk melalui jambatan itu pada waktu malan dan tindakan segera membaiki jambatan itu haris dipuji,” katanya.
Sinar Harian pada 15 Disember lalu, menyiarkan mengenai masalah jambatan rosak yang membahayakan pengguna apabila besi jambatan itu tercabut dan tidak diperbaiki.
Pas dapatkan pandangan 'bloggers' tentukan calon
KUALA TERENGGANU - Pas akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk penulis blog sebelum menentukan calon bertanding pada pilihan raya umum, 17 Januari depan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN).
“Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon,” katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
Abdul Hadi, yang baru pulang mengerjakan ibadah haji dua hari lepas berkata, pada masa ini, pihaknya sedang membuat penelitian rapi terhadap calon yang boleh mendapatkan sokongan pengundi di Kuala Terengganu.
“Kita sedang tunggu laporan daripada Pas cawangan, kawasan dan negeri. Kajian terperinci perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan penyokong Pas, malah masyarakat keseluruhan di Kuala Terengganu,” katanya.
Beliau berkata, ketokohan seseorang pemimpin itu penting memandangkan pilihan raya kecil itu diadakan di sebuah bandar raya, dengan kemudahan infrastruktur bukan menjadi masalah kepada pengundi.
Abdul Hadi berkata, Jawatankuasa Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat khas di sini, Sabtu ini dan agenda utama adalah membincangkan soal calon.
“Selepas nama calon dipilih, kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya.
-BERNAMA
Pas yakin menang
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Pas mampu merebut kerusi Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil nanti walau siapa calon parti itu yang diletakkan dan tidak gentar dengan saingan UMNO atau parti bebas lain.
“Pas yakin menang… Orang Islam mesti yakin. Kita terima siapa sahaja calon yang diputuskan jawatankuasa agung mengenainya. Jika bukan Mat Sabu pun ok kerana dulu itu pandangan peribadi saya. Siapa yang dicalonkan kita sokong.
“Kita yakin kerana UMNO sedang bergelut dengan rasuah. UMNO beri rasuah salah, tak beri rasuah kalah, jadi UMNO dalam serba salah. Jadi jom sokong Pas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.
Menurutnya, calon parti bebas lain yang turut bersedia meletakkan calonnya dalam pilihan raya itu adalah pilihan masing-masing dan mereka bebas melakukannya tanpa sekatan.
Beliau berkata, penyebaran mengenai perpecahan berlaku dalam parti itu disifatkan sebagai andaian musuh kerana musuh kini dalam keadaan kelam kabut dan pada hakikatnya Pas berdepan UMNO dengan senang hati.
Menurutnya, diharap mereka yang terlibat dalam pilihan raya itu kelak dapat mengundi Pas kerana segala apa yang UMNO boleh buat selama ini Pas juga mampu laksanakan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, aspek pembangunan dan menjaga kepentingan masyarakat Melayu juga mampu dilakukan parti itu.
“Contoh yang begitu baik ialah Pas Kelantan kerana masyarakat Cina dengan sukarela menubuhkan kelab penyokong Pas menunjukkan kepercayaan kepada parti ini.
“Mereka senang hati menubuhkan kelab penyokong walaupun menyedari Pas tidak mampu memberikan kemewahan dan keistimewaan lain, tetapi disebabkan menyedari kebenaran dalam perjuangan parti ini mereka sanggup berkorban,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, parti itu juga mampu merobohkan benteng yang dibuat UMNO sebelum ini terhadap masyarakat Cina, India dan Melayu.
Menurutnya, tiada kelebihan di sisi Allah bagi masyarakat Melayu atau masyarakat lain kerana yang membezakannya adalah ketakwaan.