| Hakim: Nizar MB sah Perak |
| Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm |
| kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian. Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu. Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut: (i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak; (ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan (iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak. "Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong. "Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu. Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang. Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu. |
Monday, May 11, 2009
Saturday, May 2, 2009
Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.
Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.
"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya," kata Mustafa ketika temui di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.
Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.
Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.
"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.
ImageNamun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.
Terdahulu, Mahfuz bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.
Kata Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.
Beliau menegaskan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Najib menyebabkan nama baik negara kini tercemar. - mks. _
Tuesday, April 28, 2009
Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno - harakah
Mon | Apr 27, 09 | 10:19:51 am MYT
KETERBUKAAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menghadapi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 yang dijadualkan berlangsung awal Jun depan di Shah Alam, amat dialu-alukan banyak pihak.
Ustaz Abdul Hadi secara terus terang membuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam PAS. Beliau menawarkan diri untuk bertanding dan sedia dicabar.
Malah dengan rasa rendah hati beliau mengatakan, jika sekalipun beliau tewas, beliau akan tetap istiqamah dalam PAS.
Sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung prinsip-prinsip Islam dalam perlembagaannya, sikap yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi ini membuktikan bahawa, PAS parti yang mengamalkan sistem pemilihan secara demokratik, jauh lebih baik daripada Umno.
Media arus perdana cuba memalit dan memesongkan persepsi rakyat, bahawa wujudnya perpecahan yang serius, wujudnya kelompok-kelompok dan usaha jatuh menjatuh pemimpin tertentu.
Hakikatnya apa yang dipaparkan hanyalah khayalan media akibat kerosakan teruk yang berlaku dalam Umno, mahu dijangkitkan pula kepada PAS.
Dalam persoalan pemilihan pucuk pimpinan, PAS tidak akan menjadi seperti Umno dan Umno tidak mungkin akan menjadi setulus PAS.
Sesiapa yang mahu bertanding dalam PAS tidak boleh lari daripada prinsip-prinsip Islam.
Dalam PAS tidak diperlukan kuota untuk melayakkan seseorang itu bertanding mana-mana jawatan yang diminatinya. Pemimpin PAS tidak perlu turun ke kawasan-kawasan untuk melobi mendapatkan pencalonan.
Calon-calon yang bertanding juga tidak perlu pergi berkempen sama ada secara individu atau secara berkelompok untuk menemui perwakilan di seluruh negara.
Calon pemimpin dalam PAS tidak perlu membuat cabutan nombor untuk senarai nama dalam kertas undi. Mereka tidak perlu mencetak kad nama, membuat poster atau kain pemidang.
Calon tidak boleh lobi melobi, tidak boleh memburuk-burukkan calon lawan dan sama sekali tidak perlu menggunakan wang untuk berkempen.
Politik wang tidak boleh wujud dalam PAS kerana ianya bercanggah dengan Islam. Jika terdapat mana-mana pemimpin yang terkena dengan jangkitan Umno, mengamalkan politik wang, nescaya awal-awal lagi dia akan ditolak ahli-ahli PAS.
Dalam erti kata lain, ahli-ahli PAS, perwakilan PAS ke Muktamar tidak boleh disogok sama ada dengan wang, jawatan, tender atau sebagainya.
Ketulusan inilah sebenarnya yang membezakan antara PAS dengan Umno. Jurang perbezaan ini amat besar sebenarnya.
Pengamalan sistem yang berlandaskan Islam inilah sebenarnya, yang menjadi tunjang kekuatan PAS.
Jikapun berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam PAS, jikapun pemimpin tertinggi PAS tewas dalam pertandingan, nescaya parti tidak akan pecah.
Amalan dalam PAS cukup jelas. PAS tidak menolak hasrat atau menghalang sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding. Mereka yang bertanding bukannya hendak menonjolkan diri atau kepentingan peribadi.
Calon-calon berhak menawarkan diri dan mengemukakan hujah secara rasional, apakah manfaat yang akan diperolehi PAS, jika perwakilan memilihnya sebagai pemimpin.
Seperti amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada perwakilan Muktamar PAS, "pilihlah pemimpin yang berkualiti dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding harus tahu, mereka sebenarnya ada kualiti untuk dipilih sebagai pemimpin."
Justeru, walaupun PAS akan menghadapi pertandingan dan pemilihan dalam Muktamarnya ke 55 ini, apapun keputusan, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin, PAS tidak akan berpecah, PAS akan tetap utuh dan terus mendapat kepercayaan rakyat.
PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno!_
PPIM: Segerakan sistem ladang babi moden - malaysiakini
| aper ni bila pakatan rakyat nak buat sibuk sangat tu tak baik ni x baik, sekarang baru suruh buat......... aper pun nawaitu kena betullah..... |
| Apr 28, 09 5:19pm |
| Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan. "Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin. Katanya, kepimpinan baru perlu membuktikan kesungguhan bagi melaksanakan pembaharuan tersebut. Sehubungan itu, katanya, PPIM berharap isu tersebut tidak dianggap 'tidak berkaitan', hanya kerana toleransi yang tidak kena pada tempatnya. Sebaliknya, kata beliau, PPIM mahu ia diberi perhatian serius demi memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus dan mencemar alam tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat Malaysia pada masa depan. PPIM juga menggesa kerajaan mengambil langkah serta kerjasama proaktif dengan pihak berkaitan untuk membangunkan sistem pencegahan bagi mencegah sebarang penularan wabak maut, terutama dengan kebanjiran warga asing yang membimbangkan di negara ini. "Rakyat negara ini harus dipertahankan tanpa sebarang kompromi," kata Noor Nirwandy. |
Monday, April 20, 2009
Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru.
Oleh : Hamdan MSKOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.
Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.
Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.
Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.
"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.
Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.
Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.
Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli. Siasahdaily.
Monday, April 6, 2009
Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor - harakah
NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar!
Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat.
Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya.
Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang lantang mengkritik Datuk Panglima Bukit Gantang bagi pihak Umno, lalu dilantik beliau menjadi Menteri Besar Perak. Ketika itu Sultan Yusof Izzuddin Shah (ayahanda Sultan Azlan Shah) sedang memerintah. Tiba-tiba Mohd Ghazali ditangkap oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) kerana salah lakunya. Tunku Abdul Rahman menghantar beliau menjadi duta di Mesir pada 1962 untuk menutup kes ini.
Semasa Sultan Idris Shah sudah menaiki takhta, pada 1974 Tun Razak menamakan Mohd Ghazali sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi. Sultan Idris tidak mahu menerima seorang perasuah menjadi ketua kerajaan. Umno menghantar (Tan Sri) Ishak Tadin untuk memujuk Sultan Idris dengan janji Mohd Ghazali Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.
Pada 1976, Mohd Ghazali menderhaka kepada Sultan Idris apabila enggan meletakkan jawatan dengan alasan Perlembagaan Perak tidak menetapkan seorang menteri besar untuk dua tahun. Sultan Idris telah murka lalu memulau semua program kerajaan. Baginda bernazar tidak akan mencukur janggut dan misainya selagi si penderhaka menjadi menteri besar.
Kemuncak kemurkaan Sultan Idris terhadap si penderhaka ini ialah baginda tidak meluluskan bajet kerajaan Perak untuk tahun 1977. Kerajaan Perak tidak boleh bergerak tanpa sumber kewangan, sedangkan wang tidak boleh dibelanjakan tanpa kelulusan sultan.
Akhirnya Umno terpaksa menyuruh Mohd Ghazali meletakkan jawatan dan dilantik sebagai menteri pusat. Wan Mohamad Wan Teh (abang Datuk Wan Hashim) menggantikan Mohd Ghazali. Inilah penderhaka sebenar dalam sejarah Perak. Orangnya tidak lain dan tidak bukan, bapa Tajol Rosli sendiri. Maka, mengapa Tajol Rosli cuba membohongi rakyat Perak (Sultan Perak juga) bahawa Umno tidak pernah menderhaka.
perderhakaan di Terengganu, Pahang dan Johor
Kita jangan lupa kisah Datuk Nik Hassan dengan Sultan Terengganu, Datuk Rahim Bakar dengan Sultan Pahang, Tan Sri Othman Saat dengan Sultan Johor dan krisis Perlembagaan 1983.
Di Selangor juga ada cerita derhaka yang lebih dahsyat. Tan Sri Muhammad Mohd Taib jangan lupa isu ini. Beliau menuduh Nizar seorang penderhaka, tetapi beliau sendiri berkali-kali menderhaka. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah dihina oleh Umno Selangor pada 1991 ketika Mat Taib menjadi ketuanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno 9 November 1991 (selepas pilihan raya yang Umno kehilangan Kelantan), wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyerang peribadi Tuanku.
Sultan Selangor dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi membaiki Istana Alam Shah. Sultan Selangor juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan oleh sultan kepada seorang tauke Cina yang lain.
Kerana ucapan wakil Umno Selangor ini, Perhimpunan Agung Umno mencerca semua Raja-raja Melayu ketika itu. Umno Selangor telah menyenaraikan kononnya salah laku Sultan Selangor untuk didedahkan kepada rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno itu, dan akhirnya satu Resolusi 4 Perkara telah dikemukakan untuk Umno mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
Selepas itu pada 30 November 1991, Mat Taib mengetuai Umno Selangor mengadakan Perhimpunan Perpaduan Melayu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam untuk menunjukkan sokongan rakyat dalam usaha Umno menderhakai Sultan Selangor. Mat Taib menafikan perhimpunan ini untuk menunjukkan pengaruh Umno kepada Sultan Selangor, tetapi semua penganalisis politik melihat begitu.
Mat Taib memang berdendam dengan Sultan Selangor selepas isu kahwin lari dengan Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) di selatan Thai, isu perlantikan Exco Selangor pada 1990 dan isu Zoo Negara. Perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyembahkan derhakanya kepada Sultan Selangor!
Berang dengan penderhakaan Umno ini, semasa hari keputeraan Sultan Selangor ke-66 pada 8 Mac 1992, baginda tidak mahu menganugerahkan pingat kepada pemimpin Umno Selangor. Mat Taib telah mengumumkan bahawa Umno Selangor pada 13 Februari 1992 memutuskan akan memulau pencalonan penerima pingat tersebut sebagai satu sembah derhaka mereka. Sultan Selangor murka dan berduka cita kerana kebiadapan Mat Taib yang membocorkan rahsia baginda.
Apabila pernderhakaan Mat Taib terhadap Sultan Selangor sudah ke kemuncak, akhirnya pada 24 Februari 1992, Majlis Tertinggi Umno telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah.
Pada 4 Julai 1992, satu Perisytiharan Prinsip-prinsip Perlembagaan telah dibuat oleh Majlis Raja-raja untuk menolak Kod Etika Perilaku Raja-raja yang dikemukakan oleh Umno. Sultan Perak tentu masih ingat peristiwa penderhakaan besar-besaran Umno sejak 1991 ini sehinggalah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 dan �pertabalan� Tengku Ibrahim di Ketereh, Kelantan oleh Umno Kelantan pada 29 April 1993.
Nah! Jika kita melihat latar belakang dua tokoh yang bercakap soal derhaka di Bukit Gantang ini, maka tahulah rakyat siapa penderhaka sebenar. Mat Taib dan Tajol Rosli langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap soal penderhakaan kepada sultan. Kerana mereka berdua adalah di kalangan penderhaka yang terkenal sejak sekian lama.
Mat Taib mungkin lega kerana Sultan Salahuddin Abdul Aziz sudah mangkat, tetapi masih ramai rakyat yang mengingatinya. Tajol Rosli juga tidak perlu berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu siapa Tan Sri Ghazali Jawi, si penderhaka itu.
Jika kes ini berlaku pada zaman Sultan Mahmud Melaka (nenek moyang kesultanan Perak), nescaya Mohd Ghazali dan semua keturunannya (termasuk Tajol Rosli) dihukum bunuh!
Rakyat Bukit Gantang perlu bijak dalam melayan isu derhaka yang dibesar-besarkan oleh Umno ini. Jangan terjerat oleh pukat yang dipasang oleh sang penderhaka Umno ini.- tajdid _
Friday, April 3, 2009
KEGEMBIRAAN BERMULA
Kegembiraan bermula mulai sekarang. Sebabnya ialah Najib akan jadi perdana menteri. Sebagai warganegara dan sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggung jawab untuk bergembira dengan saat yang bersejarah ini.Saya katakan bergembira kerana Najib memenuhi teori RAHMAN yang selalu digemburkan apabila orang bercakap mengenai perdana menteri Malaysia.
Cuma apa yang difikirkan oleh mereka yang mula mencanangkan teori ini ialah perdana menteri Malaysia berkisar di kalangan UMNO sahaja. Oleh itu, teori RAHMAN ini hanya untuk orang UMNO. Teori ini hanya mengemukakan enam huruf. Huruf yang terakhir ialah N. Itulah Najib.
Tetapi teori ini dangkal. Ia tidak mengemukakan apakah lagi selepas N. Maknanya, teori ini akan berkubur selepas N. Selepas Najib. Apabila Najib telah memenuhi slot RAHMAN yang terakhir, maka ia bermakna selepas Najib, UMNO tidak akan lagi memegang tampuk kuasa. Sebab kuasa teori RAHMAN berakhir di situ, maka kuasa UMNO juga akan berakhir dengan Najib.
Jadi mulakan kegembiraan anda. Naiknya Najib sebagai perdana menteri menandakan bermula nya kajatuhan dan kesudahan bagi UMNO!
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa amat sedih dengan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia keenam hari ini. Tambahnya, pengambil alihan kuasa kepada Najib dipersoalkan rakyat dengan alasan presiden baru Umno itu diselubungi pelbagai isu kontroversi, antaranya, dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu seperti dakwaan seorang penyiasat persendian yang kemudiannya hilang.
"Adakah ini pemimpin yang hendak memimpin negara ini? Apakah beliau (Najib) mempunyai kaitan dengan P Balasubramaniam.
"Siapa yang bersalah di atas kehilangan satu nyawa," katanya, walaupun tidak menyebut identiti tersebut.
Wan Azizah sedang berceramah untuk calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di sebuah rumah di Taman Ria Jaya, kira-kira 250 meter dari lokasi kekecohan antara polis dengan penyokong parti itu minggu lalu. Majlis dalam keadaan hujan renyai-renyai tidak melemahkan semangar kira-kira 250 hadirin daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India.
Menurut bekas ahli parlimen itu, rakyat terkejut kerana pertama kali dalam sejarah pilihanraya seramai 15 calon menawarkan diri merebut kerusi itu, 7 April ini.
"Apa istimewanya Bukit Selambau sampai 15 orang mahu bertanding?" katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru pengundi agar tidak lupa memangkah calon nombor empat di kertas undi terbesar dalam sejarah negara, calon PKR S Manikumar. Wan Azizah berkata demikian sambil membilang jarinya dalam bahasa Tamil sambil disambut gelak ketawa hadirin.
source : malaysiakini
Anwar bimbang tindakan keras PM baru - malaysiakini
| Abdul Rahim Sabri | Apr 3, 09 4:28pm |
| Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan keras terhadap Pakatan Rakyat dan mengenetapikan prinsip dan hak asasi. Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai perdana menteri, Najib diharap bersikap lebih terbuka untuk membuat pembaharuan, termasuk membebaskan tahanan ISA tanpa syarat serta mereka yang disyaki anggota JI serta pemimpin Hindraf. Ditanya mengenai pelantikan Najib sebagai perdana menteri hari ini, Anwar berkata pendirian kepimpinan PAS, DAP dan PKR termaktub dalam petisyen yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong kelmarin. Dalam petisyen yang ditandatangani oleh 81 ahli Parlimen Pakatan itu, memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene. Anwar memberitahu pemberita demikian sewaktu membuat lawatan ke kampung Kuala Sin di Bukit Selambau, yang terletak kira-kira 33km dari bandar Sungai Petani. Sebelum itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, bersembahyang Jumaat di Masjid al-Husna dan kemudiannya menikmati jamuan makan tengahari di rumah seorang penyokong PKR di situ. Calon untuk semua Sebelum makan tengahari, Anwar dalam ucapannya meminta para pengundi memberi peluang kepada Manikumar untuk berkhidmat kepada penduduk Bukit Selambau. Menurutnya, Manikumar bukan sahaja calon untuk orang India, tetapi juga untuk orang Melayu dan Cina. Anwar berkata, beliau sendiri juga bukan sahaja menjaga hak orang Melayu tetapi turut mempertahankan hak orang bukan Islam. "Berhijrahlah dari takuk lama kepada perubahan," katanya. Di Perak, katanya, apabila Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberi hakmilik tanah kepada penduduk Cina, beliau dituduh 'khianat' kepada orang Melayu. "Tetapi mereka (BN) beri satu gunung tak pa... bagi satu pulau (Pangkur) tak pa... beri tanah di Bukit Tinggi, dia godam setengah mati," tambahnya. Mohd Nizar bertanding sebagai calon Pakatan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak. |
Monday, March 30, 2009
IMAM AKUI JEMPUT NIZAR MENGIMAMKAN SOLAT - http://perakdaily.com
March 30, 2009 · Print This Article
Bukit Gantang- Imam jawab ‘isu rampas kuasa’ dakwaan zambry di Masjid Simpan
Punca isu : LINK
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita bohong Zamri . Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..
Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata…tak payahlah nak pergi jauh lagi…Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti….InsyaAllah…
Lolongan awal media utama lidah UMNO cuba mengekspolitasi isu ini dengan tajuk ‘Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry’.
Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain
Nizar seru rakyat tolak politik kaum,ugut BN
KAMUNTING, 30 Mac (Hrkh) - Calon PAS untuk kerusi parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Politik lama tegas beliau sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana ianya tidak mampu menjanjikan apa-apa perubahan kepada rakyat.
Nizar menjelaskan politik lama yang masih dibawa oleh Umno-BN ialah politik perkauman dan mengugut rakyat.
"Saya menyeru kepada pengundi-pengudi di Bukit Gantang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya agar menolak politik lama masih menjadi pegangan Umno-BN.
"Politik perkauman dan ugut mengugut tidak lagi relevan pada masa ini dan amat menjijikkan jika ia masih diteruskan," tegas beliau kepada Harakahdaily.
Umno-BN tegas beliau dalam kempen-kempen mereka menjadikan isu perkauman sebagai senjata kempen untuk meraih undi orang Melayu dan mengugut mereka jika mengundi calon PAS seolah-olah nasib orang Melayu akan tergadai kepada kaum Cina.
Beliau juga menegaskan sepanjang 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak sebelum dirampas secara haram oleh BN, telah terbukti nasib orang Melayu terbela dan nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.
"Inilah yang Umno-BN tidak faham dan amat tidak senang bila Pakatan Rakyat memerintah kerana rakyat dapat merasai keadilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan rakyat," tegas Nizar.
Nizar seterusnya menegaskan Umno-BN amat tidak senang bila melihat PAS dan DAP serta KeADILan dapat bekerjasama dengan baik dan mampu membentuk kerajaan yang telus dan berintegriti.
Pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia tegas Nizar perlu mencontohi amalan politik baru yang semakin berkembang di negara-negara luar.
Nizar akan ditentang oleh Ismail Saffian yang mewakili Umno-BN dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris dalam pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.
Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyadangnya yang juga dari PAS, Roslan Shahrom pada 9 Februari lalu. - mks._
PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas - malaysiakini
| PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas |
| Mar 30, 09 2:03pm |
| PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali menambah, Mohamad Nizar yang juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang sedang berlangsung sehingga 7 April. "Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata pada sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini. Beliau mengulas kenyataan menteri besar BN Perak mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis anjuran BN. Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian. Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris. |
Saturday, March 28, 2009
Umno tidak dilihat perjuangkan Islam - malaysiakini
Umno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.
Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.
Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.
"Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.
"Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) - walaupun belajar agama - tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.
"Persepsi ini amat bahaya kepada Umno," katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan.
"Sedangkan (bagi) pembangkang, tak payah belajar, yang belajar sains pertanian pun dipanggil ustaz.
Imej agama
"Mereka ini dipandang lebih tinggi berbanding dengan tokoh-tokoh agama dalam umno," tambahnya.
Sehubungan itu, Syahrin menyarankan supaya Presiden baru Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan imej agama dalam Umno.
Untuk tujuan itu, katanya, media massa perlu memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.
"Program dalam saluran-saluran di televisyen tidak mencerminkan perjuangan agama yang hendak kita bawa.
"(Manakala) program-program ilmu yang berteraska agama adalah banyak dan mendapat pengikut yang ramai.
Panel syariah
"Tetapi rancangan itu disiarkan pada waktu yang tidak sesuai...tengah malam, (masa) orang tengah mengantuk," tambahnya.
Menurut Syahrin, ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tajaan untuk menayangnya pada waktu perdana.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Haji menaja program berkenaan untuk ditayangkan pada waktu perdana.
Beliau juga menyarankan supaya ditubuhka panel syariah di stesen televisyen swasta kerana kebelakangan ini "banyak cerita-cerita Indon yang pelik-pelik disiarkan".
Selain itu, katanya, penubuhan panel itu juga menjadi pelaburan dalam usaha untuk memulihkan semula imej Umno dan untuk pembangunan modal insan Islam.
Siasat TKM 1 tindakan wajar: PKR - sinar harian
:Menurutnya, pendirian tersebut berdasarkan prinsip parti yang tidak akan melindungi dan menyokong pemimpin yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat.
:Menurutnya, selaku generasi muda dalam pimpinan PKR, tindakan diambil SPRM adalah wajar bagi memastikan Mohd Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.
:“Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini ia akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau dan PKR.:
: “SPRM perlu menjalankan siasatan secara telus dan adil kerana rakyat boleh menilai sejauh mana pendirian SPRM dalam menyiasat kes-kes seperti ini.
:“Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Mohammad Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil.
: “Pendirian saya, mana-mana pemimpin PKR didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap PKR,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian:, semalam.
:Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM menahan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai.
:Badrul Hisham berkata, selaku pemimpin generasi muda dalam PKR, gejala rasuah dan penyelewengan akan ditentang sehingga ke peringkat akar umbi.:
:“Penentangan kita bukanlah untuk memecahbelahkan parti, tetapi ingin melihat sebuah parti benar-benar telus dan bersih dari rasuah.
: “Kita berjuang bukan kerana nama dan kedudukan tetapi lebih kepada perjuangan membela nasib bangsa dan negara,” katanya.
Hanya 10,000 rakyat Kelantan layari internet: Nik Aziz - sinar harian
Beliau berkata, jika angka yang terlalu kecil itu berterusan, jurang digital akan bertambah besar dan menjadikan rakyat negeri ini sebagai rakyat yang tidak mempunyai keseimbangan digital.
“Kesan daripada perkara ini ialah jurang komunikasi akan bertambah besar di antara pengguna internet dan bukan pengguna internet," katanya ketika merasmikan Pelancaran Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru di sini semalam.
Aptus Net menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar melalui kerjasama di antara Infra Quest Sdn Bhd sebuah anak syarikat dalam kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Infolient Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan internet jalur lebar.
Empat PBT Selangor diiktiraf terbaik negara - sinar harian
Empat PBT terbabit adalah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, lima PBT lain di negeri ini pula menerima pengiktirafan tiga bintang dalam SSR-PBT adalah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).
"PBT yang mendapat pengiktirafan tiga hingga lima bintang membuktikan PBT terbabit telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat namun dukacita dimaklumkan sebanyak tiga PBT di negeri ini tergolong dalam PBT bertaraf dua bintang yang dikategorikan sebagai memberi perkhidmatan kurang memuaskan.
"PBT terbabit adalah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)," katanya.
Menurut Ronnie, satu kempen dikenal sebagai Kawan Zon Bersih akan dilancarkan bagi memantapkan fungsi dan perkhidmatan kesemua 12 PBT di seluruh negeri ini.
"Kempen ini antara alternatif terbaru PBT meningkatkan perkhidmatan mereka dengan mencari satu kawasan paling kotor di PBT masing-masing untuk dibangunkan menjadi kawasan paling bersih dalam tempoh setahun.
"Setiap zon yang dipilih akan diletakkan papan tanda hijau sebagai pemberitahuan kepada orang awam bahawa mereka berada di zon bersih," katanya.
Ronnie berkata, 12 kawasan yang dicadangkan adalah Taman Sri Muda untuk MBSA, Seksyen 52 (MBPJ), Jalan Berangan, Pelabuhan Klang dan Taman Gembira (MPK), Pandan Indah (MPAJ) dan Sri Kembangan, Batu 3 dan USJ 16 untuk MPSJ.
"Kawasan lain yang turut dicadangkan adalah Bandar Baru Selayang di bawah MPS, Bandar Baru Bangi (MPKj), Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan Sungai Pelek (MPSp), Taman Bayu dan Pasir Penambang (MDKS), Terminal Bas Bukit Sentosa dan Bandar Utama Batang Kali di bawah pentadbiran MDHS.
"Bagi MDKL, kawasan yang dicadangkan adalah Kampung Baru, Sungai Jarum dan Pasar Sungai Jarum manakala Pasar Awam Sekinchan di MDSB," katanya.
Pemuda UMNO tidak mampu gugat pembangkang - sinar harian
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanyakan Exco yang dilantik itu adalah 'orang yang sama cuma dinaikkan pangkat sahaja'.
“Kenaikan mereka adalah berlandaskan rasuah dan masih mengamalkan budaya, imej dan amalan yang sama malah, ianya tidak sama sekali akan menjejaskan kami (Pas).
“Pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO misalnya, tidak akan memberi perubahan kepada UMNO malah, akan menjadikannya bertambah buruk kerana beliau sendiri mengamalkan politik wang,” katanya.
Beliau berkata, walaupun Khairy telah dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin baru-baru ini, tetapi beliau masih dilantik dan UMNO seolah-olah berbangga dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO serta tidak menghiraukan mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau.
“Bahkan pelantikan Khairy akan memecahbelahkan UMNO kerana kita sendiri dapat lihat berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Khairy, Datuk Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.
“Ini telah menunjukkan bahawa dalam parti sendiri telah berlaku perpecahan,” katanya
Hadi cabar Najib saman media asing - sinar harian
Presiden Pas itu berkata, tindakan saman itu perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan dapat dipulihkan.
Menurutnya, jika tindakan saman tidak diambil, maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.
"Saya cabar kepimpinan negara supaya mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman akhbar Liberation berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online.
"Tindakan sama juga perlu diambil terhadap The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa)," katanya.
Hadi berkata, ketika ini seluruh rakyat menyaksikan satu lagi episod perubahan kepimpinan bagi Malaysia dan perubahan kepimpinan ini juga adalah merupakan sejarah yang akan dikenang.
"Ianya kerana perubahan berlaku terhadap barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan di peringkat Persekutuan.
Menurutnya, perubahan tersebut adalah bukannya hal dalaman UMNO dan BN semata-mata, tetapi ianya turut memberi kesan seluruh rakyat.
Hadi berkata, Pas berpendapat kepimpinan merupakan amanah besar dan ianya wajib dipikul orang yang bukan sahaja layak dan adil, tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.
Friday, March 27, 2009
Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun -HARAKAH DAILY
SHAH ALAM, 27 Mac (Hrkh) - Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat).
Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun.
Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat.
"Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac," katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi.
Sementara itu tambah beliau isteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor), Puan Sri Asbi Rohani Asnan akan dipanggil menjadi saksi pada Isnin, 30 Mac nanti.
Beliau memaklumkan, Selcat telah menerima surat pemberitahuan daripada Asbi pada pagi tadi yang memohon penangguhan menjadi saksi kerana mempunyai tugas-tugas rasmi.
Beberapa saksi lain akan dipanggil semula termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hasan dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPPN) pada Isnin dan Rabu.- lanh
Patut TV3 digantung,bukannya Harakah!
Saya merujuk kepada artikel segmen Dalam Negeri (muka surat 15) Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2009.
Artikel adalah berkaitan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato� Seri Syed Hamid Albar berhubung penggantungan permit dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan.
Saya memetik antara alasan menteri tersebut kenapa dua akhbar ini digantung permit serta merta selama tiga bulan.
Dikatakan akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.
Menteri berkenaan turut berkata, "KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas." (tetapi tidak disertakan bukti atau contoh kesalahan yang telah dilakukan).
Sepatutnya TV3 yang selayaknya digantung permit.
Apa yang ingin saya persoalkan adalah beberapa siaran berita oleh stesyen TV3 terhadap kerajaan negeri Kedah sejak setahun lalu.
Antaranya putar belit dan pembohongan, hasutan serta fitnah yang jelas mengenai isu penggunaan Jet Eksekutif oleh Menteri Besar, pembukaan ladang ternakan babi di Bukit Selambau, dan terakhir isu salah seorang Exco Kerajaan yang dituduh menderhaka.
Semua itu terbukti adalah tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali, hanya melalui kandungan surat layang, TV3 dengan bongkak menyiarkan berita mengenai Exco derhaka, adakah ini tidak terkandung sebagai berita yang tiada asas, menghasut dan tuduhan liar.
Contoh paling mudah ingin saya sebutkan bahawa TV3 Kedah selama ini hanya berbohong, berilusi, berangan-angan, berniat jahat, menghasut, memutarbelitkan fakta, tuduhan liar dan tidak berasas adalah kerana wartawannya, TIDAK PERNAH langsung menemubual atau hadir dalam mana-mana sidang akhbar oleh pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Jelas, semua berita-berita yang digambarkan selama ini oleh TV3 mengenai kerajaan Negeri Kedah tidak melalui asas atau sumber yang tepat.
Nampaknya, Menteri berkenaan juga telah memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan menghasut untuk orang ramai tidak mempercayai dua akhbar tadi dengan tidak membentangkan apa kesalahan yang telah dilakukan.
Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kedah.
Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz
KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.
Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.
"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.
Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.
Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.
"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.
"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.
Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.
"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.
Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar. - mks
Friday, March 20, 2009
Ustaz Khairul 'semangatmu' akan terus hidup dijiwa anak muda
Ustaz Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi saya kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa.
Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.
Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.
Semalam saya mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Dato' Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon.
Kudin (Pegawai YB Taufek Abdul Ghani) memaklumkan Ustaz Khairul kritikal dan kini di ICU. Oleh kerana esoknya juga (hari ini) akan bertolak ke Sarawak maka selepas ceramah terus minta diri cadangnya ingin terus ke Seremban menziarahi Ust. Khairul.
Seperti biasa keletihan dalam kereta sering terlelap sekejap-sekejap sambil melayan Yasir membawa kereta. Namun mengantuk terus hilang diragut sms Kudin yang menyatakan Ustaz telah meninggal ........
Terus meningkatkan kelajuan kenderaan dan sampai ke Seremban (rumah mertuanya) sekitar jam 3.00 pagi.
Terkejut dengan berita itu. Rasanya baru sangat mendengar ceramah Maulidur Rasul beliau ketika Majlis Maulidur Rasul anjuran Keadilan Rembau minggu lepas.
Dua hari lepas semasa saya berceramah bersama Hj Mohamad Sabu beliau menjadi pengerusi Majlis. Memang beliau kata beliau demam. cheGuBard bergurau dengan dia selepas dia mula naik pentas untuk pembukaan.
"Demam apanya mengaum macam harimau berantai" kata padanya.
Dia jawab dengan senyuman dan mata yang sikit kuyu.
Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia empat tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya
Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.
'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'....
Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua./wannordin _
Thursday, March 19, 2009
Menyusur Kehidupan MB Kelantan
Dipaparkan di sini klip video yang merakamkan kisah kehidupan seorang Menteri Besar bernama TG Nik Abdul Aziz di pagi hari yang menjadi rutin kehidupan hariannya dalam seminggu, bermula daripada dia keluar rumah di waktu pagi hinggalah dia pulang ke rumah di waktu malam, iaitu pergerakan yang boleh menjadi perhatian umum - tidak yang bersifat peribadi dan rahsia.
Belum ada lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal. Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan.
Unicorn menulis “TENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.
Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di titi kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.
“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.
Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.
Ahli Parlimen yang komitedSebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.
Kerjaya awal sebagai ahli politik
Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.
Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.
Kerajaan contoh
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Berikut ialah klip video yang dimaksudkan:
http://www.youtube.com/watch?v=p2jPd0Yj1JQ
dan
http://www.youtube.com/watch?v=JFspzltSmUw
Najib dead set against lifting ban on Ali, appeal to be heard end of week
Thursday, 19 March 2009
Incoming Umno president Najib Abdul Razak has made it clear he is against lifting the ban on Mohd Ali Rustam to contest for the party’s deputy presidency at polls due to begin on Mar 25.
The salvo fired by the deputy premier, accused of plotting the purge against leaders aligned to outgoing president Abdullah Ahmad Badawi, is set to further antagonise party members.
The Malacca chief minister is one of Umno’s most popular leaders. A rank-and-file party veteran, he is a known Abdullah loyalist and the move to lock him out of a three-cornered race for the No 2 post has outraged Umno members across the country.
However, an unrepentant Najib said this morning: “We must make a firm stand. If not all sorts of activities will take place in a bid to grab positions in the party. We cannot compromise and have to place our trust in the board. It is not a fun job and we cannot accuse the board of having an agenda or hidden motive.”
Najib himself has already won the party presidency uncontested. By convention, the Umno president becomes the prime minister, but there have been growing calls from Malaysians, including Umno members, to the King not to appoint him premier in view of his extensive unpopularity and scandal-plagued record. There is also no constitutional obligation for the King to make the Umno president prime minister.
A ruthless purge
Ali was the odds-on favourite to win the deputy presidency and his ban will pave the way for Muhyiddin Yassin, the Trade Minister favoured by Najib to become the No 2.
According to BN media, an Umno appeals panel headed by Ahmad Zuki Kamaluddin, will hear Ali Rustam’s case by the end of this week, but it is unlikely to reverse the disciplinary board’s decision to bar him from contesting the deputy presidency.
“The board has received the appeal letter from Ali and the panel will study his case. Its decision would then be forwarded to the supreme council for a final verdict. However, in previous cases, the supreme council has always accepted the decision made by the appeals panel and they do not interfere or influence the board,” an unnamed source as quoted saying in the NST.
The panel will also include Kamarul Ariffin, Sabaruddin Chik, Osman Aroff, Megat Najmuddin Megat Khas and Alias Ali, the newspaper said.
Ali Rustam, who has protested his innocence, was found guilty of being involved in vote-buying earlier this week.
Umno veteran and Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah has warned that Ali had the right to prevent the party election from taking place.
“Mohd Ali can appeal to the Registrar of Societies to put a stop to the Elections if he is unlawfully deprived of his eligibility for office. At the very least, his appeal against his punishment needs to be heard before the party elections commence next week,” said Razaliegh in his latest blog posting.
“I do not see how they may bar him from contesting so long as he remains a member of the Party. The Societies Act defines the ‘eligibility to hold office in the committee or governing body of the society,’ along with the right to vote, as a constitutional right of every member. “
UPDATED Police ban Anwar’s Taiping ceramah, venue moved to Bt Cempedak - suara keadilan
Police have banned a Pakatan Rakyat ceramah due to be held in Simpang, Taiping, where the main draw was a keynote address by Opposition Leader Anwar Ibrahim .
The charismatic leader had been expected to present the latest state of play of the political events overtaking Perak and the rest of the nation. Pakatan Menteri Besar for Perak Nizar Jamaluddin was also due to take part.
The political lecture will now be held outside the PAS office in Bukit Cempedak. Thousands are been expected to attend the ceramah, organised as part of Anwar’s two-day visit to Perak and Kedah, ahead of the upcoming Bukit Gantang and Bukit Selambau by-elections.
According to Taiping OCPD ACP Raja Musa Raja Razak, the permit for the assembly was withheld because the location, which he alleged was near the main road, could affect traffic flow and public safety.
“Police will take stern action against those who stage or participate in the assembly,” he said.
Pemimpin Umno ambil kuasa mutlak Raja-raja - harakah daily
"...Apa yang berlaku di Perak, kita tidak ada arahan memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan."
Kita perlu jelas dalam persepsi terhadap makna keadilan dan makna kezaliman, Tanggapan orang kampung apabila pukul kepala atau belasah pun nama zalim. Tidak memberi hak yang sewajar termasuk juga dalam zalim.
Kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai contohnya dalam mengagihkan pelaburan, dalam mengagihkan pelaburan asing.
Di sana ada kempen-kempen yang tidak menggalakkan pelaburan pergi negeri-negeri lain daripada yang diperintahkan oleh Barisan Nasional (BN) apabila kita sebuah negara yang mengamalkan federalisme.
Federalisme ini mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih oleh rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal yang tertentu pihak BN sebagai contoh, di Terengganu semasa kita memerintah dirampasnya royalti petroleum walaupun di sana ada perjanjian.
Kami tidak lupa peristiwa ini. Sabah sendiri yang sudah 50 tahun ketinggalan. Jalan berpuluh kilometer sahaja tidak ada lebih raya. Di Sarawak saya pergi kempen pilihan raya barangkali wakil rakyat kenal rakyat masa pilihan raya sahaja.
Ini termasuk dalam perngertian kezaliman dan kita tidak boleh hendak hapuskan kemiskinan kalau boleh biar mengatasi masalah kemiskinan. Hendak atasi masalah kemiskinan pun kita tidak mencapai kadar kemiskinan yang masih besar dalam negara kira.Begitu juga kadar pengangguran masih besar.
Sekarang kita masih menghadapi krisis ekonimu yang melanda dunia dan tempias masuk ke dalam negara kita. Kita mahu satu pembelaan yang wajar kepada mereka yang dibuang kerja.
Saya lihat dalam TV bagaimana negara komunis walaupun dia komunis dia zalim, kadangkala dia sebagai contoh yang perlu kita ambil.Menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Ini satu amalan yang perlu diambil contoh oleh kerajaan.
Apa yang berlaku di Perak, di mana kita tidak ada arahan untuk memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan.
Raja berperlembagaan dengan seti yang sebenarnya. Siapa yang membubar Perlembagaan, yang merampas kuasa Raja-raja? Kita tidak mahu Raja-raja memberi kuasa mutlak.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah, pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja dia sendiri untuk menyalah gunakan kuasa dan inilah yang mencelarukan negara. Saya tidak menyanggah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Titah itu menggambarkan perpaduan yang rapuh. Inilah yang saya sebutkan. Perpaduan yang masih rapuh yang perlu kita tegakkan.
Membina perpaduan rakyat
Dalam membina perpaduan rakyat, mesti kita membina modal insan. Modal insan adalah modal diri manusia. Untuk membina manusia mestilah dengan ilmu, dengan iman dan dengan akhlak.
Di sinilah Islam memulakan ayat yang pertama yang bermaksud, "bacalah dengan nama Tuhan-Mu".
Ilmu yang dibaca dengan iman dan dengan akhlak. Ilmu adalah asas untuk membangunkan manusia yang menjadi masyarakat madani dan masyarakat Hadhari atau madani, masyarat yang bertamadun.
Perkataan hadarah yang bererti bandar dan hadir berhimpun di satu tempat dan Tuhan jadikan manusia ini hidup bermasyarakat.
Manusia tidak boleh menghasilkan keperluan secara individualistik. Mestilah bermasyarakat, perlu berhimpun dan tukar menukar antara satu sama lain.
Ini yang dimaksudkan dengan madani. Baju yang kita pakai daripada kain, kain daripada benang, benang daripada kapas dan kapas ditanam. Untuk tanam kapas kena ada benih dan cangkul.
Cangkul daripada besi. Tidak mungkin seorang manusia mahu sehelai baju, dia buat kerja semua.
Dia yang cari besi untuk cangkul, dia cari benih kapas dan dia seorang yang pintal benang. Sampai kiamat dan sampai mati tidak jumpa baju dan bertelanjang.
Mesti ada manusia yang melombong, ada manusia yang bercucuk tanam, ada manusia yang berniaha dan semua pihak ini berhimpun dalam satu bandar yang dinamakan Madinah. Inilah madani. Ini makna madani.
Inilah makna hadhari. Kehadiran. Mereka bertemu di satu tempat dan manusia yang hadir ini mestilah dibangun kemanusiaannya dengan ilmu dan dengan akhlak yang tepat. Dengan ilmu yang memberi manfaat.
Bukan ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini salah satu yang perlu kita faham. Kita mendukung kerajaan membina sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian yang banyak tetapi sejauh mana kita berjaya dalam modal insan.
Kita sedang menghadapi keadaan yang parah. Anak-anak muda yang tinggal di pusat serenti lebih ramai daripada di universiti. Ini satu hal. Ini menunjukkan modal insan kita dalam keadaan begitu celaru. Dia perlu selesai. Di sana ada tempat yang tidak kena. Kita mahu rakyat yang berilmu dengan sebanyak-banyaknya.
Untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Untuk mendalami dan menimba ilmu daripada bangsa asing itu perlu kita mengetahui bahasa asing. Tidak menjadi salah. Digalakkan belajar ilmu bahasa asing. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya mestilah dengan bahasa ibunda.
Bahawa kita sendiri telah menonjolkan slogan dalam tahun 60-an Bahasa Jiwa Bangsa. Apabila kita buang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita sendiri. Kita telah menerima satu hakikat yang sangat baik.
Semua kaum menerima bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa pengantaraan di antara kaum yang mengilmukan rakyat.
(Artikel ini dipetik daripada laman web Presiden PAS) _
Wednesday, March 11, 2009
Aset MB dan exco dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri - HARAKAHDAILY
SHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh) - Kerajaan Selangor akan mengumumkan pengistiharan aset Menteri Besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui aset mereka mulai Jumaat, 13 Mac ini.
Menteri Besar ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan pengistiharan itu dijangka akan dipaparkan dalam laman web (www.selangor.gov.my).
"Usaha ini untuk memberi peluang kepda orang ramai mengetahui semua jenis aset yang dimiliki oleh exco sepanjang tempoh mereka memegang jawatan tersebut," katanya dalam sidang media tengahari tadi.
Beliau berkata, aset-aset tersebut meliputi hartanah, saham dan sejumlah wang yang terlibat dalam urusan pada jangka masa waktu pengistiharan itu.
Pengistiharan itu dilakukan setelah mendapat gesaan Sultan Selangor yang mahu kerajaan negeri mengumumkan aset semua exco dan Menteri Besar.
Katanya, tarikh rasmi jangka waktu tersebut antara tarikh angkat sumpah jawatan exco pada 24 Mac 2008 hingga sekarang.
"Kerajaan negeri suka menjelaskan iaitu objektif pengistiharan aset ini bagi memastikan sesiapa yang memegang jawatan tinggi di negeri ini tidak sewenang-wenangnya menggunkan kedudukan untuk memiliki aset," tegas beliau.
Dengan hal ini katanya, ia membolehkan ahli exco kerajaan negeri membuat keputusan secara adil dan tidak memihak terhadap dasar- dasar kerajaan negeri dengan demikian dapat memelihara kredibiliti kerajaan negeri Selangor.
Selepas mendapat nasihat perundangan beliau berkata kerajaan negeri mengambil keputusan supaya ia lebih baik untuk tidak memasukkan sebarang aset yang dimiliki exco sebelum memgang jawatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak berupaya melindungi keselamatan exco dan ahli keluarga masing-masing dan juga tidak dapat memberi perlindungan insuran untuk tujuan tersebut.
"Semua maklumat ini boleh diumumkan bagi tujuan pengesahan yang tertakluk kepada syarat dan kebenaran Jawatankuasa Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)," tegas beliau.
Menurut beliau, ia akan memperlihatkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan exco kerana tindakan ini mengambarkan kesediaan kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan urus tadbir yanng telus, cekap dan bertanggungjawab./Sh _
Nizar mohon menghadap Sultan Perak - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam.
"Saya sendiri memfakskan surat mohon menghadap Sultan kepada pihak istana tengah hari. Insya-Allah esok kita akan menghantar surat tersebut secara rasmi dengan menggunakan perkhidmatan pos laju pula," katanya kepada laman akhbar online.
Jelas Misbahul, kerajaan Pakatan Rakyat sedang menunggu tarikh menghadap untuk mempersembahkan tiga resolusi yang telah diluluskan minggu lalu.
"Kerajaan Pakatan Rakyat yakin kita akan dapat perkenaan untuk mohon menghadap Sultan Perak secepat mungkin," katanya.
Ditanya apakah kandungan surat yang dihantar itu, Misbahul berkata, surat tersebut merupakan prosedur yang perlu dilakukan bagi memohon perkenaan menghadap Sultan Perak.
"Tiga resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat tergempar menjadi agenda utama kerajaan Pakatan yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Perak," katanya. _
Sunday, March 8, 2009
Sasaran pembangkang: Menangi ketiga p'raya kecil - malaysiakini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa penyokong setia pembangkang supaya meneruskan perubahan politik di Malaysia dan berusaha untuk memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan bulan depan.
Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat akan terus berjuang menentang rasuah dan membantu rakyat miskin.
Beliau berkata, matlamatnya ialah untuk membina sebuah negara yang makmur, stabil dan bersih yang mampu bersaing di peringkat ekonomi global.
Anwar berkata, langkah itu dapat memastikan golongan termiskin, termasuk orang Melayu dan kaum-kaum lain dapat turut sama menikmati peluang kemajuan ekonomi negara.
Ketua umum PKR itu menegaskan demikian ketika berucap di majlis mengingati kejayaan barisan pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 di mana mereka berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen serta menawan lima negeri.
Menurut Anwar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kuasa bulan depan, tidak mampu membawa pembaharuan kepada negara.
Beliau seterusnya meminta ahli-ahli parti supaya bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April depan di Bukit Selambau (Kedah), Bukit Gantang (Perak) dan Batang Air (Sarawak).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.