Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS - malaysiakini

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

nik aziz angry 170609"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

nasharuddin mat isa 170609 02"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

HARI JUMAAT 19 JUN 2009 - DSAI

HARI JUMAAT 19 JUN 2009

7.15 – 8.40 Mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Khariah Bangi
8.40 -9.15 Mlm – Solat Isya’ dan Hajat
9.30 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana di Stadium Seksyen 15 – Bandar Baru Bangi

PENCERAMAH:

1. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2. Y BHG MOHAMAD BIN SABU
3. Y BHG MOHAMMAD NOOR MANUTI
4. YB YAP LUM CHIN – ADUN BALAKONG - DAP

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Ibarat penceraian kali ketiga: DAP - malaysiakina

Ibarat penceraian kali ketiga: DAP

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giew menyifatkan kerjasama parti UMNO dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ibarat penceraian kali ketiga setelah perkara yang sama seperti itu (wujud kerajaan perpaduan) dibuat beberapa tahun yang lalu.

Beliau berkata, persoalan mewujudkan kerajaan perpaduan itu adalah kali ketiga berlaku dan ianya tidak pernah dibangkitkan dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya sendiri bingung jugak dan tidak tahu apa yang dimaksudkan Datuk Seri Hadi Awang. Apa yang dia hendak sebenarnya. Isu kerajaan perpaduan ini seharusnya sudah tamat dan saya tidak tahu kenapa ianya disebut-sebut lagi,” katanya di sini semalam.

Katanya, ramai yang masih tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan kerajaan perpaduan dan ada yang menganggap ianya sebagai penggabungan di antara Pas dan UMNO atau Pas dan BN.

Setiausaha Publisiti Penerangan DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata, motif UMNO mahu bekerjasama wujudkan kerajaan perpaduan itu adalah untuk menjadi batu api bagi memecah belahkan dan menghuru -harakan parti Pas dan PR.

“Motif UMNO jadi batu api itu memang politik mereka kerana terus menyokong dan mengutamakan isu ini bagi menghuru harakan Pas dan PR. Mereka ini bermotif politik,”katanya.

Murid 'azab' belajar dalam kabin - SINAR HARIAN

Murid 'azab' belajar dalam kabin

KEPONG - Tidak tahu di mana silapnya apabila kompleks Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqi-mah di Jinjang Utara bernilai RM2.7 juta yang sudah diluluskan pembinaannya Januari lalu oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) masih terpinggir.

Lebih malang lagi, murid-murid yang sepatutnya mendapat peluang untuk belajar dalam keadaan selesa kini terpaksa menelan 'azab' lebih lama apabila terpaksa meneruskan pembelajaran dalam kabin.

Ibu bapa yang kecewa menghubungi Sinar Harian untuk meluahkan rasa mereka terhadap apa yang berlaku kerana tidak sanggup melihat nasib yang menimpa anak mereka.

Tinjauan Sinar Harian ke sekolah agama ‘kabin’ itu menemui beberapa ibu bapa yang bukan sahaja kecewa malah menyifatkan anak mereka seperti belajar dalam kandang ‘kuda’.

Menurut Mohd Osman Shafie 46 berkata, dia yang mempunyai anak belajar di darjah 2,,4, dan 6 menyifatkan mereka terpaksa belajar dalam serba kekurangan ditambah dengan keadaan kelas yang sempit dan panas.

Saturday, June 13, 2009

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang - malaysiakini

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang
Jun 13, 09 7:01pm
Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

chin peng and communist malaya"Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China.

"Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng).

"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.

Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Perjanjian damai


Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.

Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.

PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

Pindaan dilulus 'selepas pengiraan undi penuh emosi' - malaysiakini

Pindaan dilulus 'selepas pengiraan undi penuh emosi'
Jimadie Shah Othman | Jun 13, 09 7:42pm
Kongres khas PKR hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu "selepas pengiraan undi yang penuh emosi".

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali "selepas pengiraan undi penuh emosi".

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan 'pengiraan undi penuh emosi' itu.

Difahamkam pengiraan undi dijalankan secara angkat tangan. Semua pindaan tidak diundi secara berperingkat, sebaliknya dibuat secara sekaligus.

Cadangan yang dibentangkan naib presiden Sivarasa Rasiah itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan yang hadir.

'Kemungkinan p'raya mengejut'

"Dengan sokongan jelas dan padu yang ditunjukkan dalam kongres ini, kepimpinan PKR bersedia membangun dan mengukuhkan parti demi menghadapi kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak dan Sarawak pada masa depan," kata Jonson.

Malaysiakini difahamkam, dalam perbahasan cadangan itu - yang tertutup kepada media - terdapat beberapa perwakilan tidak bersetuju dengan beberapa bahagian tertentu dalam cadangan pindaan itu.

Juga difahankan seorang perwakilan menyifatkan pertukaran nama bahagian dan cawangan kepada cabang dan ranting "tidak bersifat progresif".

Beliau sebaliknya mencadangkan istilah zon dan kawasan. Ucapan itu disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Seorang lagi perwakilan dikatakan meminta cadangan had umur keanggotaan Angkatan Muda PKR diturunkan daripada 40 sehingga 35 tahun ditangguhkan terlebih dahulu kerana ia belum sesuai dilaksanakan lagi buat masa ini.

Kira-kira 1,000 perwakilan bersidang di kongres khas PKR hari ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu.

Zaid Ibrahim masuk PKR - malaysiakini

Zaid Ibrahim masuk PKR
Jimadie Shah Othman | Jun 13, 09 1:45pm
Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

pkr egm 130609 zaid ibrahim join party 01Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.

Reaksi Zaid

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

pkr egm 130609 zaid ibrahim join party 02"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.

“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.

“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya.

Friday, June 12, 2009

Nizar Dinafikan Hak Untuk Mendapat Hujahan Bertulis Mahkamah Rayuan - Kelab greenboc

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak.

Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan.

Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan.


Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah.

Nizar hanya mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan yang sehingga ini yang diragui penghakimannya oleh banyak pihak termasuk bekas hakim mahkamah rayuan sendiri NH Chan, telah cuba melengah-lengahkan hujjahan bertulis bagi meletakkan tekanan kepada pihak peguam Nizar agar Nizar gagal membuat rayuan tersebut.

NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.

Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau.



Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS - malaysiakini

Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS
Jimadie Shah Othman | Jun 12, 09 4:55pm
Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

Ahad lalu, usul yang dibawa PAS Shah Alam diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.

PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.

Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar 2 petang Ahad ini bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.

RM213,000 sambut Ramadan - sinar harian

RM213,000 sambut Ramadan

PULAU PINANG - Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim berkata, peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

“Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran.

Di Pulau Pinang terdapat sebuah masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah. - BERNAMA

Pemuda Pakatan debat halatuju PAS- malaysiakini

Pemuda Pakatan debat halatuju PAS
Jun 12, 09 12:20pm
Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Majlis tersebut - Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - membawa tajuk 'Pasca muktamar PAS - kerajaan perpaduan?'

Dalam satu kenyataannya, ia berkata majlis tersebut diadakan mulai jam 8 malam bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam.

Menurutnya, banyak isu yang kontroversi timbul selepas muktamar PAS minggu lalu, antaranya penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, pemansuhan 30 peratus ekuiti bumiputera dan usul menggesa pengharaman Sistem in Islam (SIS) yang membawa aliran Islam liberal.

Pekembangan tersebut, kata kenyataan itu, telah menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan orang ramai, termasuk golongan muda yang ingin melihat perubahan tulen selepas tsunami politik yang berlaku tahun lalu.

Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:

bullet button Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?

bullet button Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?

bullet button Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?

bullet button Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?

"Kesemua persoalan akan dikupas oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda masakini," kata kenyataan tersebut.

Thursday, June 11, 2009

Pas tidak khianati PR - Sinar harian

Pas tidak khianati PR

SHAH ALAM - Pas tidak akan sekali-kali mengkhianati rakan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya terus berusaha memperkukuhkan gabungan itu sebagai alternatif kepada rakyat, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib Presiden Pas itu berkata, idea penubuhan kerajaan perpaduan dianggap bukan bertujuan merugikan parti dan sekutu dalam PR apatah lagi untuk mengundang kontroversi.

“Dalam keadaan ini, ahli mesti menerima idea dan gagasan ini tanpa syak wasangka sehinggalah Presiden memberi penjelasan lanjut mengenainya.

”Idea ini dilontar di peringkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya,” kata Pesuruhjaya Pas pahang itu menerusi blognya semalam.

Idea kerajaan perpaduan yang disuarakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas ke-55 minggu lepas telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pimpinan PR dan menuntut kepimpinan Pas memberi penjelasan lanjut berhubung cadangan tersebut.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim mengaku isu itu menyebabkan parti itu dicemari sikap ahli yang membelakangkan prinsip jemaah yang menjadi amalan tradisi parti dengan menyuarakan protes terbuka terhadap cadangan Presiden Pas itu.

Beliau percaya kebijaksanaan Abdul Hadi memperhalusi gagasan kerajaan perpaduan menerusi wacana kepimpinan yang bakal diadakan mampu menyelesaikan konflik tersebut.

“Tetapi prinsip yang dinyatakan ialah kami tidak akan bekerj:asama ke arah permusuhan dan Pas mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong wujudnya jurang antara kaum di negara ini.

“Cinta kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia, malah Islam tidak menghalang setiap kaum mencintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia,” katanya.

Anwar anggap selesai - Sinar harian

Anwar anggap selesai

SHAH ALAM – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibra:him menyifatkan isu kerajaan: perpaduan yang menjadi bahan utama media selepas Muktamar Pas baru-baru ini selesai apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) bersemuka bagi membincangkan perkara itu, kelmarin.

:Beliau berkata, perjumpaannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulangi komitmen parti masing-masing untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam PR dalam menjayakan agenda perubahan.

“Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

“Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gemburkan oleh media UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya memetik kenyataan dalam blog beliau, semalam.:

:Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, isu rundingan UMNO-Pas yang dimuatkan dalam ucapan dasar Abdul Hadi pada Muktamar Pas minggu lalu harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas itu.

:“Abdul Hadi mengulangi komitmen Pas untuk memastikan perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus,” katanya.

:Anwar yakin permuafakatan antara gabungan ketiga-tiga parti itu akan bertambah erat dari hari ke hari selaras dengan tuntutan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir negara.

“Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat,” katanya.

Wednesday, June 10, 2009

Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat & Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan” - DSAI

10
Jun
Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
09
Jun
Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan”

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
8hb Jun 2009

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Henti bangkit isu Kerajaan Perpaduan - harakah daily

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Jun 10, 09 | 11:31:00 am MYT

GESAAN Dato' Mustafa Ali kepada semua pihak termasuk dalam PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan segera bercakap soal Kerajaan Perpaduan mesti diambil perhatian segera.

Mustafa dalam sidang akhbarnya di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 9 Jun lepas mahu semua pemimpin PAS berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung isu kerajaan perpaduan.

Tegasnya, idea bekerjasama dengan Umno (dalam isu-isu yang khusus) pernah dikemukakan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, namun ianya tidak dijuruskan kepada suatu keputusan yang konkrit.

Katanya, idea tersebut dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi ahli-ahli PAS tidak mempersetujuinya.

Isu kerajaan perpaduan katanya juga, tidak pernah dibincangkan (dalam mesyuarat AJK Pusat) dan tiada keputusan yang dicapai mengenainya.

Mustafa memperakui, daripada reaksi AJK PAS Pusat tidak bersetuju dengan idea tersebut dan oleh kerana itu PAS merasakan tidak perlu sebarang perbincangan mengenainya dibuat.

Tegasnya, terma bekerjasama atau 'cooperation' telah disalahertikan kerana PAS tidak akan bekerjasama dari segi politik dengan parti seteru seperti Umno.

Beliau juga memperakui isu ini sudah menyebabkan kekeliruan di kalangan Pakatan Rakyat.

Gesaan menghentikan perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan ini kata Mustafa, tidak bertujuan untuk 'menyapu sampah ke bawah karpet' - not sweeping under the carpet - kerana isu ini tidak pernah timbul.

Katanya 'unity talk' dengan Umno tidak relevan buat masa sekarang.

"Kita kini bersama dengan Pakatan Rakyat dan adalah tugas kita untuk menguburkan Umno di Manek Urai," tegasnya.

Mustafa juga melahirkan harapan agar isu kerajaan perpaduan tidak lagi ditimbulkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Secara jujurnya, penulis memperakui bahawa Mustafa terpaksa berbuat sesuatu untuk menghentikan isu kerajaan perpaduan. Ia bukan lagi isu, ia sudah menjadi polemik.

Polemik ini, ternyata sudah menyebabkan ramai orang keliru. Orang dalam PAS pun keliru, orang di luar PAS juga lagi bercambah kekeliruan mereka. Habis semua bercelaru.

Kekeliruan timbul kerana isu ini mewujudkan tanggapan bahawa PAS sudah mahu berbaik-baik dengan Umno dan sekaligus meninggalkan Pakatan Rakyat.

Walaupun penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi PAS, bahawa PAS sesekali tidak berhasrat hendak bergabung dengan Umno dan mahu bersungguh-sungguh mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat, namun isu ini tetap hangat dibicarakan.

Isu ini sudah mengundang persepsi yang tidak memberangsangkan terhadap PAS. Selepas Muktamar Tahunan PAS ke-55 di Shah Alam berakhir, ramai pemimpin-pemimpin PAS dipersoal dan diasak ahli serta penyokong yang mahukan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

Bukan sahaja pemimpin diasak, malah PAS turut diasak dan dipersoalkan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang mahukan penjelasan pemimpin.

Kerana bagi mereka isu kerajaan perpaduan mengundang persepsi yang negatif terhadap PAS dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang bukan Melayu-Islam.

Pada hemat penulis, saranan Mustafa harus diterimapakai serta merta. Dan, jika pun pemimpin-pemimpin PAS mahu bercakap mengenai kerajaan perpaduan mereka mesti mengelakkannya dari bercakap kepada media massa yang kebanyakannya pro Barisan Nasional dan akan melaporkan sesuatu menurut kepentingan BN.

PAS bersama rakan-rakan Parti KeADILan Rakyat dan DAP ada platform Pakatan Rakyat. Alangkah baik jika apa juga isu yang berkaitan, dibincangkan dan diperhalusi bersama rakan-rakan.

Jika dilontarkan tanpa pengetahuan yang jelas rakan-rakan, takut-takut ianya akan mengundang fitnah dan menimbulkan persepsi negatif terhadap PAS.

Hayatilah penegasan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, "Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu (di Ipoh). Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam, 6 Jun lepas.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris.

"(Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan," katanya. - mks._

Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan - malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jun 10, 09 12:52pm
Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.

Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan penggantinya Datuk Mahfuz Omar.

Mesyuarat itu yang diadakan di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibu negara pagi kelmarin juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.

"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno.

"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya (Nasharuddin Mat Isa) boleh membuat penjelasan," kata sumber.

Jumaat lalu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.

Bagaimanapun, pada malam keesokannya, ketika menyampaikan ceramahnya sempena muktamar tahunan PAS itu, Nik Aziz menyifatkan idea Abdul Hadi itu sebagai "mengarut".

'Nik Aziz risau'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber berkata, idea Abdul Hadi itu perlu diperjelaskan supaya pemimpin lain dalam PAS tidak curiga dan tertanya-tanya maksud sebenarnya.

"Sekarang kita lihat hanya presiden dan Ustaz Nasharuddin sahaja yang bercakap mengenainya.

"Orang lain tidak tahu apa (butirannya)," kata sumber-sumber itu.

Sumber yang lain memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat ekoran kerisauan Nik Aziz terhadap potensi PAS bergabung dengan Umno apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bersifat terbuka terhadap idea itu.

Utusan Malaysia sehari selepas majlis perasmian muktamar memuatkan laporan itu di muka depan akhbar tersebut.

Kedengaran juga ura-ura bahawa Nik Aziz "merajuk dan kecewa" dengan tindakan Abdul Hadi dan ingin membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai mursyidul am.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata bahawa ura-ura itu tidak benar.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat yang baru dipilih Dr Hatta Ramli ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung pertemuan Isnin itu.

"(Pertemuan) itu bertanya khabar sahaja," katanya, sambil ketawa.

Bekas bendahari agung PAS itu dikatakan turut hadir dalam pertemuan itu.

Sementara itu, di Pahang, seorang naib presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Hadi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, kenyataan akan memperjelaskan secara terperinci kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu kerajaan perpaduan, lapor akhbar Sin Chew Daily.

"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu. Semuanya akan diuruskan oleh presiden," katanya.
Facebook’ bukan alasan tinggal solat: Abdul Manan - sinar harian


KUALA TERENGGANU – ‘Facebook’ adalah antara laman web popular di internet yang menghubungkan ramai kenalan seluruh dunia.

Pendakwah bebas, Abdul Manan Ali berkata, laman web itu menjadi tumpuan ramai pengunjung pelbagai lapisan masyarakat berikutan kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan.

“Pengunjung yang menjadikan ‘facebook’ sebagai aktiviti utama mereka perlu bijak membahagikan masa, jangan lupa kepentingan yang lain.

“Saya akui, melayari ‘facebook’ memang seronok tetapi tidak harus dijadikan alasan untuk tidak melakukan aktiviti lain yang dianggap lebih bermanfaat,” katanya.

Menurut Abdul Manan, pengunjung perlu menjaga solat walaupun pada ketika itu sibuk melayari ‘facebook’.

“Jangan kerana ‘facebook’, kita alpa dan meninggalkan solat yang wajib ditunaikan kerana sebagai umat Islam, kita mesti tahu perkara penting atau melalaikan,” katanya.

Friday, June 5, 2009

Husam tuntut Utusan mohon maaf - malaysiakini


Jun 5, 09 12:18pm
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menuntut akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Menilai Hujah Husam' yang didakwa mengandungi serangan peribadi terhadap exco kerajaan Kelantan itu.

kuala terengganu by election 160109 husam musaHusam berkata, akhbar tersebut yang berkait rapat dengan lawan politik PAS - Umno - telah menyiarkan artikel tersebut pada 31 Mei di mana beliau telah dilabelkan sebagai 'musuh PAS" yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan parti Islam itu.

Beliau memfailkan saman terhadap Utusan semalam selepas surat tuntutannya tidak dijawab.

Surat tuntutan tersebut dihantar oleh peguam Husam - Balan Nair Thamodaran pada 2 Jun - menyatakan bahawa artikel itu (yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia) membawa maksud bahawa, Husam tidak setia pada PAS, seorang yang tidak boleh dipercayai, berniat hendak dan/atau prejudis terhadap kepentingan PAS dan musuh PAS.

utusan malaysia article on husam musa 050609Peguam Husam berkata artikel tersebut dengan jelas merujuk kepada presiden PAS itu yang digambarkan sebagai dari kumpulan profesional dan kumpulan Erdogan.

Balan berkata, artikel tersebut berniat untuk menjejaskan peluang pelanggannya yang bertanding - jawatan timbalan presiden - dalam pemilihan parti itu, dengan menggambarnya, sebagai musuh PAS.

Menurutnya lagi, artikel itu juga merupakan serangan peribadi terhadap Husam yang terkeluar dari skop kewartawanan profesional.

Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya - malaysiakini


Jimadie Shah Othman | Jun 5, 09 11:39am
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

Tanpa menyebut nama Datuk Seri Mohd Najib Razak atau kes khusus yang dihadapi pemimpin negara itu, presiden PAS dalam ucapan dasarnya di muktamar pagi ini berkata:

"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.

"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."

pas muktamar 55 agm 050609 07Abdul Hadi bersama dua lagi tokoh utama Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang masing-masing bagi pihak PKR dan DAP - membuat gesaan yang sama kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum Najib dilantik perdana menteri keenam, 3 April lalu.

"Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia," kata Abdul Hadi di depan kira-kira 3,000 perwakilan, pemerhati dan tetamu jemputan.

PAS melangsungkan muktamar tahunan ke-55 selama tiga hari sehingga Ahad di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mengulas kemelesetan ekonomi dunia, Abdul Hadi menyifatkan BN masih mengalami "sindrom sangkalan" terhadap amalan urus tadbir yang rakus, boros dan sarat dengan penyelewengan.

PAS turut mencadangkan penggunaan dinar emas menangani ketidaktentuan ekonomi dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

Sementara itu, presiden PAS turut menegaskan perlu kefahaman Islam yang sebenarkan digunakan untuk menafsirkan maksud agama dalam Perlembagaan Persekutuan supaya keadilan Islam dapat ditegakkan.

Katanya, walaupun Umno meminda perlembagaan beberapa kali, tetapi tindakan itu "seperti tikus membaiki labu" demi mengekalkan kuasa politiknya semata-mata.

Mengulas soal penyertaan bukan Islam dalam parti itu, Abdul Hadi berkata, anggota-anggota Kelab Penyokong PAS (KPP) perlu menjalani program orientasi bagi memahamkan mereka perjuangan PAS.

Beliau mencadangkan pindaan perlembagaan bagi menaiktarafkan kelab itu sebagai sebuah dewan di samping Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Mengulas peranan tiga sayap parti, Abdul Hadi meminta penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti digembleng dan diinstitusikan.

Katanya, ia bertujuan supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat terus menyumbang kepada parti. Dewan Ulama diminta melaksanakan tanggungjawab ini.

Sementara Dewan Muslimat pula diminta tidak mengesampingkan program ilmiah dan hiburan bagi mendekati generasi muda.

Katanya, kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Abdul Hadi juga menggesa Dewan Pemudanya "mengakhlakkan" program-program hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dianggap berada di luar ruang lingkup kegiatan parti.

"Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama," katanya dalam ucapan bertemakan 'Islam Memimpin Perubahan.'

"Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam."

Selain tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat dan pemimpin politik, tokoh-tokoh sastera yang terlibat dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menggerakkan demonstrasi besar awal Mac lalu, turut hadir.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said malah dikurniakan "Anugerah Pejuang Bahasa" dalam satu majlis ringkas selepas ucapan dasar tersebut.

Kemeriahan muktamar bermula seawal jam 8 pagi tadi apabila ahli dan penyokong PAS membanjiri kawasan sekitar stadium menyebabkan jalanraya di kawasan sekitarnya agak sesak.

Bagi ahli yang tidak terlibat sebagai perwakilan atau pemerhati, mereka menghabiskan masa berlegar-legar di puluhan gerai makanan dan jualan di sekitar stadium tertutup itu.

Walaupun muktamar kali ini mempertandingkan jawatan tertinggi parti, termasuk timbalan presiden, tidak kelihatan tanda-tanda kempen secara agresif seperti Umno, akhir Mac lalu.

Suasananya tenang dan para perwakilan pula dilihat ceria. Beberapa calon yang bertanding dilihat hanya bersalaman dan beramah mesra dengan perwakilan.

Bagaimanapun, calon timbalan presiden Datuk Husam Musa dilihat lebih popular di kalangan wartawan yang ingin mendapatkan komen apabila ada masa terluang.

Keadaan ini berbeza dengan penyandang jawatan itu Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu.

Kira-kira 80 wartawan dan jurugambar, termasuk media asing, membanjiri muktamar untuk membuat liputan.

Rahsia anak muda sokong Pakatan - malaysiakini


Amin Iskandar | May 15, 09 2:57pm
Selepas tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008, iklim politik di Malaysia terus panas dan menyaksikan penyertaan aktif rakyat dalam politik.

Perkembangan ini semakin rancak apabila beberapa siri pilihanraya kecil yang berlaku selepas itu bermula di Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu dan kemudian Bukit Gantang.

Krisis politik di Perak dan isu penentangan terhadap dasar kontroversi PPSMI ibarat "menyimbah petrol" ke api yang sedang marak.

Golongan muda tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan pergolakan politik tanah air. Setakat ini, majoriti anak muda di Malaysia lebih condong untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding BN.

Perkembangan ini diakui sendiri oleh pimpinan-pimpinan BN apabila parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan saluran pengundian 3 dan 4 yakni saluran pengundi muda dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa siri pilihanraya kecil.

Ramai penganalisis melihat kencenderungan golongan muda bersama Pakatan kerana mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat alternatif di internet, berbanding golongan tua yang sudah terbiasa dengan maklumat daripada akhbar atau televisyen.

Memang satu faktor yang tidak dapat dinafikan, internet memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Sebab itulah ramai pemimpin-pemimpin BN membuka blog sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 diumumkan kerana menyangka bahawa mereka kalah teruk oleh kerana tidak mempunyai blog!

Mereka ini terlupa bahawa jika semua pemimpin BN mempunyai blog atau laman web sekalipun, ia menjadi tidak berguna jika idea yang disampaikan tidak berbeza daripada apa yang boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Maklumat basi ini tidak akan berdaya menarik minat dan selera orang muda, jauh sekali mampu mengubah trend sokongan golongan muda terhadap BN.

Sifat melawan atau “rebel” memang tersemat dalam diri golongan muda. Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana golongan mudalah yang bangkit untuk melawan sesuatu regim atau kediktatoran.

Di negara jiran Indonesia, kita dapat melihat bagaimana golongan muda yang majoritinya mahasiswa memimpin rakyat untuk menumbangkan regim Soeharto yang telah memimpin selama lebih 30 tahun.

Dalam sejarah gerakan reformasi di Malaysia sejak 1998, kita dapat melihat bagaimana berbondong-bondong mahasiswa dan anak-anak muda bersama-sama rakyat dalam demonstrasi-demonstrasi anti-Mahathir Mohamad pada ketika itu.

Penentangan golongan muda terhadap regim BN bertambah hebat pada hari ini oleh kerana Pakatan berjaya meyakinkan golongan ini bahawa mereka (baca: Pakatan) adalah alternatif yang terbaik bagi BN.

Jika Pakatan terus bersatu dan bertambah kukuh sehingga pilihanraya umum akan datang, sokongan kuat golongan muda akan semakin meningkat berikutan pertambahan jumlah pengundi muda dalam daftar pemilih.

BN yang ditubuhkan oleh perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein pada 1973 sebagai menggantikan Perikatan telah memerintah Malaysia dengan begitu lama. Jika dikira dengan zaman pemerintahan Perikatan, mereka telah mentadbir negara bermula dari tarikh kemerdekaan sehinggalah hari ini.

Apabila sesuatu parti politik memerintah dengan begitu lama dan tambahan lagi sentiasa dalam keadaan kuat (mempunyai majoriti 2/3 di parlimen) sebelum ini, maka lahirlah satu sifat "kerajaan sentiasa betul".

Seperti apa yang dikatakan oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, bahawasanya presiden Umno itu seseorang yang paling berkuasa di dunia.

Zaid membandingkan kuasa yang ada pada presiden Umno berbanding dengan presiden Amerika Syarikat.

“Jika di Amerika, Obama perlu menjawab kepada Dewan Senat, Parti Demokrat dan media, di Malaysia presiden Umno (perdana menteri) boleh berbuat sesuka hatinya tanpa perlu menjawab kepada sesiapa berhubung dengan tindakannya" katanya dalam sebuah forum yang bertajuk 'Can Najib Deliver His Reform Promises?' bulan lalu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Dr Mahathir pada 1993 telah menjadikan perdana menteri Malaysia begitu berkuasa apabila raja-raja boleh diseret ke mahkamah khas. Oleh kerana itu, lahirlah sifat angkuh dan sombong pimpinan-pimpinan Umno dan BN.

Apabila Umno dan BN merasakan mereka terlalu kuat dan tidak mampu dicabar oleh kumpulan-kumpulan lain, maka mereka menjadi sukar untuk menerima idea-idea baru atau bertentangan.

Mereka mahu paksakan kepada golongan muda untuk mengikut cara mereka dan tidak menerima segala kritikan yang diberi. Lihatlah apa yang terjadi kepada orang muda seperti Khairy Jamaluddin di dalam Umno?

Walaupun beliau telah menang sebagai ketua Pemuda Umno menewaskan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir, beliau tidak dilantik untuk menganggotai kabinet baru Najib Razak - antaranya kerana Khairy tidak mengikut "acuan" yang diinginkan banyak "warlord" Umno.

Khairy tidak dimahukan lagi oleh Umno oleh kerana beliau tidak bercakap dalam bahasa Umno. Sikap politiknya yang liberal dan tindakannya mempertahankan media alternatif seperti Malaysiakini atau The Malaysian Insider apabila diharamkan untuk membuat liputan dalam perhimpunan agung Umno bukanlah ketua Pemuda yang dimahukan oleh pembesar-pembesar Umno.

Pembesar-pembesar Umno mahukan ketua Pemuda yang boleh bercakap dalam bahasa Umno seperti "Umno perlu kuat", "ISA untuk mempertahankan hak Melayu" dan "media alternatif adalah agen asing". Kenyataan-kenyataan seumpama ini hanya boleh dituturkan oleh Khir Toyo atau Mukhriz Mahathir yang mempunyai ideologi "ultra Umno".

Umno menganjurkan pelbagai demonstrasi apabila berlakunya krisis Perak. Kita boleh lihat berapa ramai golongan muda yang menyertai mereka berbanding dengan puluhan ribu yang hadir di kediaman MB Perak untuk mendengar ucapan Nizar Jamaluddin yang dirampas kuasanya.

Propaganda Umno untuk mengajak anak muda menentang Nizar yang dikatakan "menderhaka" kepada Sultan Perak tidak mendapat sambutan. Propaganda yang mengatakan bahawa Nizar adalah agen DAP juga tidak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi di saluran 3 dan 4 yang majoritinya memberikan undi kepada Pakatan dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, awal April lalu.

Oleh kerana BN sudah terlalu lama berkuasa, mereka sering memandang rendah kepada tahap keintelektualan rakyat terutamanya golongan muda.

Lihatlah bagaimana TV3 cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan propaganda-propaganda tahun 1960-an.

Meluat dengan apa yang merek saksikan telah mendorong anak muda beramai-ramai untuk membantu Pakatan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau upah. Buah fikiran dan tenaga yang diberi dianggap sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilakukan walaupun mereka tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

Di Bukit Gantang, saya terjumpa dengan sekumpulan penulis blog anak muda yang telah berkampung di kawasan parlimen tersebut untuk memastikan kemenangan Nizar Jamaluddin.

Ada yang telah berada di Perak semenjak berlakunya krisis politik di negeri tersebut dan telah berbulan-bulan tidak pulang ke rumah. Mereka mencari dana sendiri dan beroperasi siang dan malam untuk melaporkan perkara sebenar yang berlaku di negeri Perak dan menjawab propaganda-propaganda BN di alam siber.

Melihat ketabahan dan semangat mereka menyebabkan saya berasa terharu. Pakatan sangat beruntung kerana mempunyai sokongan yang begitu kuat daripada golongan muda yang merasakan melawan BN sebagai satu tanggungjawab berbanding dengan penyokong-penyokong BN yang sentiasa mengharapkan wang dan upah.

Jika Pakatan terus membawa api perjuangan dan agenda perubahan, saya yakin golongan muda akan sentiasa bersama mereka.

Saya bersetuju dengan Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) yang menyatakan dalam temubual majalah Off The Edge bahawa Najib hanya mampu menjadi PM selama tiga tahun sebelum pilihanraya umum ke-13 dengan syarat Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang terus duduk bersama dan Pakatan kukuh.

Jika Pakatan berpecah dan pemimpinnya sentiasa bergaduh sesama sendiri, harapan, buah fikiran dan tenaga golongan muda yang membantu kemenangan mereka akan menjadi sia-sia.

Malaysia tidak akan menemui perubahan sehingga sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang.

Media baru celikkan rakyat tolak BN - malaysiakini

Media baru celikkan rakyat tolak BN
Jun 5, 09 3:15pm
Rakyat telah berjaya dicelikkan hasil maklumat daripada sumber media baru sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Enam pilihanraya kecil telah diadakan selepas pilihanraya umum 2008 dan Pakatan menang lima daripadanya - bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Penanti. Satu lagi pilihanraya kecil - DUN Batang Ai di Sarawak di menangi oleh BN.

Manakala pilihanraya kecil bagi DUN Manek Urai akan berlansung pada 14 Julai depan. Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai.

Media baru khususnya di Internet termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini dikuasai oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan BN.

"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya di muktamar PAS hari ini.

Kesemua pilihanraya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur.

Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai.

Namun begitu, katanya, kejayaan Pakatan itu dicapai melalui usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera pilihanraya serta pihak-pihak yang membantu tanpa habuan wang ringgit.

'Keadilan dicorobohi'

"Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa irihati dan merasa bahang kepanasannya

"Kemuncak dari keangkuhan mereka ini adalah tindakan tanpa susila merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama kita bina di negeri Perak Darul Ridzuan.

"Suara rakyat diketepikan dan semangat Perlembagaan dan undang-undang tidak dilaksanakan, manakala keadilan dicerobohi apabila tiadanya pemisahan kuasa dalam badan
kehakiman.," katanya.

Abdul Hadi bderkata, kerajaan yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan "senjata peras ugut dan rasuah politik".

"Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan Dewan dilanggari, bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya DUN Perak dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa yang kini menjadi bahan momokan masyarakat antarabangsa, dengan perbuatan tidak bertamadun dan bermoral.

"Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, hasil daripada tindakan Umno dan BN yang gelabah, kerana semakin pudar pengaruhnya di hati rakyat Malaysia," tegasnya.

Monday, May 11, 2009

Hakim: Nizar MB sah Perak
Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Saturday, May 2, 2009

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya," kata Mustafa ketika temui di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.

Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.

ImageNamun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

Terdahulu, Mahfuz bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

Beliau menegaskan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Najib menyebabkan nama baik negara kini tercemar. - mks. _

Tuesday, April 28, 2009

Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno - harakah

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Mon | Apr 27, 09 | 10:19:51 am MYT

KETERBUKAAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menghadapi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 yang dijadualkan berlangsung awal Jun depan di Shah Alam, amat dialu-alukan banyak pihak.

Ustaz Abdul Hadi secara terus terang membuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam PAS. Beliau menawarkan diri untuk bertanding dan sedia dicabar.

Malah dengan rasa rendah hati beliau mengatakan, jika sekalipun beliau tewas, beliau akan tetap istiqamah dalam PAS.

Sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung prinsip-prinsip Islam dalam perlembagaannya, sikap yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi ini membuktikan bahawa, PAS parti yang mengamalkan sistem pemilihan secara demokratik, jauh lebih baik daripada Umno.

Media arus perdana cuba memalit dan memesongkan persepsi rakyat, bahawa wujudnya perpecahan yang serius, wujudnya kelompok-kelompok dan usaha jatuh menjatuh pemimpin tertentu.

Hakikatnya apa yang dipaparkan hanyalah khayalan media akibat kerosakan teruk yang berlaku dalam Umno, mahu dijangkitkan pula kepada PAS.

Dalam persoalan pemilihan pucuk pimpinan, PAS tidak akan menjadi seperti Umno dan Umno tidak mungkin akan menjadi setulus PAS.

Sesiapa yang mahu bertanding dalam PAS tidak boleh lari daripada prinsip-prinsip Islam.

Dalam PAS tidak diperlukan kuota untuk melayakkan seseorang itu bertanding mana-mana jawatan yang diminatinya. Pemimpin PAS tidak perlu turun ke kawasan-kawasan untuk melobi mendapatkan pencalonan.

Calon-calon yang bertanding juga tidak perlu pergi berkempen sama ada secara individu atau secara berkelompok untuk menemui perwakilan di seluruh negara.

Calon pemimpin dalam PAS tidak perlu membuat cabutan nombor untuk senarai nama dalam kertas undi. Mereka tidak perlu mencetak kad nama, membuat poster atau kain pemidang.

Calon tidak boleh lobi melobi, tidak boleh memburuk-burukkan calon lawan dan sama sekali tidak perlu menggunakan wang untuk berkempen.

Politik wang tidak boleh wujud dalam PAS kerana ianya bercanggah dengan Islam. Jika terdapat mana-mana pemimpin yang terkena dengan jangkitan Umno, mengamalkan politik wang, nescaya awal-awal lagi dia akan ditolak ahli-ahli PAS.

Dalam erti kata lain, ahli-ahli PAS, perwakilan PAS ke Muktamar tidak boleh disogok sama ada dengan wang, jawatan, tender atau sebagainya.

Ketulusan inilah sebenarnya yang membezakan antara PAS dengan Umno. Jurang perbezaan ini amat besar sebenarnya.

Pengamalan sistem yang berlandaskan Islam inilah sebenarnya, yang menjadi tunjang kekuatan PAS.

Jikapun berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam PAS, jikapun pemimpin tertinggi PAS tewas dalam pertandingan, nescaya parti tidak akan pecah.

Amalan dalam PAS cukup jelas. PAS tidak menolak hasrat atau menghalang sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding. Mereka yang bertanding bukannya hendak menonjolkan diri atau kepentingan peribadi.

Calon-calon berhak menawarkan diri dan mengemukakan hujah secara rasional, apakah manfaat yang akan diperolehi PAS, jika perwakilan memilihnya sebagai pemimpin.

Seperti amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada perwakilan Muktamar PAS, "pilihlah pemimpin yang berkualiti dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding harus tahu, mereka sebenarnya ada kualiti untuk dipilih sebagai pemimpin."

Justeru, walaupun PAS akan menghadapi pertandingan dan pemilihan dalam Muktamarnya ke 55 ini, apapun keputusan, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin, PAS tidak akan berpecah, PAS akan tetap utuh dan terus mendapat kepercayaan rakyat.

PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno!_

PPIM: Segerakan sistem ladang babi moden - malaysiakini

aper ni bila pakatan rakyat nak buat sibuk sangat tu tak baik ni x baik, sekarang baru suruh buat.........
aper pun nawaitu kena betullah.....


Apr 28, 09 5:19pm
Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan.

"Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin.

Katanya, kepimpinan baru perlu membuktikan kesungguhan bagi melaksanakan pembaharuan tersebut.

pig farm and dirty river"Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus dan mencemarkan alam sekitar, telah mengunding pelbagai kesan pencemaran pada alam sekitar dan risiko pelbagai penyakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PPIM berharap isu tersebut tidak dianggap 'tidak berkaitan', hanya kerana toleransi yang tidak kena pada tempatnya.

Sebaliknya, kata beliau, PPIM mahu ia diberi perhatian serius demi memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus dan mencemar alam tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat Malaysia pada masa depan.

PPIM juga menggesa kerajaan mengambil langkah serta kerjasama proaktif dengan pihak berkaitan untuk membangunkan sistem pencegahan bagi mencegah sebarang penularan wabak maut, terutama dengan kebanjiran warga asing yang membimbangkan di negara ini.

"Rakyat negara ini harus dipertahankan tanpa sebarang kompromi," kata Noor Nirwandy.

Monday, April 20, 2009

Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru.

Oleh : Hamdan MS

KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.

Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli. Siasahdaily.

Monday, April 6, 2009

Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor - harakah

Mon | Apr 06, 09 | 2:23:15 pm MYT

NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar!

Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat.

Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya.

Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang lantang mengkritik Datuk Panglima Bukit Gantang bagi pihak Umno, lalu dilantik beliau menjadi Menteri Besar Perak. Ketika itu Sultan Yusof Izzuddin Shah (ayahanda Sultan Azlan Shah) sedang memerintah. Tiba-tiba Mohd Ghazali ditangkap oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) kerana salah lakunya. Tunku Abdul Rahman menghantar beliau menjadi duta di Mesir pada 1962 untuk menutup kes ini.

Semasa Sultan Idris Shah sudah menaiki takhta, pada 1974 Tun Razak menamakan Mohd Ghazali sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi. Sultan Idris tidak mahu menerima seorang perasuah menjadi ketua kerajaan. Umno menghantar (Tan Sri) Ishak Tadin untuk memujuk Sultan Idris dengan janji Mohd Ghazali Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.

Pada 1976, Mohd Ghazali menderhaka kepada Sultan Idris apabila enggan meletakkan jawatan dengan alasan Perlembagaan Perak tidak menetapkan seorang menteri besar untuk dua tahun. Sultan Idris telah murka lalu memulau semua program kerajaan. Baginda bernazar tidak akan mencukur janggut dan misainya selagi si penderhaka menjadi menteri besar.

Kemuncak kemurkaan Sultan Idris terhadap si penderhaka ini ialah baginda tidak meluluskan bajet kerajaan Perak untuk tahun 1977. Kerajaan Perak tidak boleh bergerak tanpa sumber kewangan, sedangkan wang tidak boleh dibelanjakan tanpa kelulusan sultan.

Akhirnya Umno terpaksa menyuruh Mohd Ghazali meletakkan jawatan dan dilantik sebagai menteri pusat. Wan Mohamad Wan Teh (abang Datuk Wan Hashim) menggantikan Mohd Ghazali. Inilah penderhaka sebenar dalam sejarah Perak. Orangnya tidak lain dan tidak bukan, bapa Tajol Rosli sendiri. Maka, mengapa Tajol Rosli cuba membohongi rakyat Perak (Sultan Perak juga) bahawa Umno tidak pernah menderhaka.

perderhakaan di Terengganu, Pahang dan Johor

Kita jangan lupa kisah Datuk Nik Hassan dengan Sultan Terengganu, Datuk Rahim Bakar dengan Sultan Pahang, Tan Sri Othman Saat dengan Sultan Johor dan krisis Perlembagaan 1983.

Di Selangor juga ada cerita derhaka yang lebih dahsyat. Tan Sri Muhammad Mohd Taib jangan lupa isu ini. Beliau menuduh Nizar seorang penderhaka, tetapi beliau sendiri berkali-kali menderhaka. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah dihina oleh Umno Selangor pada 1991 ketika Mat Taib menjadi ketuanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno 9 November 1991 (selepas pilihan raya yang Umno kehilangan Kelantan), wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyerang peribadi Tuanku.

Sultan Selangor dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi membaiki Istana Alam Shah. Sultan Selangor juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan oleh sultan kepada seorang tauke Cina yang lain.

Kerana ucapan wakil Umno Selangor ini, Perhimpunan Agung Umno mencerca semua Raja-raja Melayu ketika itu. Umno Selangor telah menyenaraikan kononnya salah laku Sultan Selangor untuk didedahkan kepada rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno itu, dan akhirnya satu Resolusi 4 Perkara telah dikemukakan untuk Umno mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

Selepas itu pada 30 November 1991, Mat Taib mengetuai Umno Selangor mengadakan Perhimpunan Perpaduan Melayu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam untuk menunjukkan sokongan rakyat dalam usaha Umno menderhakai Sultan Selangor. Mat Taib menafikan perhimpunan ini untuk menunjukkan pengaruh Umno kepada Sultan Selangor, tetapi semua penganalisis politik melihat begitu.

Mat Taib memang berdendam dengan Sultan Selangor selepas isu kahwin lari dengan Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) di selatan Thai, isu perlantikan Exco Selangor pada 1990 dan isu Zoo Negara. Perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyembahkan derhakanya kepada Sultan Selangor!

Berang dengan penderhakaan Umno ini, semasa hari keputeraan Sultan Selangor ke-66 pada 8 Mac 1992, baginda tidak mahu menganugerahkan pingat kepada pemimpin Umno Selangor. Mat Taib telah mengumumkan bahawa Umno Selangor pada 13 Februari 1992 memutuskan akan memulau pencalonan penerima pingat tersebut sebagai satu sembah derhaka mereka. Sultan Selangor murka dan berduka cita kerana kebiadapan Mat Taib yang membocorkan rahsia baginda.

Apabila pernderhakaan Mat Taib terhadap Sultan Selangor sudah ke kemuncak, akhirnya pada 24 Februari 1992, Majlis Tertinggi Umno telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah.

Pada 4 Julai 1992, satu Perisytiharan Prinsip-prinsip Perlembagaan telah dibuat oleh Majlis Raja-raja untuk menolak Kod Etika Perilaku Raja-raja yang dikemukakan oleh Umno. Sultan Perak tentu masih ingat peristiwa penderhakaan besar-besaran Umno sejak 1991 ini sehinggalah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 dan �pertabalan� Tengku Ibrahim di Ketereh, Kelantan oleh Umno Kelantan pada 29 April 1993.

Nah! Jika kita melihat latar belakang dua tokoh yang bercakap soal derhaka di Bukit Gantang ini, maka tahulah rakyat siapa penderhaka sebenar. Mat Taib dan Tajol Rosli langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap soal penderhakaan kepada sultan. Kerana mereka berdua adalah di kalangan penderhaka yang terkenal sejak sekian lama.

Mat Taib mungkin lega kerana Sultan Salahuddin Abdul Aziz sudah mangkat, tetapi masih ramai rakyat yang mengingatinya. Tajol Rosli juga tidak perlu berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu siapa Tan Sri Ghazali Jawi, si penderhaka itu.

Jika kes ini berlaku pada zaman Sultan Mahmud Melaka (nenek moyang kesultanan Perak), nescaya Mohd Ghazali dan semua keturunannya (termasuk Tajol Rosli) dihukum bunuh!

Rakyat Bukit Gantang perlu bijak dalam melayan isu derhaka yang dibesar-besarkan oleh Umno ini. Jangan terjerat oleh pukat yang dipasang oleh sang penderhaka Umno ini.- tajdid _

Friday, April 3, 2009

KEGEMBIRAAN BERMULA

Assalamualaikum,

Kegembiraan bermula mulai sekarang. Sebabnya ialah Najib akan jadi perdana menteri. Sebagai warganegara dan sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggung jawab untuk bergembira dengan saat yang bersejarah ini.


Saya katakan bergembira kerana Najib memenuhi teori RAHMAN yang selalu digemburkan apabila orang bercakap mengenai perdana menteri Malaysia.

Cuma apa yang difikirkan oleh mereka yang mula mencanangkan teori ini ialah perdana menteri Malaysia berkisar di kalangan UMNO sahaja. Oleh itu, teori RAHMAN ini hanya untuk orang UMNO. Teori ini hanya mengemukakan enam huruf. Huruf yang terakhir ialah N. Itulah Najib.

Tetapi teori ini dangkal. Ia tidak mengemukakan apakah lagi selepas N. Maknanya, teori ini akan berkubur selepas N. Selepas Najib. Apabila Najib telah memenuhi slot RAHMAN yang terakhir, maka ia bermakna selepas Najib, UMNO tidak akan lagi memegang tampuk kuasa. Sebab kuasa teori RAHMAN berakhir di situ, maka kuasa UMNO juga akan berakhir dengan Najib.


Jadi mulakan kegembiraan anda. Naiknya Najib sebagai perdana menteri menandakan bermula nya kajatuhan dan kesudahan bagi UMNO!
Reaksi DS Wan Aziah atas perlantikan Najib sebagai PM ke-6
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa amat sedih dengan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia keenam hari ini. Tambahnya, pengambil alihan kuasa kepada Najib dipersoalkan rakyat dengan alasan presiden baru Umno itu diselubungi pelbagai isu kontroversi, antaranya, dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu seperti dakwaan seorang penyiasat persendian yang kemudiannya hilang.

"Adakah ini pemimpin yang hendak memimpin negara ini? Apakah beliau (Najib) mempunyai kaitan dengan P Balasubramaniam.

"Siapa yang bersalah di atas kehilangan satu nyawa," katanya, walaupun tidak menyebut identiti tersebut.

Wan Azizah sedang berceramah untuk calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di sebuah rumah di Taman Ria Jaya, kira-kira 250 meter dari lokasi kekecohan antara polis dengan penyokong parti itu minggu lalu. Majlis dalam keadaan hujan renyai-renyai tidak melemahkan semangar kira-kira 250 hadirin daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India.

Menurut bekas ahli parlimen itu, rakyat terkejut kerana pertama kali dalam sejarah pilihanraya seramai 15 calon menawarkan diri merebut kerusi itu, 7 April ini.

"Apa istimewanya Bukit Selambau sampai 15 orang mahu bertanding?" katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru pengundi agar tidak lupa memangkah calon nombor empat di kertas undi terbesar dalam sejarah negara, calon PKR S Manikumar. Wan Azizah berkata demikian sambil membilang jarinya dalam bahasa Tamil sambil disambut gelak ketawa hadirin.
source : malaysiakini

Anwar bimbang tindakan keras PM baru - malaysiakini


Abdul Rahim Sabri | Apr 3, 09 4:28pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan keras terhadap Pakatan Rakyat dan mengenetapikan prinsip dan hak asasi.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai perdana menteri, Najib diharap bersikap lebih terbuka untuk membuat pembaharuan, termasuk membebaskan tahanan ISA tanpa syarat serta mereka yang disyaki anggota JI serta pemimpin Hindraf.

anwar berucap di kpg kuala sinBeliau juga mendesak agar kerajaan melepaskan kongkongan dan penggantungan akhbar parti PAS dan PKR - Harakah dan Suara Keadilan - untuk diedarkan kepada rakyat.

Ditanya mengenai pelantikan Najib sebagai perdana menteri hari ini, Anwar berkata pendirian kepimpinan PAS, DAP dan PKR termaktub dalam petisyen yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong kelmarin.

Dalam petisyen yang ditandatangani oleh 81 ahli Parlimen Pakatan itu, memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Anwar memberitahu pemberita demikian sewaktu membuat lawatan ke kampung Kuala Sin di Bukit Selambau, yang terletak kira-kira 33km dari bandar Sungai Petani.

Sebelum itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, bersembahyang Jumaat di Masjid al-Husna dan kemudiannya menikmati jamuan makan tengahari di rumah seorang penyokong PKR di situ.

Calon untuk semua

anwar di kpg kuala sin 030409Turut hadir ialah calon PKR, S Manikumar serta kira-kira 100 orang penyokong. Beberapa pemimpin tertinggi PKR turut hadir, termasuk Naib Presiden Azmin Ali, Ketua Penerangan Tian Chua, pegawai strategik PKR, Saifudin Nasution dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Sivakumar.

Sebelum makan tengahari, Anwar dalam ucapannya meminta para pengundi memberi peluang kepada Manikumar untuk berkhidmat kepada penduduk Bukit Selambau.

Menurutnya, Manikumar bukan sahaja calon untuk orang India, tetapi juga untuk orang Melayu dan Cina.

Anwar berkata, beliau sendiri juga bukan sahaja menjaga hak orang Melayu tetapi turut mempertahankan hak orang bukan Islam.

"Berhijrahlah dari takuk lama kepada perubahan," katanya.

Di Perak, katanya, apabila Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberi hakmilik tanah kepada penduduk Cina, beliau dituduh 'khianat' kepada orang Melayu.

"Tetapi mereka (BN) beri satu gunung tak pa... bagi satu pulau (Pangkur) tak pa... beri tanah di Bukit Tinggi, dia godam setengah mati," tambahnya.

Mohd Nizar bertanding sebagai calon Pakatan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.

have fun